Thursday, March 31, 2011

Al Andalusia Part 1

Kita cerita sikit latar belakang Sepanyol (Spain)  sebelum ketibaan
romboingan Tarig ibnu Ziyad pada 711M. Wilayah sepanyol ni dulu
dibawah pengaruh dan jajahan Roman Empire dan dinamakan sebagi
Hispania oleh Roman. Wilayah ni penting bagi Roman sebab banyak
bekalan seperti wain, keju, kulit dan mcm2 bahan mentah.

Pada abad ke 5 masehi, kerajaan Rom (Italy) tumbang akibat serrangan
acapkali puak2 barbarian terutama oleh Attila the Hun. Jadi wilayah Hispania
ni dah jadi longgar ikatan dari Rome. Kemudian ada satu lagi barbarian tp
kemudian barbarian ni masuk Kristian iaitu Visigoth (salah satu puak Jerman purba)
sudah masuk wilayah Hispania dan secara beransur2 puak ni sudah conquer
seluruh semenanjung Iberia ni (kini Portugal dan Spain).

Walaupun mereka Kristian, tapi cara pemerintahan merka mcm barbarian
jugak...diorang takde pemerintahan berpusat mcm Roman. masing2 berebut2
nak jadi King or Queen. Asal dpt je tanah..i...bikin kingdom. Lepas tu gaduh2
sesama diorang berebut kawasan. Rakyat jugaaak yg jadi mangsa...perang
tak abis2 sampai masuk abad ke 8 masehi. Masa tu Empayar Umaiyah yg
berpusat di Damascus (Damsyik) dah mengcengkam kukuh di seluruh Afrika utara.

Khalifah dah bg hint kat Komander Umaiyah (Umayyad) di Afrika Utara iaitu
Musa bin Nusair cuba tgk2 at Iberia peninsula...kut2 boleh masuk jarum ka...
So kat bab ni...macam2 cerita ada. King of Visigoth ialah Roderick. Roderick
ni pulak perangai...hamla betul..dia sudah rape isteri or anak Julian, seorang
Count disatu wilayah Hispania ni. Julian sudah datang ke Tangiers dan minta tolong

sama penguasa Umayyah. Ada satu cerita pulak, Tariq ni pergi aid salah satu puak
yg bergaduh (test market kekuatan Visigoth). Kemudian baru invasion besar2an
oleh Musa bin Nusair. Tak tau yg mana satu betul,,,tapi yg pasti Roderick kemudian
terbunuh dlm pertempuran dan bermulalah pemerintahan Islam Al-Andalusia...


                                                                   ~~~

Friday, March 25, 2011

Major Richard 'Dick' Winters

Dick Winters dan Damian Lewis yg melakonkan watak Dick
Damian Lewis dalam Band of brothers

Major Richard 'Dick' Winters masa WWII dulu.

Major Richard Winters atau digelar Dick. dari pasukan US Paratroops mengetuai "easy" company dlm 101st airborne. Rasanya semua org kenal dia ni. First battle ialah semasa D-Day pada 6 jun 1944. Day 1 lagi dah macam2 problem timbul. Lt.Meehan yg mengetuai easy company tak tau apa nasibnya. Easy company paratroops landing merata2, nak combine balik semua2 sekali dah jadi susah dgn askar Jerman di mana2 saja. Malahan rifle Dick ni pun entah mana tercampak masa landing.

Dgn takda ketua, Dick dpt kumpulkan mana yg dapat termasuk dari 82nd airborne div. Besoknya pulak dia dpt spot pasukan meriam 105mm Jerman. Dick dgn manpower yg tak seberapa telah ddapat memusnahkan sebilangan meriam dan lebihkurang 50 org lebih crew Jerman. Serangan ni masih diajar dan dikaji di West Point Military Collage, USA.

Namanya dah mula naik kat sini. Pastu operasi Market garden pulak kat Holland. Dick dan easy company took part jugak. Tapi operasi ni gagal dan detik hitam beliau menembak sorang anggota Hitler's Jugend sentiasa terpahat dibenaknya. Iyela budak2 lagi. Dan yg paling betul2 menggerunkan Dick ialah semasa Battle of the Bulge.

Keseluruhan US paratroops terperangkap kat Bastoigne akibat serangan besar2an Wehrmacht Jerman dgn jentera2 baru seprti King Tiger berserta automatic rifle atuk kpd kalashnikov tu. No supply boleh hantar kat paratroops ni akibat cuaca buruk. Tapi Dick yg sekarang ni berpangkat Major boleh handle situation dgn tenang dan orang2nya yakin dgn kebolehan Dick menangani masalah di Bastoigne ni.

Setelah keadaan pulih dan supplies melimpah2 masuk, Dick dan easy company bersama keseluruhan 101st airborne div....pun memulakan kempen untuk menakluk Jerman.
Kisah Major Dick Winters dan easy company ni adalah cerminan tentang perjalanan yg dilalui oleh 101st dan 82nd US paratroopers bermula dari D Day di Normandy (The longest Day), kemudian operasi Market Garden seperti dlm filem A Bridge too Far dan seterusnya di Bastoigne, Belgium (battle of the Bulge)....

Dan akhirnya penaklukan Jerman dan terjumpanya kem2 maut tahanan yahudi semua tu.
Kisah beliau dibukukan oleh Stephen Ambrose dan seterusnya diangkat oleh Steven Spielberg dan Tom Hanks menjadi miniseries untuk HBO. Sebelum ni cuma para peminat buku dan ahli sejarawan Amerika je yg tahu kisah Dick Winters ni. Sekarang rasa2nya ramai tahu dah dgn munculnya Band of Brothers.

Dick Winters ni lahir pada 1918 dan berakhir pada January 2011 ketika berumur 92 tahun. Tom Hanks ada siapkan peti ais penuh dgn ais krim kat rumahnya pasal dia tahu Dick ni suka makan ais krim. Tom dan Steven juga sponsored Dick dan rakan2nya yg masih hidup ke Normandy, Perancis untuk memorial gathering. Dick juga selalu memberi ceramah mengenai WWII eyewitness di kolej2 serata USA.

Salute jugak depa era WWII ni, tapi semenjak lepas Cold War, naik menyampah nengok kan perangai depa nih...sampai laa skang ni...LIBYA!!!




                                                                    ~~~   

Tuesday, March 22, 2011

Lebanon War 1982 - Last part

SesudaH pejuang2 PLO dihalau ke JordAN, Algeria dan lain2...maka pada hujung tahun 1982, peacekeepers dari USA, Perancis dan Itali pun dihantar ke kwasan penampan. Dan utusan US ke Lubnan iaitu Philip Habib telah memberi assurance kpd pejuang2 PLO yg terpaksa berpindah bahawa penduduk awam Palestin yg masih menetap di Lubnan akan dijaga dgn baik.


