Damian Lewis dalam Band of brothers
Major Richard 'Dick' Winters masa WWII dulu.
Major Richard Winters atau digelar Dick. dari pasukan US Paratroops mengetuai "easy" company dlm 101st airborne. Rasanya semua org kenal dia ni. First battle ialah semasa D-Day pada 6 jun 1944. Day 1 lagi dah macam2 problem timbul. Lt.Meehan yg mengetuai easy company tak tau apa nasibnya. Easy company paratroops landing merata2, nak combine balik semua2 sekali dah jadi susah dgn askar Jerman di mana2 saja. Malahan rifle Dick ni pun entah mana tercampak masa landing.
Dgn takda ketua, Dick dpt kumpulkan mana yg dapat termasuk dari 82nd airborne div. Besoknya pulak dia dpt spot pasukan meriam 105mm Jerman. Dick dgn manpower yg tak seberapa telah ddapat memusnahkan sebilangan meriam dan lebihkurang 50 org lebih crew Jerman. Serangan ni masih diajar dan dikaji di West Point Military Collage, USA.
Namanya dah mula naik kat sini. Pastu operasi Market garden pulak kat Holland. Dick dan easy company took part jugak. Tapi operasi ni gagal dan detik hitam beliau menembak sorang anggota Hitler's Jugend sentiasa terpahat dibenaknya. Iyela budak2 lagi. Dan yg paling betul2 menggerunkan Dick ialah semasa Battle of the Bulge.
Keseluruhan US paratroops terperangkap kat Bastoigne akibat serangan besar2an Wehrmacht Jerman dgn jentera2 baru seprti King Tiger berserta automatic rifle atuk kpd kalashnikov tu. No supply boleh hantar kat paratroops ni akibat cuaca buruk. Tapi Dick yg sekarang ni berpangkat Major boleh handle situation dgn tenang dan orang2nya yakin dgn kebolehan Dick menangani masalah di Bastoigne ni.
Setelah keadaan pulih dan supplies melimpah2 masuk, Dick dan easy company bersama keseluruhan 101st airborne div....pun memulakan kempen untuk menakluk Jerman.
Kisah Major Dick Winters dan easy company ni adalah cerminan tentang perjalanan yg dilalui oleh 101st dan 82nd US paratroopers bermula dari D Day di Normandy (The longest Day), kemudian operasi Market Garden seperti dlm filem A Bridge too Far dan seterusnya di Bastoigne, Belgium (battle of the Bulge)....
Dan akhirnya penaklukan Jerman dan terjumpanya kem2 maut tahanan yahudi semua tu.
Kisah beliau dibukukan oleh Stephen Ambrose dan seterusnya diangkat oleh Steven Spielberg dan Tom Hanks menjadi miniseries untuk HBO. Sebelum ni cuma para peminat buku dan ahli sejarawan Amerika je yg tahu kisah Dick Winters ni. Sekarang rasa2nya ramai tahu dah dgn munculnya Band of Brothers.
Dick Winters ni lahir pada 1918 dan berakhir pada January 2011 ketika berumur 92 tahun. Tom Hanks ada siapkan peti ais penuh dgn ais krim kat rumahnya pasal dia tahu Dick ni suka makan ais krim. Tom dan Steven juga sponsored Dick dan rakan2nya yg masih hidup ke Normandy, Perancis untuk memorial gathering. Dick juga selalu memberi ceramah mengenai WWII eyewitness di kolej2 serata USA.
Salute jugak depa era WWII ni, tapi semenjak lepas Cold War, naik menyampah nengok kan perangai depa nih...sampai laa skang ni...LIBYA!!!
~~~
No comments:
Post a Comment