Monday, January 24, 2011

Military band


Adalah dipercayai bahawa band askar ni dah wujud sejak
zaman Mesir kuno lagi lebihkurang pada 1600 SM.
Tapi dgn alat yg simple2 saja. Sambil2 tentera marching
pemuzik akan memainkan lagu semangat mereka la.

Zaman Roman ia berkembang sikit, instrument pun mula
bertambah dan yg nytanya ramai pemain sejenis trompet
zaman tu akan marching bersama tentera. Hal tu berlalu
lebih kurang tahun 100 M.

Ketika tentera salib tiba ke tanah Arab, mereka terdengar,
melihat sendiri sesuatu yg menarik iaitu marching tentera
Saracen (panggilan mereka keatas org Arab) dan adunan
muziknya yg bersemangat ketika hendak bertempur.

Alatan ialah nafiri (sejenis trompet), buq (tanduk) dan naqqara
(sejenis drum). Lalu mereka pun tiru la untuk raja2 mereka
apabila mereke pulang ke Eropah kelak dan mereka tambahkan
dgn instrument mereka seperti bagpipe dan lain2.






Yg paling penting tentang pembaharuan military band ni ialah
Band Janissary iaitu marching band tentera Ottoman.
Apabila tentera ottoman mengaum di bandar2 eropah sehingga
ke pintu gate Vienna Mehter Marsi akan kedengaran.

Mehter Marsi adalah lagu semangat utama tentera Ottoman.
Pancaragam ini akan mendahului perbarisan perang seperti
yg kita lihat pada hari ini. Alatannya lebih banyak, padat seperti
oboes, fifes, side drums, kettledrums, simbal, triangles,

turkish crescent dan bass drum. Kalau nak tahu, tgk je laa
dlm utube. Aku letakkan banyak video lagu ni dari versi
asli dan moden pada thread segar2 minda dlm tko 9.
Lagu2nya digubah oleh ahli muzik empayar ottoman sendiri.

Jadi, sudah tentu org eropah akan meniru dan ia diakui sendiri
oleh mereka. Dan pada abad ke 17, band2 eropah trutama
dari Prussia dan Austria pula lebih menonjol dgn penambahan
instrument dan juga uniform2 yg lebih kemas.

Corak Military Band yg ada sekarang adalah legasi Janisary
empayar Ottoman.

No comments:

Post a Comment