Perang kat Lubnan ni dah berkali2 dah. Yg baru lepas ni yg Hezbollah boleh bertahan tu kan? Kali ni kita cerita pasal perang 1982 pulak. Sebelum tu kita tgk sikit pasal Lubnan. Lubnan ni pada asalnya adalah dlm negara Syria. Lepas perang dunia pertama Syria ni banyak di bawah naungan Perancis, biasak laa, depa menang perang, Ottoman dah kena halau balik negeri. Majoriti kat Syria ni adalah Muslim. Minoritinya adalah Kristian, belah sini mazhab Kristian Maronite. Selain tu adala pulak kaum Druze.
Druze ni pulak amaln dia dah bukan Islam dah...lain macam sikit puak ni. Tapi kat negara2 Arab, tak kita apa agama sekalipun nama adalah tetap nama Arab, so kalo pi kat negara2 Arab jgn mudah nar percaya depa tu Islam. So kita sambung balik, Perancis punya kerja laa kasi pisahkan wilayah ni dari Syria. Depa kata wilayah baru Lubnan untuk org arab Kristian. Mula2 tu mmg Krstian Maronite conquer kek situ tapi lama kelamaan dan sampai laa sekarang majoriti Islam Sunnah atau Syiah gak yg ramai...agaknya babulu je depa tu suma.
Apabila palestin jatuh kat tgn Zionis ni, maka ramai laa penduduknya lari ke negara2 jiran seperti Jordan, mesir dan Syria. Dan PLO pimpinan Arafat dah ada base kukuh kat Beirut. PLO tu dulu acapkali macam hezbollah sekarang ni laa, pi hantar roket kat utara Israel. Selalu jugak laa Israel bertempur dgn PLO kat sempadan. Ada sekali tu pada 1978, sampai 10 ribu askar Israel masuk sempadan Lubnan nak memburu pejuang2 palestin ni terutama PLO. Pejuang Palestin ni banyak jugak cabang dia tapi yg terkuat PLO sayap Fatah laa.
PLO tak berdiam kat domestic je...Depa operates overesea gak. kasi buru Ziones kat Eropah macam Mossad buru Nazi kat seluruh dunia. Ingat peristiwa olimpik Munich? Ada satu lagi group palestin...bukan main aktif kat eropah iaitu ANO (Abu Nidal Organization) diketuai oleh Abu Nidal sendiri. Abu Nidal ni keluar dari PLO sebab tak sependapat dgn Yasser Arafat. Punca berlaku invasion besar2 an Israel mungkin kerana ANO telah menembak lumpuh seorang diplomat Israel kat UK, Shlomo Argov dlm cubaan membunuhnya. Aaaah...tu suma alasan zionist nak pi serang PLO kat Lubnan....
Suasana di Beirut, perang sedara pun dah berlanjutan antara bermacam2 puak...
~~~
No comments:
Post a Comment