Kemudian election pun dijalankan untuk melantik PM Lebanon. Bashir Gemayel seorang Kristian telah dilantik sebagai PM Lubnan tapi untuk jangka waktu singkat aje. Tak lama lepas pada 14 September 1982 beliau telah ditembak mati oleh seorang Syria. Bashir ni pulak mmg org kuat Phalangidt Kristian ni, Phalangist ni pulak ally dgn Israel.....so nhak tau apa sudahnya...

Budak Palestin ni pun jadi mangsa

Selepas Sabra dan Shatila, perkara sebegini masih berlaku lagi di Palestin, Lubnan lagi, Afghanistan, Iraq dan Libya nampak gaya macam akan menerima nasib yg sama....

Pada keesokan harinya iaitu 15 Sept, tentera Israel dah masuk zon Palestin, Zon Palestin ni sekarang takde protector ....nak harapkan UN, UN pun apa ada...berapa kerat je org dia? bawak rifle dgn APC je nak lawan merkava Israel? Lagi pulak dlm UN tu ada askar Us sekali! mmg ally dgn Israel. Pejuang bersenjata Palestin dah bertebaran kat negara2 Arab lain dah.


Militia Phalangist ni dah mmg angin satu badan pasal Bashir kena bunuh. So diorang mmg berdendam. Tapi diorang tak cari askar Syria (sebab askar Syria lengkap bersenjata kat utara Lubnan). Diorang pi masuk kat zon Palestin yg masa tu dikepung oleh Israel. jadi tak lama pas tu anggota2 militia Phalangist seramai 150 orang lengkap bersenjata masuk ke kawasan palestin di barat Beirut yg lebih dikenali sebagai Sabra dan Shatila.


Alasan yg diberi oleh mereka IALAH untuk memburu saki baki pejuang Palestin yg bersembunyi kat situ.
Askar Israel yg mengepung Sabra dan Shatila langsung tidak menghalang bahkan memberi lampu hijau kpd militia2 Phalngist tu. Dan tak lama kemudian terjadi laaa pembunuhan beramai2 penduduk Palestin di situ. Tak kira tua ke, muda ke, pompuan ke, budak ke...semuanya disembelih.


Askar Israel sebenarnya bersekongkol sekali dgn budak2 bodoh tu. Mereka telah menyediakan transport untuk ke camp tu, mereka telah menutup laluan keluar supaya tidak ada org palestin yg terlepas. Mereka juga telah menyiapkan peta2 kpd militia2 bodoh untuk masuk ke camp tu. Mereka juga menyediakan jentolak2 untuk merobohkan bangunan2 usang yg mana di dalamnya masih berorang.


Nak tau siapa punya arahan? mamat yg sekarang ni dah bertahun koma...tak hidup tak mati...Ariel Sharon. Dia ni masa tu adalah menteri Pertahanan Israel. Penyiasatan yg dibuat kemudioan selepas tragedi ini mmg mengesahkan bahawa dia ni lah ketua sekongkol dgn Phalangis tu. Sekurang2nya 800 penduduk Sabra dan Shatila ni terbunuh dlm masa hanya sehari. Cuma 2 Phalangist je yg mampus.


Langsung takdak rasa malu, lawan dgn orang yg tak bersenjata, permpuan, kanak2. Ingatkan dah serik laa Israel ni....tapi seperti yg kita tahu banyak kali dah berlaku kejadian seperti sehingga masuk milenium. Susulan dgn kejadian tersebut, pada 1983 akibat perasaan tak puas hati saudara muslimin, 2 buah truck yg sarat dgn bahan letupan telah di aimkan kat barrack tentera US di Beirut dan sudahnya 241 orang tentera US terbunuh.


Ini adalah jumlah yg besar dlm satu blow. Satu tamparan hebat bagi sekutu Israel. Satu lagi bombtruck dihalakan pulak ke arah barrack tentera Perancis pulak. 58 org askar Perancis terbunuh. Hasilnya, multinational Force di Lubnan dibubarkan. Lubnan kemudian terus dihimpit perang saudara yg tak berkesudahan hinggalah pada 1990.


Fikir fikirkanlah.... 

~~~






Sunday, March 20, 2011

Lebanon War 1982 - part 3

Untuk reference ni...

PLO - Palestinian Liberation Organisation, boss dia Yasser Arafat
ANO - Abu Nidal Organisation - Boss Abu Nidal sendiri
SLA - South Lebanon Army - Boss Saad Haddad
Phalangist - puak Kristian diketuai oleh Amin Gemayel
Amal - Puak Islam - Boss Nabih Berri
Hezbollah - Puak Syiah - Boss dia lupa lak
Druze - sebelum tu dibawah leader Walid Jumblatt (bini dia lawa woo) dan apabila perang 1982, dia masuk SLA

Philip Habib - Jurucakap US si Lubnan
Kurt Waldheim - Setiausaha bangsa2 bersatu dari Austria (Israel dulu cuba kaitkan dia dgn Nazi)
Ronald Reagen - Presiden US masa tu.
Hafez al-Assad -Presiden Syria masa tu (dia lagi hensem dari anak dia sekarang)
Ayatollah Ruhollah Khoemini - Ketua negara Iran masa tu.
Saddam Hussein - Presiden Iraq masa tu.....Iran dgn Iraq tgh perang masa tu...kecoh betul laa
Raja Hussein - Ketua negara Jordan masa tu.
Menachem Begin - PM Israel masatu (dia ni laa dgn Anwar sadat singned dlm perjanjian Camp David)
Ariel Sharon - Menteri pertahanan Israel masa tu

Friday, March 18, 2011

Lebanon War 1982 - part 2

Pada 17 Julai 1982, serangan udara yg besar dilancarkan Israeli Air Force kat selatan Beirut, pusat kawalan pentadbiran PLO. Kat situ je dekat 300 orang terbunuh dan macam biasa, civilian laa yg banyak terkorban...collateral damage, kata setan tu. Sebelum tu pada 6 Jun operasi "Peace of Galilee" dilancarkan untuk menakluk selatan Lubnan hingga ke Beirut oleh menteri pertahan Israel masa tu Ariel Sharon (sekarang ni masih koma lagi...dah bertahun2 dah koma).

Ketumbukan Israel kali ni besar jugak meliputi 70 ribu anggota tentera. Dan jangn lupa satu pasukan tentera ini SLA (South Lebanon Army) yg terdiri dari puak Kristian Maronite dan Druze dan sedikit puak Syiah. Tentera ni dah macam militia je. Tujuan pasukan ni ditubuhkan adalah untuk menyaingi pasulak PLO dan Hezbollah. Memang sebelum ni pun asyik berkonflik je sesama sendiri oleh militia2 tersebut.Bagaiman dgn tentera Lubnan...emmmm ada tu ada tapi tak kuat langsung!!!

kat belah timur Beirut pulak ada tentera Syria. Ada 22 ribu askar Syria berkawal kat situ dan mereka adalah penyokong PLO. Yg SLA kristian tadi tu pulak adalah anak didik Israel. Bila Israel ni masuk, SLA ni join sekali untuk menyerang PLO, Hezbollah dan tentera Syria tu sekali. Tak cukup dgn SLA, ada satu lagi pertubuhan Kristian iaitu Phalangist diketuai oleh Saad Haddad. Pehh...caca marba betul Lubnan masa tu. SLA dgn Phalangist tu pun ada 30 ribu anggota.

Peperangan berlanjutan sehingga 4 bulan. Pihak Islam yg terdiri dari PLO, Hezbollah, Amal dan Tentera Syria berjuang bermati-matian melawan Israel, SLA dan Phalangist tapi jurang jumlah tentera dan kelengkapan moden berpihak pada Israel. PLO walaupun hanya sebuah pertubuhan, depa masa tu ada 60 tank model T-62 lama punya, Syria ada 300 lebih tank tapi pihak Israel pulak lagi banyak, 800 tank, Dan dalam perang inilah keretakebal baru Israel Merkava beraksi. memnag tak terlawan pihak Islam. Syrian Air Force sedaya upaya cuba memintas IAF tapi akhirnya sejumlah 100 lebih jet fighter mereka musnah.

kerugian jet Israel dgn helikopter tak sampai 10. Begitu juga angka korban. Israel kehilangan 700 atau 800 anggota tenhtera manakala pihak Muslim pulak tentera yg terkorban dah dekat 10 ribu orang manakala orang awam 17 ribu lebih. UN diketuai oleh Kurt Waldheim pun tak boelh buat apa2..iyelaa puppet je kan!!!
Bila korban dah cukup banyak dipihak muslim barulaa US usul nak buat gencatan senjata...setelah 17 ribu org awam terkorban...diorang ni kalo boleh biarlaa sejuta ke, 1 bilion ke mati baru ceasefire....kang nampak sgt lak macam barbarian ye tak? Kemidian US envoy Phillip Habib datang bawak plan ceasefire.

kalo nak ikut2kan Yasser Arafat, Nabih Berri(Amal) dan Prsiden Syria Hafez al-Assad maleh nak layan Phillip habib ni tapi mengenangkan jumlah korban civilian yhg begitu banyak plan habib ni trpaksa dituruti. Dan sudahnya Selatan Lubnan yg sebelumnya dikuasai PLO, Hezbollah dan Amal kini dikuasai oleh Israel, SLA dan Phalangist diketuai oleh Saad Haddad. PLO kena halau dan mereka terpaksa ke Jordan balik dan Yasser Arafat pulak bukak base di Algiers, Algeria.


Serangan udara Israel ke atas Beirut


Keretakebal Merkava dijalanraya Beirut


Yasser Arafat bersalaman dgn askar2 Syria

 






