Bermula pada zaman permulaan Bani Umaiyah di bawah
pemerintahan Yazid ibni Muawiyah. Bapa kepada Yazid ni
ialah Muawiyah. Beliau ialah Gabenor wilayah Syria dan
pusat pemerintahannya ialah Damsyik (Damascus).
Selepas Saidina Ali terkorban akibat serangan dari puak
Khawarij (Muawiyah juga diserang oleh Khawarij tp terselamat)
Muawiyah telah mendeclarekan dirinya sebagai Khalifah. Dan
Muawiyah inilah yg memulakan pemerintahan dinasti dalam
dunia empayar Islam dan kemudian diikuti oleh empayar2
Islam yg lain sehinggalah Ottoman yg berakhir pada 1923.
Sebelum peristiwa Karbala ni, abang kpd Saidna Husein iaitu
Saidina Hasan telah diangkat oleh majoriti penduduk Islam
pada ketika itu sebagai khalifah dan Saidina Hasan telah
meneruskan penentangan terhadap Muawiyah yg ketika itu
amat berkuasa di kawasan utara termasuk Syria (Syam).
Pertempuran amat sengit dan kemuncaknya ialah pertemp
uran Sabat, Saidina Hasan dgn kekuatan 40 ribu tentera dan
Muawiyah sebanyak 60 ribu tentera (Muawiyah mempunyai
tentera yg tersusun dan dibayar gaji manakala tentera Saidina
Hasan lebih kpd sukarelawan). Ramai yg gugur.
Apabila melihatkan ramai pejuang Islam kedua2 pihak yg gugur,
Saidina Hasan telah bersetuju untuk menerima Muawiyah
sebagai Khalifah bagi seluruh umat Islam. Maka terjadilah
MOU diantara keduanya dan Saidina Hasan pun kembalilah
ke Madinah. Tapi Muawiyah tak habis di situ sahaja, berbagai
tipuhelah digunakan dan para sejarawan bersependapat bahawa
Saidina Hasan telah diracun dan wafat pada 50 Hijrah. Dan waris
Nabi Muhammad SAW yg tinggal sekarang hanyalah
Saidina Husein. Muawiyah telah memberi mesej pada bakal
penggantinya, Yazid supaya berhati2 dgn Saidina Husein kerana
pengikutnya yg ramai. Muawiyah meninggal dunia pada 60 Hijarah.
Dan Yazid pun berkuasa. Fokus utamanya sekarang ialah...
Saidian Husein. Pada ketika berita Muawiyah meninggal dikabarkan,
majoriti umat Islam pada masa itu mahukan keturunan Rasullulah,
iaitu Saidina Husein diangkat menjadi khalifah bagi seluruh
wilayah Islam dan sudah tentu Yazid tercabar.
Berkarung2 surat diterima oleh Saidian Husein dan ramai yg
sanggup berperang melawan Yazid. Mulanya SH malas melayan
kehendak suara ramai tapi makin lama makin menjadi2 dan
ramai yg dah berkumpul di Kufah dan meminta SH mrmimpin
mereka di Kufah. SH menghantar utusan Muslim bin Akil utk
meninjau keadaan sebenar di Kufah. Sesampai di Kufah suasana
mmg memberangsangkan dan mmg banyak pengikut SH menunggu.
Lalu Muslim pun hantar utusan kembali ke Mekah dan meminta
SH datang ke Kufah. Yazid pula telah menhantar Gabenor baru
ke Kufah dan perkara sebaliknya pula berlaku. Muslim bin Akil
dan orng yg menyambutnya dibunuh dan suasana Kufah telah
berubah dan SH tidak mengetahui suasana sebenarnya.
SH telah membuat keputusan utk berangkat ke Kufah bersama
71 orang companian. Dan dalam perjalanan ke Kufah, SH telah
menerima berita buruk mengenai nasib Muslim dan keadaan
Kufah sekarang...tapi SH bertgas utk meneruskan perjalanan.
Dalam perjalanan, rombongan SH telah dipintas oleh seribu
tentera Yazid yg diketuai oleh Hurr Riahy. Riahy telah memberi
katadua kpd SH....Bersama kami atau? MAka jawab SH.sudah
tentulah menentang kamu.
Rombongan SH telah dipaksa utk berkhemah berdekatan kedudukan
tentera Hurr Riahy. Satu lagi ketumbukan tentera Yazid yg dipimpin
oleh Umar Ibnu Saad dgn kekuatan 4 ribu tentera menuju ke arah
camp SH. Arahan dari Gobernor baru kufah memerintahkan
pasukan Umar ni buat blockade..jgn bagi walau setitik air
dari wadi berdekatan kepada kumpulan SH. Blockade berlarutan
selama 7 hari sehingga 9 Muharram....dan kemudian tentera
Umar menuju perlahan2 ke khemah SH. SH kemudian menghantar
utusan utk menanguhkan pertempuran semalaman supaya mereka
dpt bersolat/beramal pada malam itu. Permintaan dipersetuhui Umar.
