Revolusi sains dan industri
Masa perang saudara Amerika dulu macam2 penciptaan khas untuk peperanagn dibuat khasnya oleh pihak utara. Selepas perang tamat segala teknoloji dan pnciptaan2 tersebut dihalakan untuk menaikkan ekonomi USA. Contohnya seperti landasan keretapi. Beribu2 km jaringan landasan keretapi ni berselirat di utara dan proses pengembangannya meluas terus ke selatan...salah satu faktor kemenangan Union ke atas Confederates adalah supplies yg efisyen disebabkan lalauan keretapi yg banyak ke atas bandar2 yg dikuasai Union.
Telegraph dan Morse code. Berpuluh ribu tiang2 menghubungkan kabel untuk teegraph dibina oleh pihak utara sewmasa perang dulu dibina kemidian disambung terus ke wilayah2 selatan dan perhubungan semakin mudah,,,walaupun cara main tekan2 panjang pendek atas satu litar tp message akan sampai......sebelum ni pakai Phony Express (utusan naik kuda) dan yg best sekali pasang unggun api, pakai asap tutup buka dgn kain pastu pukul gendang dan baca mentera...kahkahkah!!!!
Message dan laluan keretapi semakin melonjakkan ekonomi USA. laluan landasan keretapi dan talian telegraph adalah yg terbesar sekali di dunia pada 1890an. Kemudian penciptaan telefon lak oleh Alexander Graham Bell (bukan gigi geraham ya) Dia ni mmg inventor US. Sikit2 telefon menggantikan telegraph...tak payah nak ketuk2 litardgn Morse Code...skang boleh dgr suara pulak...bertambah laju laa lagi ekonomi Uncle Sam dol ni...Eropah yg sebelum ni mendominasi dunia seakan2 ketinggalan dah...mereka semua memandang ke Amerika.
Dan ramai2 pulak org2 eropah ni berduyun2 berhijah ke USA termasuk bermacam2 pakar, saintis, propesyenal, peniaga2 yg berjaya dan yg tak berjaya dan juga bandit2 serta mafia2 dari Italy. Dan org yahudi dari eropah barat dan timur (mereka ni banyak pi New York). Tak lama lepas tu Thomas Alva Edison plak bikin gempak siut!!! kalo org2 dulu mesti ingat kuasa ajaib punya atau ada bela jin.....Dia ni suda kasi cipta lampu atau bulb pakai eletrik dan pencipraannya ini adalah gemilang bagi manusia manuisa yg hidup di dunia ini....malam dah boleh buat macam2 aktiviti pasai dah teranng!!
Kemudian meluas ke bandar2 besar dan USA pada masa ini adalah negara terhebat dari segi Industri dan pencapaian sains. Itu belum cukup gak lagi.....Pada 1890an juga German dah mula buat kereta sebenar... Gottlieb Daimler sudah bikin satu kereta pakai petrol...depa buat pakai tangan dan merebak ke negara maju eropah seperti France, UK, Italy tu suma... Tapi pada awal 1900an kalu tak sillap pada 1904 kut...itu Henry Ford suda bikin gempak lagi satu kali...Dia boleh buat kereta secara besar2 an....
Bukak kilang besar dan hasilkan kereta pertama Model T secara rapid sekali dan adala machine2 asas untuk buat komponen model T ni......Haaaa....meleleh air liur pengeluar kereta eropah nengokkan.....ni nak perbetulkan sikit fakta...buku teks sejarah sekolah rendah masa 70an dulu mengatakan bahawa Henry Ford adalah pencipta kereta, fakta itu ada sikit tersasar....Henry Ford adalah pengasas perngeluaran kereta besar2an.
Total model T dihasilkan adalah sebanyak 15 juta buah sehingga tahun 1927. Total ini hanya berjaya dipecahkan oleh kereta Jerman yg diilhamkan oleh Adolf Hitler iaitu Volkswagen Beetle iaitu sebayak 21 juta buah...phew!!!
No comments:
Post a Comment