~~~

Wednesday, March 16, 2011

Lebanon War 1982 - part 1

Noted: Lebanon in Malay we called Lubnan.

Perang kat Lubnan ni dah berkali2 dah. Yg baru lepas ni yg Hezbollah boleh bertahan tu kan? Kali ni kita cerita pasal perang 1982 pulak. Sebelum tu kita tgk sikit pasal Lubnan. Lubnan ni pada asalnya adalah dlm negara Syria. Lepas perang dunia pertama Syria ni banyak di bawah naungan Perancis, biasak laa, depa menang perang, Ottoman dah kena halau balik negeri. Majoriti kat Syria ni adalah Muslim. Minoritinya adalah Kristian, belah sini mazhab Kristian Maronite. Selain tu adala pulak kaum Druze.

Druze ni pulak amaln dia dah bukan Islam dah...lain macam sikit puak ni. Tapi kat negara2 Arab, tak kita apa agama sekalipun nama adalah tetap nama Arab, so kalo pi kat negara2 Arab jgn mudah nar percaya depa tu Islam. So kita sambung balik, Perancis punya kerja laa kasi pisahkan wilayah ni dari Syria. Depa kata wilayah baru Lubnan untuk org arab Kristian. Mula2 tu mmg Krstian Maronite conquer kek situ tapi lama kelamaan dan sampai laa sekarang majoriti Islam Sunnah atau Syiah gak yg ramai...agaknya babulu je depa tu suma.

Apabila palestin jatuh kat tgn Zionis ni, maka ramai laa penduduknya lari ke negara2 jiran seperti Jordan, mesir dan Syria. Dan PLO pimpinan Arafat dah ada base kukuh kat Beirut. PLO tu dulu acapkali macam hezbollah sekarang ni laa, pi hantar roket kat utara Israel. Selalu jugak laa Israel bertempur dgn PLO kat sempadan. Ada sekali tu pada 1978, sampai 10 ribu askar Israel masuk sempadan Lubnan nak memburu pejuang2 palestin ni terutama PLO. Pejuang Palestin ni banyak jugak cabang dia tapi yg terkuat PLO sayap Fatah laa.

PLO tak berdiam kat domestic je...Depa operates overesea gak. kasi buru Ziones kat Eropah macam Mossad buru Nazi kat seluruh dunia. Ingat peristiwa olimpik Munich? Ada satu lagi group palestin...bukan main aktif kat eropah iaitu ANO (Abu Nidal Organization) diketuai oleh Abu Nidal sendiri. Abu Nidal ni keluar dari PLO sebab tak sependapat dgn Yasser Arafat. Punca berlaku invasion besar2 an Israel mungkin kerana ANO telah menembak lumpuh seorang diplomat Israel kat UK, Shlomo Argov dlm cubaan membunuhnya. Aaaah...tu suma alasan zionist nak pi serang PLO kat Lubnan....

Suasana di Beirut, perang sedara pun dah berlanjutan antara bermacam2 puak...

~~~

Sunday, March 13, 2011

Teddy Bear

Apa lak tajuk budak2 pulak ni? Walaupun pasal kanak2 riang tapi kalo kita tahu punca anak patung beruang ni dapat nama jolokan Teddy tu pun okay gak kan. Seluruh dunia kebanyakkannya kalo panggil patung beruang ni Teddy bear. Kisahnya macam ni, pada awal 1900an, gabenor Mississippi ada jemput Presiden Amerika join dia pi memburu. Jadi Presiden setuju laa nak join sebab depa pun lama tak pi.

So diorang pun pi laa memburu. ramai jugak join. Ramai jugak yg dapat hasil buruan dan binatang tu pun habis kena bunuh oleh geng2 pemburu ni. Salah seorang pasukan Presiden ni dah dpt tangkap seekor beruang besar. Habih kena katok beruang ni, dah macam sesak2 napas beruang tu dibueknyo. Pastu org Presiden yg lain cadangkan suruh bagi Presiden sendiri laa tembak mati....macam bagi penghormatan kat dia laa.

So Presiden pun setuju laa dan dia pun pi laa kat tempat beruang tu..dah kena ikat kat pokok dah. bila Presiden ni sampai kat situ nak tau apa jadi? Presiden ni yg sememangnya hero ketika bertempur kat Cuba telah merasa kasihan pulak kat beruang tu. Tak nak dia tembaknya...tak sampai hati agaknya, mungkin beruang ni buat muka kesian ke apa ke,,tak tau le kita. Dan geng2 pemburu tadi pun akur laa dan berita ni telah tersebar ke seluruh Amerika.

Esok2nya ada keluar dlm paper kisah ni dan besok tu pulak keluar pulak gambar kartun dan lukisan beruang pada realitinya adala besar telah dikecikkan dan nampak comel ya amat. Emmm apalagi...terus melekat laaa nickname Presiden tu iaitu "Teddy" bear. Beruang tu kiranya jadi beruang kesayangan Teddy laa kitanya.

Nak tau siapa sebenarnya Presiden Amerika tu. Beliau adalah Presiden Amerika yg ke 26 iaitu Theodore Rossevelt dan dia adalah veteran volunteer perang melawan Sepanyol Kat Cuba. kalo tak cam jugak sapa2 yg ada tgk Night at the Museum...yg dilakonkan Robin William, pegawai tentera pakai topi koboi lipat sebelah yg duduk atas kuda tu yg suka kat perempuan red Indian Sakajawea tu...hehehhe

Kemudian ada satu peniaga mainan buat satu patung comel beruang dan dia namakannya Teddy Bear, siap bagi hadiah kat Presiden Theodore Rossevelt dan minta permission nak guna nama dia dan Presiden pemitted pulak tu. So bermula dari situlah nama patung Teddy Bear digunakan meluas di seluruh dunia.


Gambar inilah dlm newspaper tu...kan comel rupa beruang tu!!


Teddy Bear...melekat nama ni sampai sekarang

Theodore Rossevelt

