Ketumbukan Israel kali ni besar jugak meliputi 70 ribu anggota tentera. Dan jangn lupa satu pasukan tentera ini SLA (South Lebanon Army) yg terdiri dari puak Kristian Maronite dan Druze dan sedikit puak Syiah. Tentera ni dah macam militia je. Tujuan pasukan ni ditubuhkan adalah untuk menyaingi pasulak PLO dan Hezbollah. Memang sebelum ni pun asyik berkonflik je sesama sendiri oleh militia2 tersebut.Bagaiman dgn tentera Lubnan...emmmm ada tu ada tapi tak kuat langsung!!!
kat belah timur Beirut pulak ada tentera Syria. Ada 22 ribu askar Syria berkawal kat situ dan mereka adalah penyokong PLO. Yg SLA kristian tadi tu pulak adalah anak didik Israel. Bila Israel ni masuk, SLA ni join sekali untuk menyerang PLO, Hezbollah dan tentera Syria tu sekali. Tak cukup dgn SLA, ada satu lagi pertubuhan Kristian iaitu Phalangist diketuai oleh Saad Haddad. Pehh...caca marba betul Lubnan masa tu. SLA dgn Phalangist tu pun ada 30 ribu anggota.
Peperangan berlanjutan sehingga 4 bulan. Pihak Islam yg terdiri dari PLO, Hezbollah, Amal dan Tentera Syria berjuang bermati-matian melawan Israel, SLA dan Phalangist tapi jurang jumlah tentera dan kelengkapan moden berpihak pada Israel. PLO walaupun hanya sebuah pertubuhan, depa masa tu ada 60 tank model T-62 lama punya, Syria ada 300 lebih tank tapi pihak Israel pulak lagi banyak, 800 tank, Dan dalam perang inilah keretakebal baru Israel Merkava beraksi. memnag tak terlawan pihak Islam. Syrian Air Force sedaya upaya cuba memintas IAF tapi akhirnya sejumlah 100 lebih jet fighter mereka musnah.
kerugian jet Israel dgn helikopter tak sampai 10. Begitu juga angka korban. Israel kehilangan 700 atau 800 anggota tenhtera manakala pihak Muslim pulak tentera yg terkorban dah dekat 10 ribu orang manakala orang awam 17 ribu lebih. UN diketuai oleh Kurt Waldheim pun tak boelh buat apa2..iyelaa puppet je kan!!!
Bila korban dah cukup banyak dipihak muslim barulaa US usul nak buat gencatan senjata...setelah 17 ribu org awam terkorban...diorang ni kalo boleh biarlaa sejuta ke, 1 bilion ke mati baru ceasefire....kang nampak sgt lak macam barbarian ye tak? Kemidian US envoy Phillip Habib datang bawak plan ceasefire.
kalo nak ikut2kan Yasser Arafat, Nabih Berri(Amal) dan Prsiden Syria Hafez al-Assad maleh nak layan Phillip habib ni tapi mengenangkan jumlah korban civilian yhg begitu banyak plan habib ni trpaksa dituruti. Dan sudahnya Selatan Lubnan yg sebelumnya dikuasai PLO, Hezbollah dan Amal kini dikuasai oleh Israel, SLA dan Phalangist diketuai oleh Saad Haddad. PLO kena halau dan mereka terpaksa ke Jordan balik dan Yasser Arafat pulak bukak base di Algiers, Algeria.
Serangan udara Israel ke atas Beirut
Keretakebal Merkava dijalanraya Beirut
Yasser Arafat bersalaman dgn askar2 Syria
~~~
No comments:
Post a Comment