Saturday, March 5, 2011

Falkland War (Final Chapter)

Pada May 28,1982...banyak lagi Harrier air raid kat posisi2 Argentina...
kelam kabut dibuek eh soldadu2 Argentina ni...lari sini..kena serang, lari
sana kena lagi serang..maklumlaa ruang udara dah mula dikuasai Royal
Marines aircraft Harrier. Bila agak2 dah clear je...2nd parachute regiment
melancarkan serangan darat pertama British bertempat di Darwin

(bukan ostolia yaa) dan Goose Green. Ini adalah peperangan darat yg
paling tough dan panjang sekali di Falkland. British 2md para cuma
berkekuatan 600 orang saja manakala pihak opponent ada 1400 askar..
kira 1:2 laa.

Serangan dilakukan pada siang hari dan kalau mengikut kelengkapan
pihak Argentina mempunyai senjata berat...tapi biasa laa, org yg dah biasa
berperang (British) lwn dgn rookies, inilah jadinya...taktik, teknik, battleplan...
semua dah ada dlm keala British. Sudahnya cuma 17 askar British termasuk
seorang pegawai pemerintah Lt.Col Herbert



Aircraft Carrier! Argentina punya De Mayo..tak berani keluar dermaga

Pertahanan Argentina

'H' Jones terbunuh manakala askar Argentina yg terbunuh (sumber British)
ialah 600 orang. Besok tu 29 May...lagi serangan warship British dan
Harrier kat post2 Argentina...Masa ni gaucho2 tu dah mula tersiksa dah...
ammo makin sikit, makanan pun susut...dgn cuaca yg sejuk bahkan dah
ramai yg mula sakit2 ..dah tu pulak air supply (duet Ostolia ni)...opss sorry,

supply pun dah tak jengah2 lagi (air superiority dominate by harrier).

Turboprop dan heli yg sampai awal kat Falkland dah macam sitting
duck je. Berpuluh Puccara musnah. Brirish troops terus mara. Bukit
Kent conquered dah by Royal marines. Dan sekarang capital of
Falkland, Port Stanley telah dikepung.


Dalam pada itu usaha diplomatic sedang dijalankan dan gencatan
senjata sedia dipersetujui oleh Britain (memandangkan situasi semasa
memihak British).... dan Britain ternanti2 pengumuman dari Presiden
Galtieri..den monyorah je laa.. Tunggu punya tunggu..last2 ya, memang
ada tindakbalas dari Argentina...jawapannya ialah Serangan udara
besar2 an ke atas dua buah kapal British iaitu Sir Galahad dan
Sir Tristram.
British Landing Zone

On the way to Port Stanley



Dan jawapannya lagi adalah 53 crew kapal terbunuh..Emmmph apalagi
British..no ceasefire, attack, attack and attack. Mount Langdon diserang
...kat sini adalah pertempuran sengit..Sampaikan hand to hand and
bayonet o bayonet fighting. British under estimate Argentinian skills..
berpuluh tentera kedua2 pihak terbunuh ntk dptkan satu bukit ni..


At last British dpt.Satu2 kawasana british takluk. Royal Marines,
2nd Para, 1 dan 7th Gurkhas Rifles sedang menuju ke semua arah
Argentinian pstn. Sedang semua fokus kat peperangan darat, sebijik
Exocet sudah kena HMS Glamorgan, membunuh 13 sailors. Berlaku
pada Jun 12. Dan pada 14 jun,1982...Port Stanley telah ditawan
oleh British.

Komander Argentian di pulau itu iaitu Mario Menendez, menyerah

kalah tanpa syarat. 9800 tentera Argentina yg masih tinggal terpaksa
meletakkan senjata. Perang Falkland ni berlanjutan selama 72 hari.
Memakan korban 236 askar British dan 655 askar Argentina di laut
dan darat. Cost peperangan adalah sebanyak 2 bilion Dollar pada
nilaian masa tu.

Kemenangan perang Falkland ni telah melonjakkan popularity PM

Margaret Thatcher dan seterus nya Party Conservative pimpinan
beliau telah memenangi pilihanraya taK Lama lepas tu.Junta tentera
Argentina yg dipimpin Galtiery terus goyang dan kemudiannya Galtiery
resign. Seterusnya junta ini jatuh da bermulalah demokrasi di Argentina.
.don't cry for me Argentinaaaa




Harrier...ada beza sikit dgn latest harrier Av8..muncung dgn pstn roda kat kepak tu


Royal Air Force Nimrod


Nuri kat aircraft carrier? Bukan..Yg ni British Sea king kat HMS Invisible



Agak2 macam nilah rupanya Super Etendard lepaskan Exocet

 

~~~


No comments:

Post a Comment