Dan besoknya pada 10 Muharram 61 Hijarh, berlakulah pertempuran
yg paling tidak seimbang dan sudahnya kesemua 72 orang
termasuk Saidina Husein gugur berdekatan khemah mereka.
Dan nama kawasan itu ialah KARBALA atau KURBALA.
Kepala Saidina Husein telah dipenggal, kemudian dibawa
ke Kufah.
Bertambah kuatlah rasa amarah sebahagian umat Islam,
Setelah peristiwa majlis tahkim dlm perang Siffin, peristiwa
Kurbala ini telah menggerakkan sebahagian lagi umat Islam
yg berang kpd penentangan berterusan dan berhenti
sekejap pada khalifah Umaiyah, Umar bin Abdul Aziz dan
kemudian pemberontakan bersambung lagi bersama2
pihak pemberontak yg lain iaitu Bani Abbas. Puak peberontak
yg dimaksudkan itu ialah Syiah, dan lama kelamaan
setelah bergenerasi ianya sdikit demi sedikit berubah menjadi
semacam akidah pulak dan sebab itulah, Saidina Ali dan keturunan
nya adalah menjadi keutamaan..
Saturday, January 29, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Constantinople
Suasana Constantinople pada zaman dulu pada gambaran pelukis
Serangan oleh Ottoman empire
Constantinople adalah ibukota berkubu empayar
Rom Timur iaitu Byzantium. Pada zaman Rasullulah saw
ini adalah salah satu empayar besar selain Parsi.
Byzantium ni adalah pendukung Kristian Orthodox.
Kerajaan Bani Umaiyah telah 2 kali cuba menawan kota
ni tapi gagal iaitu pada tahun 674M dan 717M. Tembok yg
mengelilingi kota ini amat kukuh sekali dan telah beberapa kali
kerja menaiktaraf dibuat.
Dan pada 1453, empayar othmaniyah atau ottoman yg di
terajui Sultan Mehmet II telah berjaya menawan kota ini.
Kelengkapan ottoman pada penaklukan ini amat canggih
pada masa itu termasuk meriam Great Bombard yg masyur itu.
Dari penawanan Contstantinople ini lah, kekuasaan empayar
Islam ottoman ini meluas di Eropah dan kemuncaknya ialah
sampai ke sempadan Vienna iaitu pusat pemerintahan empayar
Note:
Byzantium dan Byzantine(English) dan Rom Timur - semua sama
Constantinople adalah Istanbul,Turki pada hari ini.
Bani Umaiyah - Umayyad (English)
Othmaniyah - Ottoman (English)
Parsi - Persia (English)
Tuesday, January 25, 2011
Punic War
Kalau zaman purba dulu, biasanya tentera yg kuat
kita dgr asik2 Roman, asik2 Roman. Tapi pada awal
kerajaan Republik Rom ni bertapak, ada satu lagi kuasa
besar di sekitar Mediterranenan.
Kuasa itu adalah Carthagean. Pusatnya adalah di utara
Afrika dan sekarang ni dekat pesisir pantai Tunisia.
Mereka adalah pedagang dan mempunyai navy yg unggul
di area tu. Pada zaman kemuncaknya empayarnya

meliputi separuh Sepanyol,Sicily dan sepanjang pantai
Afrika utara. Tapi pada 264SM Rome sudah kacau daun.
Roman sudah masuk Sicily nak buat bisnis dan ini
membuatkan Carthage menjadi marah.
Jadi peperangan pun berlaku dan ia dinamakan Punic War ,
Perang ni berlanjutan dari 264SM hingga 146SM. Carthagean
kalah dan Sicily sekarang dibawah Roman Republic. Tapi pada
218SM hingga 201SM 2nd Punic War berlaku.

Pada masa nilah Hannibal yg terkenal main peranan.
Hannibal ni adlah anak Carthagean Commander Hamilcar Barca.
Hamilcar jaga wilayah Sepanyol, bila dia mati Hasdrubal dan Hannibal
buat operasi per-emptive ke atas Roman. Hasdrubal jaga Spain
dan Hannibal on the way to Italy. Kat sinilah sejarah yg paling
diingati sepanjang zaman, Hannibal dan angkatan perangnya bersama
gajah2 perang pergi ke wilayah Roman (Italy) dgn melalui
banjaran Alps (entah macamna dia buat pun saya tak tahu).
klau bawak org je okalaa..ni siap dgn gajah2. Roman mana nak
sangka Hannibal ni masuk ikut pintu belakang. Zas zas zup zap
Roman kena belasah...banyak kg dan bandar utara Italy
jatuh kat tgn Hannibal.
