Wednesday, January 26, 2011

Constantinople

Suasana Constantinople pada zaman dulu pada gambaran pelukis

Serangan oleh Ottoman empire

Constantinople adalah ibukota berkubu empayar
Rom Timur iaitu Byzantium. Pada zaman Rasullulah saw
ini adalah salah satu empayar besar selain Parsi.
Byzantium ni adalah pendukung Kristian Orthodox.

Kerajaan Bani Umaiyah telah 2 kali cuba menawan kota
ni tapi gagal iaitu pada tahun 674M dan 717M. Tembok yg
mengelilingi kota ini amat kukuh sekali dan telah beberapa kali
kerja menaiktaraf dibuat.

Dan pada 1453, empayar othmaniyah atau ottoman yg di
terajui Sultan Mehmet II telah berjaya menawan kota ini.
Kelengkapan ottoman pada penaklukan ini amat canggih
pada masa itu termasuk meriam Great Bombard yg masyur itu.

Dari penawanan Contstantinople ini lah, kekuasaan empayar
Islam ottoman ini meluas di Eropah dan kemuncaknya ialah
sampai ke sempadan Vienna iaitu pusat pemerintahan empayar
Austro-Hungaria.....dasyat dasyat....

Runtuhan tembok Byzantium yg terdpt di Istanbul pada hari ini

Note:
Byzantium dan Byzantine(English) dan Rom Timur - semua sama
Constantinople adalah Istanbul,Turki pada hari ini.
Bani Umaiyah - Umayyad (English)
Othmaniyah - Ottoman (English)
Parsi - Persia (English)


No comments:

Post a Comment