~~~

Friday, March 11, 2011

Old Movies: Top Secret!


Filem tahun 1984...komedi ala2 Leslie Nielsen...pelakon utama Val Kilmer...masa ni muda belia lagi mamat ni. Omar Sharif pun ada main jadi spy bodoh. Latarblakang cold war period kat Jerman Timur. Kisah dia ada penyanyi rock ala2 Elvis (Val Kilmer) diberi permit untk buat show di negara komunis tu. Lepas tu terjebak pulak kes2 spy menyepai nih.....mmg klakar cerita ni..

Contoh2 adegan....
1. kamera shot dlm keretapi menunjukkan keretapi baru nak jalan...kemudian kamera tu fokus kat keluartingkap keretapi, rupa2nya stesyen yg bergerak...
2.kamera shot dari jauh kat general jerman sedang duduk kat meja
...jadi benda2 tentulah nampak besar kalau jarak dekat dgn kamera...kemudian telefon berdering, general tu angkat telepon, rupa2nya telepon tu mmg gedabak besarnyaaa!!!!

‎3.Omar sharif berlawan dgn askar jerman atas atap keretapi yg sedang bergerak..omar dah nak kalah dah, kemudian omar tgk askar tu berdiri memandang omar...kat belakang dia ada jambatan muat2 keretapi lalu..omar pun tersenyum sebab mesti askar tu mati kena jambatan...aleh2 jambatan tu yg runtuh kena askar tu......opocot laa si omar tuu....

‎4. selaras senapang dilihat bersandar kat pokok besar, bila ada orang amik senapang tu, pokok besar tu tumbang, rupa2nya pokok tu bertupangkan senapang tuh...
5.Val Kilmer bersusah payah meniarap2 kat tepi hutan jgn bagi nampak askar Jerman......tiba2 je nampak kaki askar jerman kat depan muka dia...punya laa takut Val ni...sekali kamera fokus ke atas sikit...rupa2nya kasut boot panjang Jerman aje...
 Once a while depa akan keluarkan filem2 camgini setelah penat buat filem serious, history, komedi dan artistik...lepas2 tension laa sikit. Kita pun release sikit tgk filem2 begini sebelum kita tengok balik filem2 guna akal pikiran...ye tak?
~~~

Earthquake and Tsunami


Gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter telah melanda Jepun dan epicenternya adalah di bawah laut di bahagian timur Jepun. Jarang2 kita dengar angka mencecah 8 skala Richter. Ini adalah cukup2 besar. kalo kita tengokkan bacaan, gempa di Jepun kali ni adalah gempa ke 5 terbesar semenjak 1900.

Tsunami seperti yg kita lihat cukup mengerikan. Ia melanda persekitaran bandar yg padat dgn aktiviti, nampak dari atas macam slow je tapi kalo kita perhatikan skala rumah dan aliran air....mmg menakutkan..lajuuuu!!!!....Jepun adalah termasuk dalam lingkaran api pasifik (ring of fire) seperti juga Indonesia dan Filipina termasuk juga Hawaii.

Tanah memang tak stabil (kata depa para saintis la).....tanah2 yg membentuk Indonesia, Filipina dan juga Jepun dulunya adalah akibat letusan2 magma jutaan tahun lalu (tapi subur). Setakat sekarang 0209hrs/12 mar 2011, seramai 300 orang telah terkorban di Jepun..tapi kalo tengokkan bencana yg menimpa, mau dasyat bilangannya.

Gempa bumi yg paling besar semenjak 1900 adalah di Chile, berlaku pada 1960 berskala 9.5 Richter, berlaku di pantai Chile mengakibatkan 3000 lebih terbunuh. Ada jugak tsunami tapi pasal dekat dgn daratan, impact dia kurang sikit, cuma 60 lebih orang yg mati akibat tsunami. Tsunami tempias jugak kat Hawaii, Jepun dan Filipina..beratus jugak yg mati.

Gempa kedua terkuat ialah di Alaska pada 1964. Magnitude 9.2 skala Richter. Total 128 lebih maut dgn 113 daripadanya terkena tsunami. Jumlah kecil kerana penduduk tak padat..iyelaa kat Alaska...mana ada orang sangat.
Gempa ke 3 besar ialah kat lautan Hindi tu atas sikit dari Aceh, Sumatera pada 2004......bencan ni mmg sangat2 kita kenali pasal negara kita pun terbabit.

Bermagnitude 9.1 skala Richter. Jumlah kematian adalah amat amat amat amat BESARRR. Lebihkurang 230 ribu maut.
paling teruk di Aceh, kemudian tsunami membadai pantai2 di Phuket, pantai barat Malaysia bahagian utara, tak cukup dgn itu....attack pulak Sri Lanka, dgr cerita US base kat pulau kecik di lautan Hindi, Diego Garcia pun teruk kena...tapi tak heboh2.....entah le.

Yg ke 4 besarnya gempa ialah di semenanjung Kamchatka, Rusia....9 skala richter. Berlaku pada 1952. Takda yg maut sebab area tak berpenduduk. Tsunami sampai jugak kat Hawaii...kat Hawaii dgr cerita 6 ekor lembu terkorban kena tsunami yg tak berapa besar. Cuba tgk air dlm besen, kita usik air kat tgh2, gelombang atau ombak air sudah tentu sampai ke keliling besen tu kan? Sama laa dgn geography...cuma jarak yg menentukan besar atau kecilnya tsunami tu.
Discovery channel cakap laa.

Kita patut bersyukur, Malaysia ni di luar lingkaran api pasifik, serangan tsunami pula benteng kita adalah Sumatera, pulau Jawa dan Filipina, cuma utara dan timur Sabah je yg risau sikit. Walau apa pun kalau Allah nak turunkan bala, bala jugak sampai....bersyukurlah dgn mentaati segala perintahnya. Jadilah umat yg baik dan rakyat yg baik....ingatlah umat2 terdahulu yg ditimpa bencana...sekadar pesanan aje!!!   

                                                                      ~~~

Monday, March 7, 2011

Amelia Earhart


Amelia Earhart, pilot wanita USA. Cuba untuk mengelilingi dunia pada 1937. Dah tiga suku dunia jelajah dah, tinggal nak merentasi pasifik je...tup tup hilang camtu je....di andaikan aircraft dia jatuh terhempas kat laut. tapi masih menjadi misteri..ada org kata jumpa dia kat pulau2 kecik pasifik...emm manis gak

