Ini adalah peperangan di awal perkembangan Islam.
Terjadi semasa pemerintahan Khulafa
Ar-Rasyidin yg keempat iaitu Saidina Ali. Berlaku
pada tahun 657M.
Sebelum Saidina Ali, Saidina Uthman bin Affan adalah
Khalifah yg ketiga. Saidina Uthman adalah seorang yg
sungguh zuhud dan berkeperibadian tinggi tapi masalahnya
ialah kebanyakkan yg menduduki jawatan2 tinggi
semasa pemerintahannya adalah dikalangan keluarganya
dari keturunan bani Umaiyah. Kewafatannya akibat
dibunuh oleh pemberontak yg memprotes ketidakseimbangan
ini. Ketika Saidina Ali menyandaang jawatan Khalifah...
Beliau cuba untuk berlaku adil dgn menyemak semula
segala macam bentuk pentadbiran bagi menguatkan kembali
Daulah Islamiyah. Jadi tentulah ada yg tak puas hati.
Dan bagi keluarga Bani Umaiyah pula...tak puas hati juga
sebab Saidina Ali tak cukup memerangi golongan yg menyebab
kan kematian Saidina Uthman. Jadi makin lama makin membesar
sampaikan terjadinya pemberontakan. Malah para sahabat
seperti Thalhah, Zubair dan juga isteri Rasullullah iaitu
Saiditina Aisyah juga turut serta memerangi Saidina Ali.
Mereka telah membentuk satu pasukan besar di Basrah.
Dan berlakulah peperangan yg tak dpt dihindarkan ini.
Saidina Ali telah memenangi peprangan ini.
Saidina Ali telah memaafkan kesemuanya dan Saiditina
Aisyah pula telah dihantar kembali ke Madinah dgn penuh
hormat. Perang berlaku tak sampai sehari dan ribuan
telah terkorban dlm perang ni.
Difahamkan Para Ulamak tidak memutuskan siapa
yg benar atau siapa yg salah dlm perang ini.
Dikatakan perang Jamal atau unta...disebabkan Saiditina Aisyah
teleh menunggang unta dan pada akhir pertempuran unta
tu telah terkena lembing dan rebah.
No comments:
Post a Comment