Monday, February 7, 2011

WWII Europe and North Africa Theatre IV

Balkan selesai dan Rommel? Apa yg ditakuti Rommel terjadi.
British 8th.Army telah mula menyerang El Alamein besar besaran.
Dgn kekuatan hampir 200 ribu askar dan -1000 tank, mereka
menyerang barhabis habisan. Kekuatan Rommel cuma separuh
dari itu. Perang berlanjutan hingga Nov.1942.

Jeneral Bernard Montgomery berjaya menghalau Rommel
keluar dari Mesir. Dari 550 tank, Rommel cuma tinggal 47tank
dan anka korban axis meningkat 30 ribu lebih. Montu juga
kehilangan 500 lebih tank tapi reserve ada hampir 500 lagi
dan angka korban pula hanya 14 ribu orang.

Walaubagaimanapun Rommel masih dpat mempertahankan Libya.
Pada waktu ini Amerika telah terjebak dalm perang ini setelah
Jepun menyerang Pearl Habor pada 7 Dec.1941. Dan ini memberi
kelebihan pada British.

Amerika pula komited untuk menghancurkan kuasa Axis ni.
Industrya yg mmg gergasi telah dikerah untuk menghasilkan
sebanyak mungkin segala macam keperluan tentera untk tentera
nya dan berikat. Amerika juga telah membuka dua front skaligus.

Iaitu Pacific dan Afrika Utara. Di pasifik forumers boleh membaca
details dari Cropok dan mmg itulah perjalanan perang Jepun.
Pada 8 Nov.1942, Amerika melancarkan serangan amfibia
ke atas pantai Morocco dan Algeria (jajahan perancis dibawah
telunjuk Jerman).

Seramai 100 ribu askar didaratkan di kedua2 pantai tersebut.
Pada mulanya menerima tentangan yg hebat dari tentera
Vichy French. Tapi kemudian Vichy french di kedua2 Morocco
dan Algeria telah berpihak kepada berikat.

Dan mereka bergabung dgn Amerika berserta British di Afrika.
Amerika dan French di barat dan British di sebelah timur.
Tentera Jerman dan Italy ibarat sandwich di tengah2. Rommel
boleh makan Amerika ni dgn syarat supplies mencukupi.

Masalahnya sekarang ialah Hitler telah membuka eastern front
yg baru iaitu operation Barbarossa - pi serang SOVIET.
Majority supplies,manpower dan apa saja tercurah pada front
baru ni. So....pandai2lah Rommel untuk bikin strategy.

Nanti lepas2 ni kita akan dgr Jeneral Patton, Jen omar Bradley.
Siapakah mereka......

Lagi sekali kita tinggalkan Rommel dan musuhnya
sebab Hitler ada misi yg lebih besar lagi. Fokusnya
sekarang Soviet Union. Operasi Barbarossa namanya.
Seluruh kekuatan akan dihalakan ke sana.

Termasuk angkatan yg pada mulanya dikerah dlm
sealion. Kita sebelum ni tahu bahawa Hitler ada buat
non aggression pact dgn Stalin yg dinamakan
Molotov-Ribbentrop pact.

Iaitu pembahagian Poland dan tidak menyerang antara
sama lain. Sedang Stalin leka menghisap rokok berkepul2,
Satu berita yg tidak diduga diterima..separuh Poland
dan bandar2 sempadan telah diserang Blitzkrieg Jerman.

Field Marsyal Bernard Montgomery

Taiko panzer tactical seperti Guderian, Manstein, Model
telah berjaya menakluk bandar demi bandar. 3 negeri
baltik, Ukraine (seperti kilang roti USSR), telah ditawan.
Herman Goering kali ni berjaya memainkan peranannya

Luftwaffe telah melumpuhkan tentera udara
Soviet dgn jayanya. Dia bolehlah mengangkat mukanya
kembali pandang Hitler. Marsyal Semyon Budenny hanya
memandang medalnya yg penuh kat uniformnya kerana

panik. Last2 kena sack oleh Stalin. Koordinasi tentera USSR
ni kelamkabut, communication huru hara..arahan ada yg
tak sampai..kebayakkannya jentera perangnya tidak
dilengkapi radio..Beratus ribu yg kecundang.

Dan beratus ribu juga yg jadi POW. Senjata pun tidak cukup
walaupun manpower tak terbilang ramainya. kemudian
tampuk tentera dipegang oleh Marshal Gorghi Zhukov dan Jen.
Rokossovsky. Arahan dikeluarkan..retreat to the east

Sambil2 berundur kesemua apa yg ada, dimusnahkan dan yg
best ni..kilang2 diorang boleh dismantlekan dan bawak ke timur
dan kemudian pasang balik and production on...dasyat2.
Jerman terus menyerang dgn garangnya..Achtung Abteilungen..

Jerman mara dan mara. Salah satu bandar besarnya ialh
Leningrad. Jen Von Leeb telah mengepung bandar ni bermula
pada september 1941. Tentera merah berusaha sedaya
upaya utk mempertahankan apa yg termampu.


M3 White US Halftrack

Dari segi logiknya, bandar ni terputus hubungan dgn dunia luar,
cuma tasik Ladoga yg menjadi penghubung ke daerah lain.
Masalahnya kuasa udara Jerman sentiasa menjadi penghalang
bekalan yg dibawa oleh bot2 dari daerah lain.

Von Leeb sebenarnya ingin masuk dan menawan bandar ni
tapi ditolak oleh Keitel (bos kat Berlin). Keitel pun ada rasionalnya,
melihatkan Jen.Von Paulus betapa peritnya divisennya apabila
memasuki Stalingrad.

Jadi Von Leeb mengepung bandar selama 872 hari dan berakhir
pada Jan.1944 apabila tentera merah mula kuat berserta div.
Siberia yg terkenal dlm peperangan musim sejuk. Penduduknya
amat terseksa akibat kebuluran dan apabila musim sejuk bertambah

lagilaa seksanya. Orag tua, wanita dan budak2 adalah mangsa
pertama akibat kebuluran dan pengeboman selama tempoh
kepungan tersebut. Jumlah casualties adalah seperti di bawah:

Tentera merah
1,017,881 terbunuh,tertangkap dan hilang
2,418,185 cedera dan sakit

Civilians:
642,000 semasa pengeboman, 400,000 mati kebuluran

Jumlah di atas hanya di Leningrad alone....

Memang sediah keadaan penduduk bandar ni. Malah sampai
ada report cannibalisme berleluasa setelah habis binatang
seperti kuda anjing dan tikus. Sampaikan Pihak berkuasa bandar
raised satu pasukan mencegah orang makan orang.

Bila tiba musim sejuk (kena pulak pada 1942 punya winter
yg terdasyat),tasik Ladoga ni dah membeku..tau tak apa yg
red army ni buat.........Dia buat rail ketapi..lagi sekali...
rail keretaapi....mmg dasyat2 cerita kat tanah Soviet ni.

Rail keretapi utk bekalan dari daerah sekeliling lake ladoga
yg masih dikuasai red army. lagi satu, masa winter, Luftwaffe
tak dpt bergerak..inilah masanya pengahnataran bekalan terutama
makanan dan alat2 ketenteraan.

Begitulah dlm 3 tahun sebelum bebas dari kepungan.

No comments:

Post a Comment