Bermula pada zaman permulaan Bani Umaiyah di bawah
pemerintahan Yazid ibni Muawiyah. Bapa kepada Yazid ni
ialah Muawiyah. Beliau ialah Gabenor wilayah Syria dan
pusat pemerintahannya ialah Damsyik (Damascus).
Selepas Saidina Ali terkorban akibat serangan dari puak
Khawarij (Muawiyah juga diserang oleh Khawarij tp terselamat)
Muawiyah telah mendeclarekan dirinya sebagai Khalifah. Dan
Muawiyah inilah yg memulakan pemerintahan dinasti dalam
dunia empayar Islam dan kemudian diikuti oleh empayar2
Islam yg lain sehinggalah Ottoman yg berakhir pada 1923.
Sebelum peristiwa Karbala ni, abang kpd Saidna Husein iaitu
Saidina Hasan telah diangkat oleh majoriti penduduk Islam
pada ketika itu sebagai khalifah dan Saidina Hasan telah
meneruskan penentangan terhadap Muawiyah yg ketika itu
amat berkuasa di kawasan utara termasuk Syria (Syam).
Pertempuran amat sengit dan kemuncaknya ialah pertemp
uran Sabat, Saidina Hasan dgn kekuatan 40 ribu tentera dan
Muawiyah sebanyak 60 ribu tentera (Muawiyah mempunyai
tentera yg tersusun dan dibayar gaji manakala tentera Saidina
Hasan lebih kpd sukarelawan). Ramai yg gugur.
Apabila melihatkan ramai pejuang Islam kedua2 pihak yg gugur,
Saidina Hasan telah bersetuju untuk menerima Muawiyah
sebagai Khalifah bagi seluruh umat Islam. Maka terjadilah
MOU diantara keduanya dan Saidina Hasan pun kembalilah
ke Madinah. Tapi Muawiyah tak habis di situ sahaja, berbagai
tipuhelah digunakan dan para sejarawan bersependapat bahawa
Saidina Hasan telah diracun dan wafat pada 50 Hijrah. Dan waris
Nabi Muhammad SAW yg tinggal sekarang hanyalah
Saidina Husein. Muawiyah telah memberi mesej pada bakal
penggantinya, Yazid supaya berhati2 dgn Saidina Husein kerana
pengikutnya yg ramai. Muawiyah meninggal dunia pada 60 Hijarah.
Dan Yazid pun berkuasa. Fokus utamanya sekarang ialah...
Saidian Husein. Pada ketika berita Muawiyah meninggal dikabarkan,
majoriti umat Islam pada masa itu mahukan keturunan Rasullulah,
iaitu Saidina Husein diangkat menjadi khalifah bagi seluruh
wilayah Islam dan sudah tentu Yazid tercabar.
Berkarung2 surat diterima oleh Saidian Husein dan ramai yg
sanggup berperang melawan Yazid. Mulanya SH malas melayan
kehendak suara ramai tapi makin lama makin menjadi2 dan
ramai yg dah berkumpul di Kufah dan meminta SH mrmimpin
mereka di Kufah. SH menghantar utusan Muslim bin Akil utk
meninjau keadaan sebenar di Kufah. Sesampai di Kufah suasana
mmg memberangsangkan dan mmg banyak pengikut SH menunggu.
Lalu Muslim pun hantar utusan kembali ke Mekah dan meminta
SH datang ke Kufah. Yazid pula telah menhantar Gabenor baru
ke Kufah dan perkara sebaliknya pula berlaku. Muslim bin Akil
dan orng yg menyambutnya dibunuh dan suasana Kufah telah
berubah dan SH tidak mengetahui suasana sebenarnya.
SH telah membuat keputusan utk berangkat ke Kufah bersama
71 orang companian. Dan dalam perjalanan ke Kufah, SH telah
menerima berita buruk mengenai nasib Muslim dan keadaan
Kufah sekarang...tapi SH bertgas utk meneruskan perjalanan.
Dalam perjalanan, rombongan SH telah dipintas oleh seribu
tentera Yazid yg diketuai oleh Hurr Riahy. Riahy telah memberi
katadua kpd SH....Bersama kami atau? MAka jawab SH.sudah
tentulah menentang kamu.
Rombongan SH telah dipaksa utk berkhemah berdekatan kedudukan
tentera Hurr Riahy. Satu lagi ketumbukan tentera Yazid yg dipimpin
oleh Umar Ibnu Saad dgn kekuatan 4 ribu tentera menuju ke arah
camp SH. Arahan dari Gobernor baru kufah memerintahkan
pasukan Umar ni buat blockade..jgn bagi walau setitik air
dari wadi berdekatan kepada kumpulan SH. Blockade berlarutan
selama 7 hari sehingga 9 Muharram....dan kemudian tentera
Umar menuju perlahan2 ke khemah SH. SH kemudian menghantar
utusan utk menanguhkan pertempuran semalaman supaya mereka
dpt bersolat/beramal pada malam itu. Permintaan dipersetuhui Umar.
Dan besoknya pada 10 Muharram 61 Hijarh, berlakulah pertempuran
yg paling tidak seimbang dan sudahnya kesemua 72 orang
termasuk Saidina Husein gugur berdekatan khemah mereka.
Dan nama kawasan itu ialah KARBALA atau KURBALA.
Kepala Saidina Husein telah dipenggal, kemudian dibawa
ke Kufah.
Bertambah kuatlah rasa amarah sebahagian umat Islam,
Setelah peristiwa majlis tahkim dlm perang Siffin, peristiwa
Kurbala ini telah menggerakkan sebahagian lagi umat Islam
yg berang kpd penentangan berterusan dan berhenti
sekejap pada khalifah Umaiyah, Umar bin Abdul Aziz dan
kemudian pemberontakan bersambung lagi bersama2
pihak pemberontak yg lain iaitu Bani Abbas. Puak peberontak
yg dimaksudkan itu ialah Syiah, dan lama kelamaan
setelah bergenerasi ianya sdikit demi sedikit berubah menjadi
semacam akidah pulak dan sebab itulah, Saidina Ali dan keturunan
nya adalah menjadi keutamaan..
No comments:
Post a Comment