Hannibal dgn gajah perangnya merentas banjaran Alps
Dipendekkan cerita, walaupun mula2 menang tapi lama-kelamaan
Dipendekkan cerita, walaupun mula2 menang tapi lama-kelamaan
Hannibal ni kena halau balik oleh Roman. masalah serupa yg di
hadapi Rommel...Supply. Dia balik kat Spain dan bersma2
Hasdrubal, dia attack lagi Roman tapi gagal. Spain pun jatuh kat
tgn Roman. Tmatlah kisah Hannibal dalm 2nd.Punic war.
Pada 149SM hingga 146SM berlaku lagi perang. Ianya dikenali
3rd.Punic War. . Ini adalah perang terakahir diantara
dua pihak ini dan laaast sekali seluruh wilayah Carthagean
termasuk pusatnya di utara Tunisia tu jatuh ke tangan Roman.
Dan Roman adalah penguasa utama disekitar Mediterranean
sehingga abad kelima selepas masehi.
Monday, January 24, 2011
Fit as a Fiddle
Lagu kat atas adalah dalam filem muzikal tersohor pada tahun 1952. Filem tu namanya Singing in the Rain. Banyak lagu sedap2 ada kat dlm tu (org tua2 suka la), Filem kisah pelakon dari filem bisu nak masuk filem ada suara...mmg kelakar. walaupun filem ni tahun 1952 tapi sampai sekarang omputih minat lagi dgn filem ni, pasal bakat2 yg ada pada actor dan actress flm filem ni. Kat atas tu gandingan Gene kelly dan Donald O'Connor...tgk tarian mereka kata atas tu dah tau dah bakat yg depa ada. Paling best kat minit 1:12...dgn gaya kaki sambil gesek biola (dummy je). Filem ni adalah salah satu aset bernilai dlm arkib seni USA.
Military band
Adalah dipercayai bahawa band askar ni dah wujud sejak
zaman Mesir kuno lagi lebihkurang pada 1600 SM.
Tapi dgn alat yg simple2 saja. Sambil2 tentera marching
pemuzik akan memainkan lagu semangat mereka la.
Zaman Roman ia berkembang sikit, instrument pun mula
bertambah dan yg nytanya ramai pemain sejenis trompet
zaman tu akan marching bersama tentera. Hal tu berlalu
lebih kurang tahun 100 M.
Ketika tentera salib tiba ke tanah Arab, mereka terdengar,
melihat sendiri sesuatu yg menarik iaitu marching tentera
Saracen (panggilan mereka keatas org Arab) dan adunan
muziknya yg bersemangat ketika hendak bertempur.
Alatan ialah nafiri (sejenis trompet), buq (tanduk) dan naqqara
(sejenis drum). Lalu mereka pun tiru la untuk raja2 mereka
apabila mereke pulang ke Eropah kelak dan mereka tambahkan
dgn instrument mereka seperti bagpipe dan lain2.
Yg paling penting tentang pembaharuan military band ni ialah
Band Janissary iaitu marching band tentera Ottoman.
Apabila tentera ottoman mengaum di bandar2 eropah sehingga
ke pintu gate Vienna Mehter Marsi akan kedengaran.
Mehter Marsi adalah lagu semangat utama tentera Ottoman.
Pancaragam ini akan mendahului perbarisan perang seperti
yg kita lihat pada hari ini. Alatannya lebih banyak, padat seperti
oboes, fifes, side drums, kettledrums, simbal, triangles,
turkish crescent dan bass drum. Kalau nak tahu, tgk je laa
dlm utube. Aku letakkan banyak video lagu ni dari versi
asli dan moden pada thread segar2 minda dlm tko 9.
Lagu2nya digubah oleh ahli muzik empayar ottoman sendiri.
Jadi, sudah tentu org eropah akan meniru dan ia diakui sendiri
oleh mereka. Dan pada abad ke 17, band2 eropah trutama
dari Prussia dan Austria pula lebih menonjol dgn penambahan
instrument dan juga uniform2 yg lebih kemas.
Corak Military Band yg ada sekarang adalah legasi Janisary
empayar Ottoman.
Spartacus
Siapa pernah dgr Spartacus?
Beliau adalah gladiator pada zaman Roman dulu.
Pada 73 SM, beliau bersama 70 gladiator lain telah
melarikan diri untuk bebas.
Dgn tak disangka2 kisah mereka telah menjadi inspirasi
bagi golongan hamba bukan saja di Rom, malah diseluruh
empayar. Dalam pelarian mereka, jumlah mereka semakin
bertambah dan mereka mula melawan Roman legion.
