Saturday, June 25, 2011

Vatican

Tu hari kita tgk empayar terbesar ialah Monggol kan? Vatican ni plak boleh laa dikatakan negara terkecil di dunia. Luasnya cuma 0.44 km persegi berbeza dgn Monggol 33 juta km persegi. Bermula dari tahun 1929 mmg besar itu aje la bosa dia. Mussolini bagi hak mutlak tanah tu pada Pope menaungi organisasi agama Kristian Katolik.

Kocik2 pun penganut nalaa...1.1 bilion...banyak kat Amerika Selatan laa dgn amerika tgh...kek situ sumo eh Katolik, Filipina pun sama, Goa kek India tu pun sama. Kek Eropah cuma Italy, Sepanyol, Portugal dgn Ireland utara dan Republic Ireland. Penganut2 ni anggap Vatican ni macam Mekah laa bagi kita penganut
Islam.

Sebelum tu Vatican ni sebenarnya adalah pusat rohani Holy Roman Empire. separuh eropah dulu adalah dibawah empayar ni. Tapi kebanyakkannya raja2 Jerman yg perintah dibawah kawalan Pope. Kadang2 Historian kata empayar ni The First Reich.(Nazi-The Third reich dan empayar Jerman zaman Otto Von Bismarck-The 2nd reich).

Dataran luas kat vatican tu kalo tak silap depa panggil St.Peter Square. St.Peter ni sebenarnya adalah penyebar agama Kristian masa zaman Roman dibawah pemerintah yg bernama Nero. Last2 Nero ni perangi penganut2 Kristian yg baru bertapak kat Rome. Habih dia bawak masuk org2 Kristian ni dlm Coloseum kasi lawan sama singa, rimau..saja mau kasi mati itu orang. St.Peter pulak kena salib terbalik sampai mati.

Jadi sempena mengingati St.Peter, Vatican menamakan dataran tu St.Peter Square. Pope2 yg dilantik kebanyakkannya bukan pakai nama asal. Diorang boleh pilih nama2 yg elok2. pasai apa dulu ada satu Pope nama dia Mercury. Mercury plak adalah nama tuhan org Yunani...so kasi tukarlah. Pope Benedict skang ni pun bukan nama betul dia.

Pope2 yg dilantik bukannya semuanya ok. Ada satu pope abad ke 15, zaman Renaissance..tak semenggah. Tamak, rasuah dan macam2 lagi...nama lupa lak. Bila pope mati, semua kardinal seluruh dunia kena datang
kat Vatican untuk buang undi pilih Pope baru. Ritual2 yg ada semacam satu tradisi ribuan tahun. kadang2 nampak ada org bawak asap sambil dibuai2.

Itu bukannya apa...dulu2 org ramai datang dari jauh, berpeluh2 dan ramai pulak tu, jadi tentulah bau bauan badan harum semerbak, dulu2 bukannya ada deodorant, jadi asap2 kemenyan ni lah yg akan kasi buang bau seakan2 kambing tuh. lagi satu kat Vatican ni dgr citernya bukan main banyak khazanah dulu2 semasa era perang salib tu.

Khanazah2 yg dirampas dari orang2 Islam dan yahudi di Baitul Maqdis (Jerusalem) semasa pendudukan tentera salib selama 100 tahun tu banyak tersimpan kat situ. Selama 1000 tahun lebih Pope bukan laa dominan dalam empayar Roman kristian. banyak kali gak kena blasah oleh para barbarian seperti Attila the Hun dan Vandal. Pope pun takut dulu dan ada jugak kena bayar ufti kat barbarian nih.

Yg kuat masa tu adalah Rom Timur atau Byzantium (zaman Rasullullah S.A.W banyak penceritaannya) tapi Rom Timur dah bukan Roman Katholik, ianya dah mula nak jadi mazhab Kristian lain dah iaitu asas2 Kristian Orthodox yg sekarang ni didominasi oleh Rusia dan negara2 Balkan.
Ada pernah nampak pengawal2 kat Vatican yg bawak lembing tu dan baju kaler2 tu. Itu lah Swiss Guard.

Memang betul2 orang Swiss sampai laa skang nih. Bukannya banyak pun, 130 orang aje. Ni mmg askar2 professional tapi bersesuaian dgn ciri2 tradisi. Vatican ada sambut hari meraikan Swiss Guard ni tiap2 tahun.
Citernye camgini, pada abad ke 15 dulu, ada satu serangan untuk menawan vatican oleh raja mana ntah. 12 ribu askar lawan 600 Vatican Swiss Guard...mana nak terlawan..kantoi semua Swiss Guard tuh, tapi mereka berjuang bermatian2 sampai habis ammo. walaupun semua terkorban misi tercapai sebab Pope berjaya menyelamatkan diri semasa Swiss Guard ni bertempur...begitula lebihkurang.

Dan satu lagi dari Vatican ni laa seruan Perang Salib dilancarkan oleh Pope Urban II pada 1145 dan dari 9 crusades cuma yg pertama berjaya...tu yg dapat conquer Baitul Maqdis hampir 100 tahun..nasib baik pastu ada Salahuddin Al-Ayubi atau Saladin dan tentera salib terus dihalau balik ke Eropah.     
Itu je laa nak share...diorang kaji kita, kita kaji balik diorang.


Swiss Guard

No comments:

Post a Comment