Hollywood
Sekarang dah masuk abad ke20, yakni era 1900 ke atas. Yg lepas kita citer pasai industri perkilangan dan teknoloji USA.
Pastu pada 1914-1918 USA join perang dunia pertama, yg cite perang ni kita skip pasai dah citer pada topik lepas. So pada era 20an , yg paling ketara di US masa tu ialah kemunculan kuasa industri hiburan terutama filem. Sebelum ni depa ada laa buat filem kecik, thatre dan ala2 bangasawan di pantai barat USA teruatama di New York.
Kemudian Alva Edison ada cipta macam kamera mudah alih tp berat nak mampuih dan adala 2,3 penusaha film cari tempat yg panas sepanjang tahun. Tempat tu ialah di Los Angeles, California. Nama tempat tu ialah Hollywood. kalo ada member yg kata dia pi bercuti musim winter kat Los Angeles, mmg sah laa member tu tipu (pasai ada kes..hehehe nak nipu, tp geography failed hahahha). Berbalik pada topik yaa. so depa pun bikin laa filem.
Kemudian berduyun2 poduser filem turun kat Hollywood dan bikin studio besar2 punya dan pada era 20an adalah era filem bisu. Macam2 citer ada tp yg org sekarang pun tahu ialah Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, pelakon komedi terhebat filem bisu. Masa ni market filem hollywood adalah seluruh benua Aerika dan Eropah saja, belum meluas lagi....kita kat tanah melayu dulu era ni adalah era wayang kulit dan pentas bangsawan.
Masa filem bisu ni dah muncul film star. Pastu masuk era 30an, suara diperkenalkan, masa ni ada kelam kabut sikit kat cinema2 Amerika. Tgh2 tgk wayang suara lambat keluar dan kadang2 suara perempuan jadi besar dan lambat...kalo tgk filem sedih dgn masalah ni, filem sedih tu boleh jadi filem lawak. Tapi lama kelamaan pada mid 30an masalah suara dapat diatasi dan Hollywood adalah pengeluar filem terbesar di dunia.
Dan pada 1939, filem epic Gone with the Wind menjadi filem termasyur di seluruh dunia, dan lagi filem animinasi pertama di dunia oleh Walt Disney dgn filem Snow White betul2 menaikkan Hollywood, malah Hitler pun suka filem kartun ni. Lepas WWII, kuasa Hollywood berkembang lagi dan studio2 besar seprti Metro Goldwin Meyer, Universal Picture, Columbia Pictures betul2 menguasai dunia perfileman dgn filem2 budget mega blockbuster.
Filem The Ten Commandments, The Sand of Iwojima, Singing in The Rain, Ben Hur, The Thief of Baghdad...dan filem2 besar lain betul2 buat duit punya malah ketika ini kuasa lobi Hollywood boleh menggoncang White House. Kemuadian pada 60an televisyen pulak ada (50an dah ada kat USA daah), jadi industri filem merosot tapi naik balik bila video keluar pasai depa selain jual filem kat cinema, video pun bole buat duit jugak dan sekarang CD plak.....
Dan sekarang walaupun filem Hollywood adalah yg terhebat dari segi teknoloji dan kualitinya (tak termasuk jalan cerita ya) tpi Hollywood berada di tangga ke 3 pengeluar filem terbedar dunia di belakang Nigeria (Nollywood) dan India (Bollywood, Mollywood, Woodwards grape water suma tuuu).
No comments:
Post a Comment