Rasa2nya semua tau siapa gerangannya. Kat atas tu omputih sebut. Dialah Salahuddin Al- Ayubi. Jeneral dan kemudian Sultan Mesir dan sekitar yg terpowerful sekali semasa Perang Salib Ketiga. Beliaulah yg mendapatkan balik Baitul Maqdis dari tangan Tentera Salib.
Setelah hampir 100 tahun Baitul Maqdis ditangan tentera kafir, kejayaan telah dokecapi oleh tentera Salahudin dan peristiwa bersejarah ni berlaku pada tahun 1187.
Pada tahun 1099, Tentera Salib semasa Perang Salib Pertama telah menawan dari pantai Syria dan seterusnya menakluk Baitul Maqdis. Perang Salib ni adalah seruan dari Pope Urban II di Vatican, Rome. Kalu betul kata depa perang suci, mengapa habis semua orang Islam, yahudi dan Kristian sendiri pun dibunuhnya, tak terkecuali org perempuan dan budak. Sebenarnya bukan pasai agama, pasai tamak harta benda.
Wilayah2 asia barat dahulu terutama Baitul Maqdis adalah makmur dan ekonominya adalah maju dan berbagai khazanah terdapat di sana. So tupasal la depa datang. Salahudin sejak kecil lagi dah tengok kerakusan tentera salib ni. Tapi sebelum tu wilayah yg masih dlm tangan orang Islam pun kacau bilau, jadi beliau terpaksa meneutralkan situasi dahulu. Selepas segalanya selesai barulaa aimed kat kafirin nih.
Selepas 2 tahun Baitul Maqdis dlm tgn orang Islam, saru lagi ketumbukan tentera Salib yg diketuai oleh Raja England iaitu King Richard atau org panggil Richard the Lion Heart. Ketumbukan ni adala ekspedisi Perang Salib Ketiga.
Dipendekkan citer, mula2 King Richard ni menang sikit2 tapi lepas tu kantoi habih punah ranah dikerjakan oleh tentera Salahudin. Baitul Maqdis still dlm tgn Salahudin. Pernah sekali kuda King Richard hilang dlm satu pertempuran, Salahudin boleh lagi bagi 2 ekor kuda melalui messenger dia...terkedu Richard! Dan ada sekali dia terkena panah, salahudin siap hantar tabib, itu pun melalui meesenger.
Dan yg betulnya dua2 tak pernah bersua tapi ada semacam rasa hormat antara kedua2nya. sebelum tu pun Salahudin ada jugak tawarkan tabib untuk Raja Crusade Jerusalen yg kena kusta tu. Dan Baitul Maqdis kekal dalam tgn Islam sehinggalah kemasukan Jeneral Allenby pada perang dunia pertama. Baitul Maqdis dibawah naungan British lak akibat kekalahan Turki (uthmaniyyah) dalam perang tuh.
Legenda Salahudin kekal sehingga laa sekarang nih, baik dikalangan umat Islam dan juga orang eropah. Kaiser Wilhelm II dari Jerman siap bagi dana suruh buat makam Salahudin elok2 dgn marble dan dia sendiri pernah datang melawat makam Salahudin di Damsyik, Syria.
Seperti yg kita semua tahu semasa kematiannya pun harta pun tak cukup untuk pengurusan jenazahnya. Ada yg kata arwah cuma ada 1 keping syiling emas dan 47 keping syiling perak. Pernah sekali ada perempuan Frankish (org crusade) yg kehilangn anak kecil, rupa2nya anak dia dah ada kat pasar jual hamba abdi. Dia pi jumpa Salahudin dan beliau keluar duit sendiri untuk tebus balik anak itu. Macam mana diorang tak respect kat Raja yg satu ini.
Kereta perisai baru British era perang dingin dulu pun pakai nama Saladin. Tapi ada gak yg benci. Komander british Edmund Allenby yg masuk Baitul maqdis masa WWI dulu siap raised pedang dia kat tugu Saladin dan siap cakap " Pada hari ini, Perang Salib telah selesai dgn penawanan semula Jerusalem oleh askar salib ". Tapi selepas perang dia menafikan pulak. Yg sorang ni lagi hawau...jeneral perancis henri gouraud, aku nak tulis nama dia huruf besar pun geli aku...dia sampai Baitul Maqdis lepas 2 tahun perang tamat,pada 1920, kemudian dia masuk dlm makam Saladin, dia ketuk makam dgn kaki dan kemudian dia cakap " bangun Saladin, saksikan...kedatangan aku ni mengesahkan kejayaan salib ke atas bulan sabit"
No comments:
Post a Comment