Sambungan lepas kisah crew kapal SMS Emden....
Semasa Emden kena kejar dgn HMAS Sydney, Von Mucke dan 53 anggotanya nampak dgn jelas dari pulau Direction tu. Jarak pantai dgn pertempuran antara kedua2 kapal tu cuma 17km je. Memang clear view Von Mucke. Sehinggala Emden terperosok kena pukui dgn HMAS Sydney tuh.
Von Mucke dah tau dah, Emden tak boleh selamatkan mereka di pulau tuh. Jadi Von Mucke dah tau dah, selepas Emden, Sydney mesti datang kat Pulau Direction ni dan serang mereka pula. Jadi Von Mucke tak membuang masa lagi, otaknya ligat berpikir camna nak buat.
Kemudian dia ternampak ada satu kapal dagang kecik, 97ton je, macam nak runtuh pun ada bentuknya...tapi apadahal, dari kena tangkap baik diorang blah naik kapal nak runtuh tu. So dia dan anggotanya seramai 53 org tu pi naik kapal tu keluar dari Direction Island. Waktu dah malam dah, inilaa masa terbaik untuk melarikan diri. HMAS Sydney pun tak sampai2 lagik..ini sudah bagus.
Nama kapal nak runtuh tu Ayesha. So depa set sail ke arah Dutch East Indies (Indonesia). Dan akhirnya diorang suma berjaya sampai di Padang, Sumatera. Sementelahn Belanda masih neutral dlm perang ni, diorang takde masalah besar. dari situ mereka semua naik satu kapal dagang Jerman, Choising yg kebetulan ada kat situ dan belayar terus ke Semenanjung Arab.
Semenanjung Arab tu dulu dalam empayar Uthmaniyah Turki. Uthmaniyah ni allied dgn Jerman. Jadinya Choising ni kemudian berlabuhlah kat pelabuhan Hodeida,Yaman. Dari Yaman ni Von MUcke buat nego laa dgn Penguasa Turki untuk hantar depa ni suma balik Jerman. Berbulan jugak laa diorang duk kat Hodeida.. Turki pun payah nak support diorang ni.
Pasai kat tanah arab ni pun sekarang tgh revolt. Ada ingat Lawarence of Arabia...banyak puak2 Badwi angakat senjata lawan Turki ni. Jadi Von Mucke tak nak tunggu lagi, Dia set sendiri plan untuk balik Jerman tanpa bantuan Turki. Dia sewa beberapa kapal layar kecik susur Laut Merah ke utara. Dalm belayar tu, salah satu kapal layar tenggelam pulaaak. tapi crew selamat.
Depa belayar sampai laa ke Jeddah. Dari situ Von Mucke and band of brothersnya naik keretapi melalui Hejaz railway. Ada tgk filem Lawrence of Arabia, keretapi Uthmaniyah kena serang dek Badwi. Serupa jugaklaa yg dialami oleh Von Mucke dan orang2nya. Keretapi yg dinaiki mereka kena serang kaw kaw punya oleh para Badwi kat tgh2 padang pasir.
3 hari 3 malam mereka bertempur dan 3 anggota Von Mucke terbunuh. Nasib baik Emir Mekah masuk campur dan arahkan puak2 badwi ni lepaskan mereka. Haiii...seksa betul von Mucke ni nak balik kampung. Last2 mereka sampai jugak ke Constantinople (Istanbul) iaitu ibukota empayar Uthmaniyah. Dan dari situ mereka terus balik ke Jerman dgn selamat kerana jalan yg dilalui adalah kawasan allied mereka iaitu Uthmaniyah, Austro-Hungaria dan kawasan empayar Jerman.
Cuba bayangkan berapa ribu kilometer Von Mucke dan orang2nya bergerak balik ke Jerman. Penuh dgn ranjau2 kat laut, darat, padang pasir, bertempur lagi dan cuma 3 askarnya yg tewas.Bila sampai je kat Jerman, mereka diberi sambutan yg cukup hebat oleh rakyat Jerman dan mereka diangkat seperti hero, walau macam mana pun Von Mucke cukup sedih tentang apa yg menimpa crew kapal SMS Emden termasuk kaptennya Von Muller.
Kapten Von Muller kemudian dipenjarakan di England sehingga perang tamat pada 1918. kelasi2 Emden yg selamat ditahan di Singapura sampai laa tamat perang (entah2 ada yg dah pandai cakap Boyan). Von Mucke juga ada tulis 2 buku mengenai perjalanan epiknya beribu batu kembali ke Jerman iaitu Emden dan Ayesha.
Kaiser Wilhelm II telah menganugerahkan Iron Cross 1st class kepada kapten Von Muller dan semua pegawai2 SMS emden termasuk Leftenan Von Mucke. Kedua2 mereka ni tak berapa berkenan dgn beberapa dasar Nazi walaupun Von Mucke ada join parti Nazi ni lepas tamat WWI. Malah Hitler pernah suruh siVon Mucke ni masuk kem tahanan aje pasai banyak sgt songehnya tapi disebabkan jasanya, para jeneral tak endahkan saranan tu lagi pun Von Mucke dah tua masa tu....
Tamat laa suda kisah Sms Emden dan crewnya...
Encik Von Mucke kita.....
Kapten Kapal SMS Emden Encik Muller kita
No comments:
Post a Comment