~~~






Uncle Earl -- "Girl I left behind me"



The Girl I Left Behind Me
Saje je post by folk musician...lagu ni ada mcm2 tempo. Asalnya
dari Ireland kemudian spread ke England dan sampailah ke Amerika
pada American revolution war. Bertambah top pada civil war baik
pihak Union maupun pihak Confederate. Great war keluar lagi lagu
dan sampai lah WWII. Kisah lagu mmg sinonim dgn askar2 semua.
Yea laa kisah pasal kekasih ditinggalkan pasai nak pi perang....

                                                           ~~~

Old Movies : El Cid


Filem epik keluaran 1961,Pelakon besar yg berlakon dlm filem ni ialah Charlton Heston dan Sophia Loren. Filem period berkisar disekitar tahun 1200an background di Al-Andalusia (sepanyol). Zaman ni adalah kebangkitan kembali Visigoth Kristian melawan Arab andalusia. Zaman ni penuh dgn caca marba sebab ada org Islam aid org kristian dan begitu juga sebaliknya untuk mendapatkan sesuatu wilayah. El Cid ni lakonan Charleston Heston allied dgn seorang putra Arab lawan allied lain dan last sekali El Cid ni mati dlm filem ni dan kemudian ditunjukkan kemaraan bala tentera empayar Islam Almoravid dari afrika utara menawan Valencia.....Costume..baik arab dan visigoth amat menarik sekali....

~~~

Graf Zeppelin


Bentuk model Graf Zeppelin..ada iras2 carrier Jepun sikit

 
Benda ni ialah sebuah aircraft carrier. siapa punya? Jerman punya. kapal ni mmg plan untuk Jerman. Masa Bila? Bila lagi...masa Hitler laa sebelum pernag dunia kedua. hitler dah bg lampu hijau untuk buat 4 aircraft carrier untuk kriegsmarine surface ships.

Pakar luftwaffe, kriegsmarine dan para kontraktor dah pi Jepun pada 1935 untuk share maklumat pembikinan jepun punya aircraft carrier seperti Akagi, Hiryu dan lain2. masa ni Jepun dah buat dulu dah angkatan carrier ni. Hitler pun nak jugak tgk surface navy dia kuat macam Royal navy dan jepun. Buat masa tu Submarine kriegsmarine mmg kuat.

Surface ship dia yg betul2 battleship baru buat ialah Bismarck dan Tirpitz dan yg lain ialah battle cruiser mcm Gneisenau dan Prinz Eugen dll dan selebihnya adalah pocket battleship..kapal kecik je tapi ciri2 battleship tu ada. jadi kalau ada 4 biji carrier ni barulaa cukup armada battle group dia.

Kemudian pasal angin2 perang dah ada..banyak sumber bahan2 mentah kena laa alihkan ke banyak tempat2 lain, jadi total carrier yg nak buat reduce jadi dua biji je. Jadi diorang buat satu dan namanya ialah Graf Zeppelin. Aircraft untuk carrier ni pun diorang modified dari varianr fighter Messerschmitt bf109 dan satu lagi dive bomber stuka..ni pun modified jugak.

Makin dekat nak perang mcm2 hal berlaku. Welder tak cukup la, bahan mentah tak cukup la...alat anti aircraft gun kena ambik pasal nak pasang kat pelabuhan Narvik kat Norway..pastu yg paling ketara ialah Goering nak switch aircraft2 carrier ni untuk eastern front theatre. jadi apa yg tinggal untuk Graff Zeppelin ni.

So plan nak buat 2, tinggal satu je..tu pun dah dekat2 nak abandon dah.
Tapi bila Hitler lihat kejayaan navy jepun memblasah pearl harbor, dia sgt impressed..So Graf Zeppelin on balik pada 1942. kapal dgn deck fligt semua dah siap dah. Tapi kita pun dah tau start 1943 jermna dah mula merosot dah...jadi graf Zeppelin tak sempat untuk beraksi dan cuma

berlabuh kat pelabujan Stettin di jerman. Dan pada 1945 USSR dapat capture kapal ni. Dan bila depa dah puas recce kapal ni, kapal ni terus dibuat target untuk latihan cara2 untuk memusnahkan aircraft carrier dan seterusnya telah menjadi tukun untuk ikan2 pelbagai warna berenang2 di sekitarnya. Dan pada 2002 kalo tak silap laa diorang disvover kapal ni ada kat perairan Poland.

Haaa yg ni real punya gambar...tgh buat kerja2 construction yg tak pernah siap siap....

~~~

Sunday, March 6, 2011

Vaco Da Gama

Vasco da Gama adalah org Portugis dan dia dipercayai org Eropah pertama yg dapat mengelilingi Tanjung Pengaharapan iaitu Afrika Selatan sekarang ni. Dan menemui jalan laut untuk sampai ke India iaitu wilayah Goa. Dia dapat pun bukan dari Portuguese pure navigator...itu pun dari bantuan org Arab dan Afrika yg ditawan. orang Arab dah biasa dgn laluan terebut.

Sebelum sampai kat Goa (India) tu, mamat ni sempat pulak lagi serang pelabuhan2 seperti di Somalia dan Oman sekarang ni, dah tu pulak buat port mcm kat melaka tu...mmg kurang haajar dia ni. Sempat jugakla port kat Somalia dan Oman bertapak setahun dua. Lepas tu kena bedal dgn Ottoman Navy dan rakyat Arab.

Tapi kat Goa tu lama sikit. Dari Goa ni lah diorang cari jalan untuk sampai ke Nusantara. Vasco de Tak guna ni khabarnya ada tahan satu kapal India yg hendak ke tanah arab membawa jemaah haji dari India. Ada duta Mesir sekali dan ramai antara jemaah haji tu orang2 India yg berada. Memang kalo dah darah barbaric, barbaric jugak.....

Vasco tak guna ni sudah sumbat semua org dlm kapal tu dlm satu bilik kapal setelah barang2 berharga diambil dan kemudian bakar semuanya termasuk duta Mesir tu. Ini diakui sendiri oleh para sejarawan barat. Dan base yg dibuat oleh Vasco di Goa nilah yg menyerang Melaka pada 1511.

