Sunday, June 5, 2011

Facts about Mongol II



Arrow
Pada 50 tahun pertama Monggol (Dinasti Yuan) memerintah China, penduduk China telah berkurangan 50% dari 120 juta, tinggal 60 juat aje...ganaz betul.
Arrow
Hulagu Khan melanggar Baghdad pada 1258 Masehi dan berkecai empayar Islam terkuat pada masa itu iaitu Abbasiah.
Arrow
Seramai 200 ribu penduduk muslimin Baghdad dan kawasan sekitar dibunuh oleh tentera Hulagu Khan ni. Kemusnahan paling teruk pernah dihadapi oleh umat Islam dan rasa2nya record kemusnahan ni belum dipecahkan setakat ni.
Arrow
Gedung2 ilmu dan hasil mahsul pencapaian umat Islam empayar Abbasiah dimusnahkan dan buku2 ilmu telah dicampakkan ke sg Furat dan sg.Furat menjadi hitam akibat dakwat yg mencair...menunjukkan betapa banyaknya buku2 yg musnah.
Arrow
Isteri Hulagu Khan dipercayai Kristian dan ini mempengaruhi tindak tanduk Hulagu, lebih2 lagi peperangan salib baru berlalu dgn kekalahan Kristian tika itu.
Arrow
Selepas kematian Hulagu, ramai pembesar2 dan general2nya temasuk anak Hulagu sendiri iaitu Teguder memeluk Islam dan seterusnya orang2 Monggol IL-Khanate ni menyerap dlm masayarakat arab dan umat arab bangkit semula....
Arrow
Tentera Monggol Il-Khanate dibawah Hulagu bagaikan tak boleh disekat2 kemaraannya sehinggalaa ia sampai di wilayah Palestin iaitu Ain-Jalut.
Di sinilaa penamat kemaraan Hulagu. Tenteranya kalah teruk kaw kaw punya, dibelasah oleh tentera Islam Mamluk dari Mesir di bawah pimpinan Panglima Baibars yg dihantar oleh Sultan Qutuz. Tak cukup dgn itu tentera Mamluk ni kejar Monggol sampai Damsyik ,Syria dan Monggol stop kat situ..tak berani nak melangkah sempadan.
Arrow
Bahagian Monggol Golden Hordes meneyrang Rusia selatan dan seterusnya Eropah timur. Knight2 veteran tentera salib seperti Templar, Hospitalier dan Teutonic kena tibai teruk. Tentera2 Abbasiah yg terkenal power tu pun kena pukul, inikan pula knight2 eropah ni...senang aje macam potong sayur je dikerjakan Monggol Golden Hordes ni.
Arrow
Sebut aje laa nama2 top eropah dulu2 seperti Cossack, Magyar, Russia, Armenian dll, semuanya tewas ditangan org bermata sepet ni. Walaupun Monggol Golden Hordes ni melanggar bumi Kristian, tapi puak ni laa dulu yg memeluk Islam dari puak Il-khanate yg menyerang wilayah2 Islam...pelik jugak.
Arrow
Salah satu komander Golden Hordes yg mula2 memeluk Islam ialah Berke Khan. Dalam pada masa yg sama Hulagu menjarah umat Islam di Baghdad. Berke tak puashati dan kemudian dia bersekongkol dgn Mamluk dan dia mmg ada hantar tentera untuk membantu Mamluk menewaskan Hulagu Khan.
Arrow
Monggol Golden Hordes kemudian terbabit dlm perang saudara dgn Monggol Il-Khanate yg masih kafir, berterusan sehingga Il-Khanate secara beransur2 menjadi wilayah Islam.

No comments:

Post a Comment