Monday, February 7, 2011

WWII Europe and North Africa Theatre II

Poster British - always on alert aaa

Lebih kurang 100 ribu lebih Bef dn French Force
berjaya diselamatkan oleh kapal2 British dan mereka
dibawa pulang ke Britain. Pelarian French Force
di Britain ni kemudiannya dikenali Free French.

Diketuai oleh Jeneral Charles de Gaulle. Mereka ni nanti
berjuang bersama2 British on later stage of the war.
Kemudian Jerman pun invade Dunkirk dan punyalah banyak
meriam,kenderaan dan macam2 senjata ditinggalkan.

Polis dunia pun cabut! Tentera Jerman then fokus kat
Paris....dlm masa 2 minggu Paris menyerah dan lebih
100ribu lebih tentera Perancis terbunuh dlm usaha mengekg
Jerman.

Perancis jatuh dan Marsyall Petain mewakili Perancis
dlm upacara penyerahan dan dilakukan didlam keretapi
yg sama semasa Jerman menyerah kalah dlm WW1 dlm
perjanjian Versailles.

(Petain ni adalah hero perancis dlm WW1). Kemudian Petain
dijadikan boneka untk kerajaan Vichy French yg merangkumi
selatan Perancis (kena cucuk hidung oo). Hitler bila mendengar
French ni jatuh sampii menari2 dia...punyala gumbiraa.

So, kesemua Eropah barat telah berada di bawah cengkaman
Nazi kecuali Britain kerana Britain berdegil tak nak sekutu,
Spain berkecuali tapi pro Hitler pasai Hitler tolong diktator
tu,,lupa plak nama...masa spanish civil war dan menang.

Italy pulak rakan karib...Swiss mmg dari dulu dasar berkecuali..
nak tawan pun takda apa kat sana..gunung Alps adala. Negara2
seperti Romania,Hungary dan Austria kira masuk sekutu
Jerman pasal tak lalu nak lawan..angguk je laa.

Dan Hitler dah bagi chan kat Britain tapi berdegil....sesuatu
akan berlaku pada Britain pada 1940..Churchill..remember.
you're alone now..Europe is ours...only a liquid courage
left...begitu laa yg diucapkan menteri luar Jerman Encik

Von Ribbentrop kpd diplomat Britain.....
Apa akan jadi pada Britain then....tungguuuuuu!!!!


Beware!! The red devils oppss, sorry..
The devils everywhere...


German Dive Bomber Junkers Ju 87 Stuka

German Medium Bomber Heinkel He 111

Sebelum kita tgk nasib Britain, kita pergi ke Berlin,
Jerman jap..sebelum perang bermula pakatan Axis
ni ada buat pertemuan dan ada planning masing.
Mereka telah bahagi2kan wilayah2 utk dikerjakan.

Jerman akan menelan Eropah, Jepun pula habuannya
asia pasifik dan Italy balkan dan utara afrika. Jepun,
Cropok dah cerita sikit sebanyak dan mungkin ada
lagi maklumat..kita tunggu...

1940 Italy dah sedia ada kat Libya (jajahan dia) dan dia
cuma hala ke Ethiopia. Mussolini ni bagi saya langsung
tak gentleman... Ethiopia ni apa yg ada..lembing ngan
ada la 1000 dua senapang..itu pun nak dilawannya.

Bab Italy kita stop kat Ethiopia dulu dan sekarang
fokus balik kat Britain. Jerman dah plan akn melakukan
blitzkrieg besar2an dan kemudian operasi sealion iaitu
operasi amfibia ke pantai Britain jika air raid berjaya.

German Fighter Messerschmitt Me 109

Marsyall Herman Goering adalah ketua turus angkatan
udara (luftwaffe-adalah air force terbesar dunia tika itu).
Pada mei 1940 pesawat2 pengebom kecil iaitu Junkers
Stuka telah mengebom penempatan tentera pesisir pantai.

Kemudian diikuti pesawat yg lebih besar iaitu Heinkel
He 111 melabuhkan bom berangkai dikota2 Britain.
Maka bermulalah Battle of Britain .

Pesawt pejuang jerman messerschmitt melancarkan
serangan2 selain pengiring pesawat pengebom. RAF
(Royal Air Force) tidak berdiam diri. Mereka dgn
pesawt hurricane dan spitfire yg sungguh terkenal

melawan balik. Org awam dpt menyaksikan dogfight
antara mereka dgn jelas dibawah. Banyak bandar2
termasuk London teruk dibom, tapi British masih
tak mengalah.

Serangan bertalu2 Jerman berlanjutan hingga Oct 1940.
Pada awal serangan British hanya mempunyai nisbah
1/3 jumlah pesawat berbanding Jerman. Terimakasih
pada industri pesawat yg terus menerus menghasilkan

pesawat, Britain terus dpt bertahan. Pada kemuncak BoB
British mempunyai sekitar 2000 pesawat manakala Jerman
lak l/kurang 4000 pesawat berbagai jenis. Pasukan darat
Jerman yg telah menanti selama 5 bulan masih menanti

British RAF Fighter plane Hurricane

janji Goering. Selagi RAF tidak dimusnahkan operasi sealion
tidak dpt dijalankan dan adalah ibarat bunuh diri jika menerus
kan serangan amfibia. Last sekali Goering mengaku kalah
disebabkan jumlah korban semakin meningkat.

British mengalami kehilangan 1500 kapaltrbang dan 550 pilot
yg terkorban dan Luftwaffe pula 1900 kapalterbang pelbagai
jenis dan angka korban 2500 pilot dan crew.

Operasi sealion dibatalkan maka Britain terselamat dari
penaklukan Jerman tapi sebuah pulaunya yg bernama
Channel Island telah dijajah Jerman. Jeneral RAF Hugh
Dowding telah menjadi wira Britain.

Goering tak boleh nak pandang muka Hitler dah..malu malu...


British RAF Fighter plane Spitfire

No comments:

Post a Comment