Friday, March 11, 2011

Earthquake and Tsunami


Gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter telah melanda Jepun dan epicenternya adalah di bawah laut di bahagian timur Jepun. Jarang2 kita dengar angka mencecah 8 skala Richter. Ini adalah cukup2 besar. kalo kita tengokkan bacaan, gempa di Jepun kali ni adalah gempa ke 5 terbesar semenjak 1900.

Tsunami seperti yg kita lihat cukup mengerikan. Ia melanda persekitaran bandar yg padat dgn aktiviti, nampak dari atas macam slow je tapi kalo kita perhatikan skala rumah dan aliran air....mmg menakutkan..lajuuuu!!!!....Jepun adalah termasuk dalam lingkaran api pasifik (ring of fire) seperti juga Indonesia dan Filipina termasuk juga Hawaii.

Tanah memang tak stabil (kata depa para saintis la).....tanah2 yg membentuk Indonesia, Filipina dan juga Jepun dulunya adalah akibat letusan2 magma jutaan tahun lalu (tapi subur). Setakat sekarang 0209hrs/12 mar 2011, seramai 300 orang telah terkorban di Jepun..tapi kalo tengokkan bencana yg menimpa, mau dasyat bilangannya.

Gempa bumi yg paling besar semenjak 1900 adalah di Chile, berlaku pada 1960 berskala 9.5 Richter, berlaku di pantai Chile mengakibatkan 3000 lebih terbunuh. Ada jugak tsunami tapi pasal dekat dgn daratan, impact dia kurang sikit, cuma 60 lebih orang yg mati akibat tsunami. Tsunami tempias jugak kat Hawaii, Jepun dan Filipina..beratus jugak yg mati.

Gempa kedua terkuat ialah di Alaska pada 1964. Magnitude 9.2 skala Richter. Total 128 lebih maut dgn 113 daripadanya terkena tsunami. Jumlah kecil kerana penduduk tak padat..iyelaa kat Alaska...mana ada orang sangat.
Gempa ke 3 besar ialah kat lautan Hindi tu atas sikit dari Aceh, Sumatera pada 2004......bencan ni mmg sangat2 kita kenali pasal negara kita pun terbabit.

Bermagnitude 9.1 skala Richter. Jumlah kematian adalah amat amat amat amat BESARRR. Lebihkurang 230 ribu maut.
paling teruk di Aceh, kemudian tsunami membadai pantai2 di Phuket, pantai barat Malaysia bahagian utara, tak cukup dgn itu....attack pulak Sri Lanka, dgr cerita US base kat pulau kecik di lautan Hindi, Diego Garcia pun teruk kena...tapi tak heboh2.....entah le.

Yg ke 4 besarnya gempa ialah di semenanjung Kamchatka, Rusia....9 skala richter. Berlaku pada 1952. Takda yg maut sebab area tak berpenduduk. Tsunami sampai jugak kat Hawaii...kat Hawaii dgr cerita 6 ekor lembu terkorban kena tsunami yg tak berapa besar. Cuba tgk air dlm besen, kita usik air kat tgh2, gelombang atau ombak air sudah tentu sampai ke keliling besen tu kan? Sama laa dgn geography...cuma jarak yg menentukan besar atau kecilnya tsunami tu.
Discovery channel cakap laa.

Kita patut bersyukur, Malaysia ni di luar lingkaran api pasifik, serangan tsunami pula benteng kita adalah Sumatera, pulau Jawa dan Filipina, cuma utara dan timur Sabah je yg risau sikit. Walau apa pun kalau Allah nak turunkan bala, bala jugak sampai....bersyukurlah dgn mentaati segala perintahnya. Jadilah umat yg baik dan rakyat yg baik....ingatlah umat2 terdahulu yg ditimpa bencana...sekadar pesanan aje!!!   

                                                                      ~~~

No comments:

Post a Comment