Sunday, January 23, 2011

Andalusia

Al-Andalus adalah salah satu wilayah Empayar Islam Bani
Umaiyah.Bermula dgn penaklukan Tariq bin Ziyad pada 711M.
Kerajaan kristian Visigoth tak terdaya menahan kemaraan
tentera Islam walaupun tak sebesar mana bilangannya.

Kemuncak perluasan di semenanjung Iberia ni ialah, tentera Muslim
telah menyeberang Pyreenes dan masuk ke selatan Perancis dan
bertembung dgn pemerintah dan panglima Frankish kingdom
iaitu Charles Martel di Battle of Poiters pada 732M.

Tentera Muslim kecundang di Poiters, andaikata tentera Muslimin
ni menang mengalahkan jeneral terkuat eropah masa tu Charles.Martel ni,
kemungkinan rantau eropah berlainan wajah masakini. Pasai apa,
Umaiyah menyerang dari barat dan conquer Perancis dan kemudian

bergerak ke timur lagi. Manakala Ottoman bergerak dari timur
bermula dgn Constantinople, Greek,Serbia,Bulgars,Hungary dan
Austia dan seterusnya bertembung dgn tentera Umaiyah Andalusia
di tengah2 eropah.

Malangnya ianya tidak kesampaian. Bermula 1085M, separuh
Sepanyol telah dikuasai kristian dgn kejatuhan Toledo. Dan pada
1248M, hanaya kerajaan islam Granada yg tinggal di semenanjung
itu iaitu di bahagian selatan Sepanyol dan tak lama pastu pada
1492...jatuhlah Granada.

Selepas 781 tahun pemerintahan Islam, Sepanyol hanya tinggal
kenangan tapi takpa...39 tahun sebelum tu, Ottoman telah berjaya
mendapatkan satu permata....Constantinople

                                  Al Hambra...kubu (Istana) terakhir umat Islam di Sepanyol

No comments:

Post a Comment