Kekuatan Melaka kalau diukur dgn Portugis adalah lebih hebat, Meriam2 berbagai jenis dari ottoman dan nusantara menghala hebat ke arah laut. Masalahnya ialah orang Melaka sendiri dari pelbagai keturunan yg membantu Portugis ini...itu saja.....


                                                                    ~~~

Saturday, March 5, 2011

Falkland War (Final Chapter)

Pada May 28,1982...banyak lagi Harrier air raid kat posisi2 Argentina...
kelam kabut dibuek eh soldadu2 Argentina ni...lari sini..kena serang, lari
sana kena lagi serang..maklumlaa ruang udara dah mula dikuasai Royal
Marines aircraft Harrier. Bila agak2 dah clear je...2nd parachute regiment
melancarkan serangan darat pertama British bertempat di Darwin

(bukan ostolia yaa) dan Goose Green. Ini adalah peperangan darat yg
paling tough dan panjang sekali di Falkland. British 2md para cuma
berkekuatan 600 orang saja manakala pihak opponent ada 1400 askar..
kira 1:2 laa.

Serangan dilakukan pada siang hari dan kalau mengikut kelengkapan
pihak Argentina mempunyai senjata berat...tapi biasa laa, org yg dah biasa
berperang (British) lwn dgn rookies, inilah jadinya...taktik, teknik, battleplan...
semua dah ada dlm keala British. Sudahnya cuma 17 askar British termasuk
seorang pegawai pemerintah Lt.Col Herbert



Aircraft Carrier! Argentina punya De Mayo..tak berani keluar dermaga

Pertahanan Argentina

'H' Jones terbunuh manakala askar Argentina yg terbunuh (sumber British)
ialah 600 orang. Besok tu 29 May...lagi serangan warship British dan
Harrier kat post2 Argentina...Masa ni gaucho2 tu dah mula tersiksa dah...
ammo makin sikit, makanan pun susut...dgn cuaca yg sejuk bahkan dah
ramai yg mula sakit2 ..dah tu pulak air supply (duet Ostolia ni)...opss sorry,

supply pun dah tak jengah2 lagi (air superiority dominate by harrier).

Turboprop dan heli yg sampai awal kat Falkland dah macam sitting
duck je. Berpuluh Puccara musnah. Brirish troops terus mara. Bukit
Kent conquered dah by Royal marines. Dan sekarang capital of
Falkland, Port Stanley telah dikepung.


Dalam pada itu usaha diplomatic sedang dijalankan dan gencatan
senjata sedia dipersetujui oleh Britain (memandangkan situasi semasa
memihak British).... dan Britain ternanti2 pengumuman dari Presiden
Galtieri..den monyorah je laa.. Tunggu punya tunggu..last2 ya, memang
ada tindakbalas dari Argentina...jawapannya ialah Serangan udara
besar2 an ke atas dua buah kapal British iaitu Sir Galahad dan
Sir Tristram.
British Landing Zone

On the way to Port Stanley



Dan jawapannya lagi adalah 53 crew kapal terbunuh..Emmmph apalagi
British..no ceasefire, attack, attack and attack. Mount Langdon diserang
...kat sini adalah pertempuran sengit..Sampaikan hand to hand and
bayonet o bayonet fighting. British under estimate Argentinian skills..
berpuluh tentera kedua2 pihak terbunuh ntk dptkan satu bukit ni..


At last British dpt.Satu2 kawasana british takluk. Royal Marines,
2nd Para, 1 dan 7th Gurkhas Rifles sedang menuju ke semua arah
Argentinian pstn. Sedang semua fokus kat peperangan darat, sebijik
Exocet sudah kena HMS Glamorgan, membunuh 13 sailors. Berlaku
pada Jun 12. Dan pada 14 jun,1982...Port Stanley telah ditawan
oleh British.

Komander Argentian di pulau itu iaitu Mario Menendez, menyerah

kalah tanpa syarat. 9800 tentera Argentina yg masih tinggal terpaksa
meletakkan senjata. Perang Falkland ni berlanjutan selama 72 hari.
Memakan korban 236 askar British dan 655 askar Argentina di laut
dan darat. Cost peperangan adalah sebanyak 2 bilion Dollar pada
nilaian masa tu.

Kemenangan perang Falkland ni telah melonjakkan popularity PM

Margaret Thatcher dan seterus nya Party Conservative pimpinan
beliau telah memenangi pilihanraya taK Lama lepas tu.Junta tentera
Argentina yg dipimpin Galtiery terus goyang dan kemudiannya Galtiery
resign. Seterusnya junta ini jatuh da bermulalah demokrasi di Argentina.
.don't cry for me Argentinaaaa




Harrier...ada beza sikit dgn latest harrier Av8..muncung dgn pstn roda kat kepak tu


