Wednesday, February 2, 2011

Pertempuran Granada

Pertempuran ini adalah pertempuran terakhir koloni
Islam di semenanjung Iberia iaitu Al Andalusia. Granada
ni pulak adalah wilayah Islam yg terakhir kat Sepanyol.

Tentera Muslim diketuai oleh Muhammad XII iaitu khalifah
wilayah ini dan tentera Goth Kristian pula diketuai oleh
Ferdinand II of Aragon dan Isabella I of Castille. Pertempuran
ni berlaku pada penghujung 1491.

Sebelum ni pun tentera Goth telah beberapa kali cuba utk
membolosi wilayah ini tetapi gagal. Sultan Boabdil (gelaran
Muhammad XII) yelah beberapa kali berjaya mempertahankan
dgn tentera yg sophisticated pada masa tu.

Tapi kalau asyik kena serang aje, lama kelamaan pertahanan
pun boleh menjadi longgar. Itulah yg terjadi pada Granada.
Wilayah ini telah dikepung sepenuhnya di kawasan darat, cuma
laut yg memisahkan koloni Islam yg lain iaitu di Afrika Utara.

Apabila melihatkan situasi cemas ni, Boabdil merasakan adalah
agak mustahil dpt bertahan dan beliau cuba membuat perhubungan
dgn Empayar Marinid dan pusat pemerintahannya ialah sekarang
di Morocco. Asakan dari Goth semakin hebat, Boabdil cuba


Kejatuhan Kerajaan Islam Granada Perhatikan kat belakaaang atas bukit tu..tu laa Al Hambra
sedaya upaya menangkis. Dan akhirnya tak terdaya Boabdil.
Marinid pun tak kelihatan utk menokong tentera Granada.
Jadi..pada 2 Januari 1492..maka jatuhlah wilayah terakhir
muslim di Sepanyol. Sebutir permata telah hilang dari

tangan umat Islam. Dan pada hari yg sama juga Boabdil
telah menyerah dgn penuh terhormat kpd Ferdinand dan
Isabella. Dan bermula lah Inquisition Sepanyol....iaitu
penyeksaan terhadap umat Islam dan Yahudi.

Sesiapa yg tidak bertukar ke agama Kristian ianya akan
dilayan macam sampah dan adakalanya dibakar hidup2.
Ramai yg cuba melarikan diri ke utara afrika. Ottoman
juga memainkan peranan dlm usaha menyelamatkan

Umat Islam dan Yahudi dgn menghantar kapal2 utk
membawa mereka ke Turki. Tentera Boabdil seramai
30 ribu berdepan dgn 100 ribu tentera Goth. Seribu tentera
Islam terkorban manakala goth pula 3000 terbunuh.

Nasib Boabdil lebihkurang sama dgn Emperor Constantin XI,
iaitu Emperor terakhir Empayar Rom Timur (Byzantium).
Beliau menunggu-nunggu resque dari negara2 Kristian
sehinggalah Constantinople (Istanbul) ditakluk oleh
Sultan Muhammad al-Fateh dari Empayar Uthmaniyyah.

No comments:

Post a Comment