Tuesday, March 1, 2011

Matahari


Aku nak ceritakan sikit pasal spy yg unik kat WWI (Perang Dunia Pertama) ni.pasal apa aku kata spy sorang unik? Bukan pasal ada gajet, bukan pasal pandai bergasak...bukan..bukan!!! Tapi kehidupannya yg berwarna-warni.Nak tau apa gelaran spy yg sorang ni pakai? Bond? The saint? Jefrizain? hhehee..semua bukan...nama gelaran dia ialah MATAHARI . Memang bahasa melayu dan maknanya pun sama tapi dia dapat kat Dutch East Indies (Indonesia).


Spy ni adalah seorang wanita yg biasa2 aje tapi lama2 jadi jelita giler yg amat2 (masa zaman tu). Aku cerita sket la kisah dia ni...lahir kat Belanda pada 1876..mmg anak org kaya dan masa kecik mmg mewah dia dan nama sebenarnya ialah Margaretha Geertruida Zelle. Tapi malangnya pada usia dia belasan tahun bapak dia jatuh bankrupt, pastu keluarga cerai berai dan dia nipun macam terabai. kemudian emak dia pulak mati berpecah belah keluarga dia ni.Kemudian dia ni tinggallah dgn pakcik dia dan tak lama lepas tu dia terbaca iklan..ada org ajak kawin dan lelaki tu seorang pegawai tentera Belanda yg berkhidmat di Java (tanah jawa).Dia ni pun agaknya tertarik nak pergi ke Nusantara (pasai dulu2 ramai org mengatakan kat belah Dutch East Indies ni tanah yg penuh eksotik)..so dia ni kahwinlah dgn mamat officer ni.


Last2 tgk officer dah tua rupanya....apa nak kata..hamtam sajala..dpt lah 2 org anak, tapi laki dia ni tua2 Don Juan jugak..ada perempuan simpanan tempatan lagi dan tak lupa juga, dia ni kaki pukul bini....babulu je dia...last2 dia dah tak peduli...kat area tu ada pulak kelas2 tarian Jawa dan Bali, so nak hilangkan boring, dia pun join..lama2 jadi pandai Margaretha ni.So, kat kelas tarian tulah dia dapat nickname MATAHARI. Kira master dia tarian tu...pastu dia laki bini ni balik lah ke Belanda dan kat sana mereka bercerai dan sorang anak perempuan dia si laki dia jaga (anak lelaki dia mati semasa kecil). Emmm bila dah bercerai, matahari ni mula lah bawa diri ke Paris dan di sana dia mula menceburi dunia modeling dan tarian exotic..


Namanya dah mula gah dan org2 kenamaan mula impit2 siMatahari termasuk jeneralllll..Dan boleh dikatakan pada awal abad ke20, Matahari nilah penari exotic yg paling mashyur di duinia. Semua kenal temasuk org Jerman, Austria yg kemudiannya menjadi musuh Perancis.Bila masuk WWI, matahari balik ke Belanda. Disebabkan Belanda ni neutral, Matahari boleh la keluar masuk negeri mana2..ye laa dia pun femes. Pihak Frenchlah mula2 menggunakan Matahari utk spy org Jerman. Matahari boleh berdamping dgn high ranking military officers dan mcm2 info dia dpt dan dia handed over kpd French...Ye laa pegawai2 Allied dan Jerman ni bila ada wanita cantik lawa giler yg amat n mmg cair bair dibuatnya....nasib baik aku tak hidup zaman tu. Bertahun jugak laa French berjaya dpt kod2 rahsia dari Matahari. Senyum2 simpullah Jeneral Perancis ni...O laa laaaa!!!!!


Tapi kat belah Jerman diorang pun happy jugak...Wundavaaa dan mereka juga sgt sayangkan Matahari.Apasal diorang happy? sebaab diorang pun dapat info yg berharga dari Matahari..hahahahha Yg benarnya dua2 pihak kena kantoi dgn MATAHARI.....Sambil2 menari exotic Matahari ketawa berdekah2 di dalam hatinya...apa taknya, menari dpt income lumayan, French bagi lagi, Jerman bagi lagi..yaaa makcik kayo!!!!Tapi ye laa, hujan tak sampai ke petang. Pada januari 1917, pihak allied telah intercept satu radio transmitted message, pihak intelligent Perancis siap dpt satu kod H-21 yg menghantar maklumat untuk pihak Jerman. setelah diselidiki H-21 ialah MATAHARI. Tersentak pegawai2 tu..ada yg menangis kut2 ada yg dah jatuh cinta kek wanita yg cantek lawa yg amat itu.Matahari tak tau lagi tu...dia macam biasa je laa dgn wajah menggoda dia tu.


Last2 pada 13 feb1917 dia ditangkap kat Hotel Plaza Athénée di Paris...Masa mula2 kena tangkap, wajah masih wajah penggoda siap cakap manja2 "apa ni bang...janganlaa bang..malulah I"  emmm lepas2 tu aku rasa dia cakap " pekak badak ko, kurang hajaar korang ni suma..woiii ini aku Mataharilaa...mampuih korang nanti aku adu kat bapak jeneral..nnti ko..nanti ko" Jadi dipendekkan cerita Matahari dijatuhi humuman tembak sampai mati. Peristiwa ni berlaku pada 15 oktober 1917. Umurnya pada ketika itu ialah 41 tahun. Tapi sejak akhir2 Historion doubt dia as a double agent. Historian menyatakan mungkin Matahari ni sebagai kambing hitam bagi pihak French dan Historian masih membongkar lagi untuk mencari kebenaran..Kita tunggu jelah...esok2 nanti adalh cerita terbaru Matahari keluar kat Discovery Channel ke, History Channel ke....



~~~

No comments:

Post a Comment