Royal Air Force Nimrod


Nuri kat aircraft carrier? Bukan..Yg ni British Sea king kat HMS Invisible



Agak2 macam nilah rupanya Super Etendard lepaskan Exocet

 

~~~


Wednesday, March 2, 2011

Vera Lynn



We'll Meet Again -
Nyanyian penyanyi British "The Forces Sweetheart" Vera Lynn era
WWII. Lirik lagu nilah yg membuatkan lagu ni begitu dekat kpd semua
tentera British di medan. Realitinya berpuluh ribu askar British never
met again dgn org tersayang. Vera selalu mengadakan concerts utk
British troops during war years dan dia ada program radio sendiri, dan
berbagai mesej tlh disampai kan kpd troops yg kerinduan. Vera last
perform ialah pada ulangtahun VE day yg ke 50 pada 1995 dan dia
bersama2 Katherine Jenkins (penyanyi soprano yg menyanyikan lagu
Band of Brothers) menyanyikan kembali lagu WE'll Meet Again ini.
Ramai juga org2 tua kat situ yg sebak apatah lagi melihat Vera yg
sudah pun mengjangkau 78 tahun. Vera sekarng mentap di London,
dia berusia 93 tahun (2010).

                                               ~~~




                                                    

Falkland War III


Satu ketumbukan Armada British yg agak besar telah dibentuk. Dalam pada itu
Argentianian Navy mula mengangkut ribuan askar dan kemuncaknya lebih dari
10 ribu tenteranya berkampung kat pulau ni. Dan pada 25 april 1982 Armada
British on its way to Falkland.

Antara Britain dan pulau Falkland ni, ada satu lagi pulau kepunyaan British.
Nama pulau ni ialah Ascension. kat sini ada kemudahan utk air force dan navy.
Sebelum armada British ni betul2 sampai kat kawasa pertempuran, sejumlah
kapalselamnya telah sampai di perairan Falkland dan sedang mengintai2 target.

RAF juga tidak ketinggalan. Diorang dah plan baik punya strateji. Kalo tak silap
dia ada prepare 2 buah bomber jet yg berkepak delta tu. Inilah satu2 misi Vulcan
sepanjang perkhidmatannya...attack air strip kat Falkland. Cuba bayangkan
macam mana bomber ni boleh sampai kat Falkland dari Britain..jauh tuuu...


British sailor dan crew tgh berehat2 dulu kat kapal
pengangkut HMS Hermes

Strategy dia kompleks...Vulcan yg dipenuhi muatan bom tu hanya sekali je
mendarat isi minyak iaitu di pulau Ascension. Selebihnya..isi minyak kat udara
...Ada pattern aircraft pengisi minyak...pastu aircraft pengisi minyak ni isi
minyak kat kapal pengisi minyak lain....pasal range jauh nak support Vulcan...

aku tau ni pun dari magazie Take Off ...dasyat planning dia. So Vulcan dah
sampai dlu dan dptlah dia bom target dgn tepat sekali dan sesatunya airstrip
kat pulau tu pun musnah...Jadi supply keluar masuk melalui udara utk
Argentine Force kaput. Nak harap Navy dia.....kena ingat, British submarine
dah sampai dah tu....

Submarine aaa....yaa pada Mei 2, 1982....serangan pertama dari British sub,
HMS Conqueror telah mengtorpedo sebuah kapal cruiser Argentina...peristiwa
ni betul2 jadi peristiwa besar masa tu...aku..masa tu berulang2kali baca paper,
headline muka penuh kat beritA harian dan utusan malaysia....


The famous VTOL..Harrier kat HMS Hermes

General Belgrano karam...tajuk utama...serangan ini telah mengorbankan
400 crew kapal malang tu. Dan sekarang, peperangan akan melalui skala
besar. Pada Mei 4, 1982, Argentina air force membalas dendam. Sekumpulan
jet buatan Perancis Super Etendard telah menyerang kapal perang British iaitu

HMS Sheffield. kapal tu tak terdaya menahan air to surface missile EXOCET
yg dilancarkan dari Jet2 Super Etendard tu. Hui..masa tu gempak jugak laa..
bila pergi mana2 dgr org tua berborak, semua kata exocet bagus, Perancis
bagus, Lepas tu dgr tentera kita pun ada beli...

Pada masa yg sama sebuah Harrier jump jet British pun kena bedal oleh
Etendard ni. Armada British sekarang dah kepung Falkland. Series of
bombardment dilancarkan dari udara dan laut. Banyak kapalterbang,
helikopter yg terkandas kat pulau ni habih camtu je. Pada Mei 9, 1982...
sebuah kapalkapal argentina Narwal tenggelam..


HMS Sheffield....geleng kepala Thatcher tgk gambo ni

Kena blasah dgn hanya 2 Harrier je. Dua hari lepas tu, supply ship Isla
de los Estados musnah diserang HMS Alacrity. Kemudian sekumpulan
skyhawk cuba nak serang kapal Britsh tp gagal...3 buah ditembak jatuh.
Armada British terus menerus pressure Argentinian troops kat pulau tu.

Agak2 line dah clear sikit, British pun mulalah buat amphibious landing
kat utara Falkland. Masa ni Putera Andrew (anak Queen) jadi
pilot helicopter..hantar supply kat troops yg mendarat. Sedang leka2
mendarat tu dgn tak semena2 Argentian melancarkan serangan udara
ke atas kapal British. HMS Ardent kebabom dan tenggelam manakala
10 pesawat pejuang Argntina musnah.

2 Hari lepas tu pula iaitu pada Mei 23, 1982 HMS Antelope pulak kena
serang, habih kapal tu dan last2 tenggelam jugak...kali ni 9 argentine
aircrfaft ditembak jatuh. Fight jugak tentera udara Argentina ni. Besok tu,
7 lagi skyhawk ditembak jatuh. Besok lagi tu...HMS Coventry pulak
kena dgn skyhawk...rosak teruk jugak tp maintain terapung.

Tapi MV Atlantic Conveyor dah tekena Missile Exocet dan tenggelam
3 hari kemudian. Dalam pada itu, ribuan British troop dah mendarat...
tp hold dulu kat satu position sbab misi pengeboman masih berterusan
oleh Harrier2 Royal Marines.


Nilah dia Super Etendard....O la laaa.....

                                                           ~~~
                                                    


 













Tuesday, March 1, 2011

Falkland War II

Intro II
Falkland ni adalah sebuah pulau terpencil dibahagian selatan
Argentina. Jarak dari Argentine mainland lebihkurang 500km.
Jarak Falkland dari Britain pula ialah 8 ribu batu (cuba kira
berapa km pulak). Org Argentina panggil pulau ni Malvinas.

Dulu2 pada abad ke 15, berbagai2 bangsa Eropah dok melintas
kat pulau ni. Tapi yg power sekali sudah tentulah Sepanyol.
Separuh Amerika Selatan dia boleh conquer (separuh lagi Portugis-
Brazil) takkan laa tiny island ni tak boleh.

Jadi Malvinas ni termasuk laa dlm jajahan imperial Sepanyol.
Pada 1816, Argentina merdeka dari Sepanyol dan Malvinas ni
termasuk laa sekali dlm wilayah dia. Lepas tu adala macam2
konflik pasal nakkan hak perikanan, penternakan dan ada laa

pulak camputangn US dan British. Pastu adala org America kena
tangkap dan kena trial by Malvinas authority. Dgn tak semena2
kapal perang US, USS Lexinton sudah serang kubu2 di Puerto
Soledad, Malvinas. Berterabur penguatkuasa Argentinian nih.

Sebelum Lexington berdedar, US ni claim...Malvinas ni bukan
under mana2 pihak...its a free country kunun2nya. Aaaa lepas
ni laa British masuk jarum. Pada 1833 Royal Navy (British)
Warship Clio dan Tyne dgn diketuai Capt.Onslow mendarat

Tentera Argentina..cuba perhatikan beret mereka, yg menguncup tu terbalik kalo compare dgn British punya

Di Malvinas ni dn terus isytihar pulau ni adalah milik King
Of England dan nama pun ditukar menjadi Falkland Island bersempena
Nama penjelajah British yg mula2 sampai kat pulau ini. Sejak dari itu
Falkland adalah sebahagian Empayar British.


Penaklukan
Bermula pada 2 april 1982, operasi Rosario dijalankan.
2 frigates Argentina yg sedang melakukan exercise bersama
tentera laut Uruguay sudah divert ke Falklands. Kemudian
lain2 kapal join fllet tu. Dan mereka telah mendarat di Yok bay,

di utara Port Stanley. Kemudian troops yg lebih besar pulak landing
dgn 20 bijik amtrak LVTP dgn setiap satu sarat 20 anggota.
British pulak macamana? Dgn anggota Royal marines tak sampai 100.
Dah tu pulak cuma ada senjata ringan je. Major Norman berundur

hingga ke Government House dan seperti yg diduga, mereka terpaksa
surrender. Falkland Island then diisytiharkan dgn nama asalnya Malvinas
oleh Presiden Galtieri. Satu kemenangan gemilang oleh Argntina.
Thatcher kat London bagaiman pula? Iron lady ni takkan nak diam aje?

Satu grand plan telah telah pun siap dan kabinet British telah bersetuju
untuk menghantar armada untuk membebaskan Falkland. Sementara itu
berbagai2 kelengkapan Argentina telah masuk ke Falkland dan ketiga2
cabang tenteranya bersiap sedia menanti armada Brtitish.

Details...tungguuuu!!!! afro

~~~


Falkland War I

Falklands ni letaknya kat selatan Argentina. mmg dekat
sgt dan thats why dia claim pulau ni wilayah dia.
Masa tu Argentina ni dikuasai rejim tentera dgn presiden
dia jeneral Galtieri.