Kemuncak jumlah mereka capai 100ribu org dan Spartacus
mengetuai mereka melawan dan ramai org Roman yg mati
akibat balas dendam golongn hamba ni terutama yg kaya.
Beberapa bandar dpt ditawan Spartacus. Tapi kebebasan mereka
cuma setahun je dan pada 72SM Spartacus telah dpt dikalahkan
oleh Crasuss dan Pompey. Seramai 6600 pengikut trmasuk
Spartacus sendiri telah disalib di sepanjang perjalanan dari
kota Brundisium hingga ke Rome.
Imaginasi pelukis.....
Franco Prussian War 1870
Perang diantara Perancis dan Prussia. Prussia ni adalah
salah satu state yg berbahasa dan berbudaya Jerman.
Sebelum perang ni berlaku, dua negara ni dah pun mmg
tegang. Macam2 hal yg membawa pergeseran ni.
Perancis diketuai oleh Napoleon III manakala Prussia pula
ialah Wilhem I, org kuat Wilhelm ni siapa lagi..the genius
Otto Von Bismarck. Sebenarnya planning utk menawan
Perancis adalah idea Bismarck.
Pada masa ni, Jerman belum ada lagi sebuah negara yg
bernama Jerman yg united. Ia cuma mengandungi state2
yg kecik2 seperti Bavaria, Baden dan Wurthemberg.
Walaupun kecik, tapi ekonomi masing2 amat hebat.
Dlm banyak2 state tu, Prussia yg paling kuat. Semasa
Napoleonic War dulu tu pun, Prussia yg berganding bahu
bersama allied yg lain seperti British, Rusia dan Austria.
kalau nak diikut2kan, Austria tu pun state Jerman.
Tapi biasa laa, Austria dah mmg kuat, pastu ada empayar
sendiri iaitu Austro Hungaria. Mana dia nak follow
Prussia..malulah. Bismarck melancarkan perang ke atas
Perancis, maka bermulalah perang pada 19 jul 1870.
Tujuan Bismarck ialah, beliau nak state2 Jerman ni bersatu
di bawah Prussia. Setelah beberapa bulan berperang,
Prussia dan beberapa German state berjaya menawan Paris,
dan seterusnya Perancis surrendered. Berlaku pd 10 May 1871.
Jadi apabila state2 Jerman yg lain melihatkan Prussian Victory,
mereka pun bersetuju dgn cadangan Bismarck untuk bergabung
dan menjadi sebuah negara germanic yg bersatu. Dan nama
negara yg kuat itu ialah GERMAN.
Note: Meriam anti aircraft yg pertama digunakan di dunia
semasa perang inilah. Tujuannya ialah untuk menembak
belon2 courier French. Digunakn oleh Prussia dan dikeluarkan
oleh Krupp Steel Engineering.

Sunday, January 23, 2011
Andalusia
Al-Andalus adalah salah satu wilayah Empayar Islam Bani
Umaiyah.Bermula dgn penaklukan Tariq bin Ziyad pada 711M.
Kerajaan kristian Visigoth tak terdaya menahan kemaraan
tentera Islam walaupun tak sebesar mana bilangannya.
Kemuncak perluasan di semenanjung Iberia ni ialah, tentera Muslim
telah menyeberang Pyreenes dan masuk ke selatan Perancis dan
bertembung dgn pemerintah dan panglima Frankish kingdom
iaitu Charles Martel di Battle of Poiters pada 732M.
Tentera Muslim kecundang di Poiters, andaikata tentera Muslimin
ni menang mengalahkan jeneral terkuat eropah masa tu Charles.Martel ni,
kemungkinan rantau eropah berlainan wajah masakini. Pasai apa,
Umaiyah menyerang dari barat dan conquer Perancis dan kemudian
bergerak ke timur lagi. Manakala Ottoman bergerak dari timur
bermula dgn Constantinople, Greek,Serbia,Bulgars,Hungary dan
Austia dan seterusnya bertembung dgn tentera Umaiyah Andalusia
di tengah2 eropah.
Malangnya ianya tidak kesampaian. Bermula 1085M, separuh
Sepanyol telah dikuasai kristian dgn kejatuhan Toledo. Dan pada
1248M, hanaya kerajaan islam Granada yg tinggal di semenanjung
itu iaitu di bahagian selatan Sepanyol dan tak lama pastu pada
1492...jatuhlah Granada.
Selepas 781 tahun pemerintahan Islam, Sepanyol hanya tinggal
kenangan tapi takpa...39 tahun sebelum tu, Ottoman telah berjaya
mendapatkan satu permata....Constantinople
Al Hambra...kubu (Istana) terakhir umat Islam di Sepanyol

Subscribe to:
Posts (Atom)