Wednesday, February 9, 2011

WWII Europe and North Africa Theatre VIII

Soviet semakin mengasak ke barat selepas kekalahan
Jerman di Kursk. Walaupun menang kat Kursk tapi
memakan korban yg amat besar bagi Stalin. Jadi Stalin
ni pun tak renti2 desak US dan bRITISH

supaya bukak front baru dgn skala yg amat besar
supaya jerman tak boleh nak fokus kat Rusia aje. Rupa2nya
US dan British mmg dah planned lama cuma masa tak
mengizinkan. Jadi tarikh baru yg dipilih ialah 6 jun 1944.

Tentera US ketika di pantai

Inilah yg aku cerita kat topic Sicily dulu...world record tu.
Setelah berbagai rintangan seperti cuaca buruk yg sering
menggganggu, rahsia terlepas, maka Ike (Eisenhower)
Commander in Chief mengistiharkan serangan ke atas

tanah besar eropah dan tempatnya ialah Normandy.
Koordinat utk 3 cabang tentera allied disatukan bermula
dgn operasi Overlord. Ianya ialah 2 ketumbukan paratroopers
US dan British seramai 24 ribu orag akan terjun ke dlm


Berdebar-debar merapati pantai

kawasan Jerman dan akan bertindak mengkucar kacirkan
dan cuba memusnahkan apa saja yg boleh. Glider yg besar2
juga digunakan utk mengangkut jeep2 dan meriam2 kecil.
Misi mereka bolehla dikatakan berjaya tapi memakan angka

korban yg besar terutama US paratroopers. Salah satu unit
Us ni betul2 terjun dibandar St.Mere Eglise dan Jerman mmg
ada kat situ dan.....hanya mayat2 yg sampai ke tanah akibat
tembakan bertalu2 jerman keats paratroopers malang tu.


Propaganda post

Salah satu unit British paratroops berjaya menawan jambatan
penting dan mengekang sebarang reinforcement Jerman.
Dan pada pagi 6 jun....sebanyak 5 ribu kapal pelbagai jenis
telah sampai di Normandy dan seluruh battleship menghala

senjata2 gergasi ke arah pantai dan KEBABOM. Jen Runstedt
dan Rommel (tugas barunya menjaga atlantic wall) .
terkejut betul..sebab intelligence nil dari spy2 mereka. Luftwaffe
pun tak bley buat apa2 sebab cuaca mmg buruk pun.


Ike bersama US paratroops sebelum Operation Overlord

(5 ribu kapal dlm satu serangan adalah satu record sampai skang)
Masa tu ketumbukan terkuat Jerman diPerancis ialah di Calais.
Runstedt berjaya called Berlin dan nak cakap dgn Hitler sbb nak
minta izin tarik kor armour dari Calais ke Normandy.

Nak tau apa yg Von Runstedt ni dgr....org kat berlin takut nak
kejutkan Hitler (tgh tidur)...maka berasap-asap hidung, telinga
Runstedt bila dgr benda yg x logik ni. Maki2 Runstedt ni dibuatnya
Macam p ramlee cakap jerman dlm masam2 manis tu.


Laluan pihak berikat dari Britain ke lima pantai Normandy

Tapi Rommel tetap tenang dan memulakan strategynya. Walaupun
teruk di bom, bunker2 dan machinegun pillbox tetap utuh.
Kemudian serangan udara pulak lagi oleh Allied forces. Mmg kaw
kaw allied ni bagi kat jerman.

Dalm pada itu pihak bawah tanah Peranchis ni main peranan jugak.
Diorang porong wayar telefon, lencongkan rel keretapi,,sabotaj
sana sini disamping paratroopers yg menyusup masuk bandar2
berdekatan pantai.

Apabila selesai segala bombardment, maka barge2 yg bawak tentera
allied pun bergerak ke 5 pantai iaitu (allied code) Juno, Sword, Gold,
Omaha dan Utah. Mereka menuju ke pantai dgn harapan kesemua
bunker Jerman musnah dan tidak ada lagi pertempuran.....
~~~

No comments:

Post a Comment