Argentine panggil pulau ni Malvinas, masa tu cuma berapa
ratus org je koloni British dan puluhan aje askar British
pasai tak sangka nak kena serang, tup2 tiba2 je tentera
Argentina ni masuk dan terkayu la suma org.

Lupa lak year dia...year amat penting dlm sejarah..hehehe
War begin - 1982

Then Margaret Thatcher dpt tahu, dia pun dgn planners dia
mengorak langkah...bayangkan beribu km punya jauh.
Kalau tgk logik, supply untk troop Argentina mudah pasai
dekat dan tentu boleh hold pulau tu.

Tapi British ni mmg brilliant la..dipendekkan cite British
dpt tawan Falkland balik...walaupun tak berbaloi dgn kos
besar nak tawan pulau ciput tu tapi dek kerana maruah
depa pi jugak. afro
Jet2 pejuang Argentina Skyhawk dan Super Etendard di atas aircraft carrier mereka De Mayo.

~~~

Matahari


Aku nak ceritakan sikit pasal spy yg unik kat WWI (Perang Dunia Pertama) ni.pasal apa aku kata spy sorang unik? Bukan pasal ada gajet, bukan pasal pandai bergasak...bukan..bukan!!! Tapi kehidupannya yg berwarna-warni.Nak tau apa gelaran spy yg sorang ni pakai? Bond? The saint? Jefrizain? hhehee..semua bukan...nama gelaran dia ialah MATAHARI . Memang bahasa melayu dan maknanya pun sama tapi dia dapat kat Dutch East Indies (Indonesia).


Spy ni adalah seorang wanita yg biasa2 aje tapi lama2 jadi jelita giler yg amat2 (masa zaman tu). Aku cerita sket la kisah dia ni...lahir kat Belanda pada 1876..mmg anak org kaya dan masa kecik mmg mewah dia dan nama sebenarnya ialah Margaretha Geertruida Zelle. Tapi malangnya pada usia dia belasan tahun bapak dia jatuh bankrupt, pastu keluarga cerai berai dan dia nipun macam terabai. kemudian emak dia pulak mati berpecah belah keluarga dia ni.Kemudian dia ni tinggallah dgn pakcik dia dan tak lama lepas tu dia terbaca iklan..ada org ajak kawin dan lelaki tu seorang pegawai tentera Belanda yg berkhidmat di Java (tanah jawa).Dia ni pun agaknya tertarik nak pergi ke Nusantara (pasai dulu2 ramai org mengatakan kat belah Dutch East Indies ni tanah yg penuh eksotik)..so dia ni kahwinlah dgn mamat officer ni.


Last2 tgk officer dah tua rupanya....apa nak kata..hamtam sajala..dpt lah 2 org anak, tapi laki dia ni tua2 Don Juan jugak..ada perempuan simpanan tempatan lagi dan tak lupa juga, dia ni kaki pukul bini....babulu je dia...last2 dia dah tak peduli...kat area tu ada pulak kelas2 tarian Jawa dan Bali, so nak hilangkan boring, dia pun join..lama2 jadi pandai Margaretha ni.So, kat kelas tarian tulah dia dapat nickname MATAHARI. Kira master dia tarian tu...pastu dia laki bini ni balik lah ke Belanda dan kat sana mereka bercerai dan sorang anak perempuan dia si laki dia jaga (anak lelaki dia mati semasa kecil). Emmm bila dah bercerai, matahari ni mula lah bawa diri ke Paris dan di sana dia mula menceburi dunia modeling dan tarian exotic..


Namanya dah mula gah dan org2 kenamaan mula impit2 siMatahari termasuk jeneralllll..Dan boleh dikatakan pada awal abad ke20, Matahari nilah penari exotic yg paling mashyur di duinia. Semua kenal temasuk org Jerman, Austria yg kemudiannya menjadi musuh Perancis.Bila masuk WWI, matahari balik ke Belanda. Disebabkan Belanda ni neutral, Matahari boleh la keluar masuk negeri mana2..ye laa dia pun femes. Pihak Frenchlah mula2 menggunakan Matahari utk spy org Jerman. Matahari boleh berdamping dgn high ranking military officers dan mcm2 info dia dpt dan dia handed over kpd French...Ye laa pegawai2 Allied dan Jerman ni bila ada wanita cantik lawa giler yg amat n mmg cair bair dibuatnya....nasib baik aku tak hidup zaman tu. Bertahun jugak laa French berjaya dpt kod2 rahsia dari Matahari. Senyum2 simpullah Jeneral Perancis ni...O laa laaaa!!!!!


Tapi kat belah Jerman diorang pun happy jugak...Wundavaaa dan mereka juga sgt sayangkan Matahari.Apasal diorang happy? sebaab diorang pun dapat info yg berharga dari Matahari..hahahahha Yg benarnya dua2 pihak kena kantoi dgn MATAHARI.....Sambil2 menari exotic Matahari ketawa berdekah2 di dalam hatinya...apa taknya, menari dpt income lumayan, French bagi lagi, Jerman bagi lagi..yaaa makcik kayo!!!!Tapi ye laa, hujan tak sampai ke petang. Pada januari 1917, pihak allied telah intercept satu radio transmitted message, pihak intelligent Perancis siap dpt satu kod H-21 yg menghantar maklumat untuk pihak Jerman. setelah diselidiki H-21 ialah MATAHARI. Tersentak pegawai2 tu..ada yg menangis kut2 ada yg dah jatuh cinta kek wanita yg cantek lawa yg amat itu.Matahari tak tau lagi tu...dia macam biasa je laa dgn wajah menggoda dia tu.


Last2 pada 13 feb1917 dia ditangkap kat Hotel Plaza Athénée di Paris...Masa mula2 kena tangkap, wajah masih wajah penggoda siap cakap manja2 "apa ni bang...janganlaa bang..malulah I"  emmm lepas2 tu aku rasa dia cakap " pekak badak ko, kurang hajaar korang ni suma..woiii ini aku Mataharilaa...mampuih korang nanti aku adu kat bapak jeneral..nnti ko..nanti ko" Jadi dipendekkan cerita Matahari dijatuhi humuman tembak sampai mati. Peristiwa ni berlaku pada 15 oktober 1917. Umurnya pada ketika itu ialah 41 tahun. Tapi sejak akhir2 Historion doubt dia as a double agent. Historian menyatakan mungkin Matahari ni sebagai kambing hitam bagi pihak French dan Historian masih membongkar lagi untuk mencari kebenaran..Kita tunggu jelah...esok2 nanti adalh cerita terbaru Matahari keluar kat Discovery Channel ke, History Channel ke....



~~~