The Great Depression
Tahun 20an USA kira mantap laa macam yg kita citer pada chapter yg lepas. Tapi bila masuk 1929 suasana ekonomi mula berubah. Bursa saham Wall Street jatuh mendadak....Bila Wall Street jatuh, yg lain pun ikut sama laaa....pasaran merudum, bila pasaran jatuh, kilang2, ladang2 yg luas dan segala yg berkaitan ekonomi tak mengembang. Bank menghadapai masalah yg serupa. Bila orangramai dah tak yakin dgn bank, mereka beramai2 keluarkan saving masing2 dan ada yg bank jatuh muflis, bila dah muflis saving pun terbang sama. Ekonomi tak boleh nak gerak pasai duit pusingan dari bank dah terlalu berkurangan. Kerajaan terpaksa lancarkan bond itu, bond ini tapi amik masa nak pulihkan ekonomi USA.
USA masa tu adalah ekonomi terbesar, bila US kena, banyak negara yg terlibat sama terutama Canada dan negara2 barat lain yg ada kerjasama ekomomi ngan USA. Bila bank takleh buat pinjaman, banyak kilang2, ladang2 terpaksa tutup dan perkhidmatan sokongan untuk dua sektor terbesar ni pun merudum. Jadi sudah tentu pasaran kerja jatuh. Unemployment asdalah yg tertinggi dalam sejarah USA setakat ni iaitu lebihkurang 21% dalam pasarang kerja kat US pada dekad 30an. Kegawatan ekonomi ni berlarutan sehingga nak masuk prang dunia kedua iaitu pada 1939.
Jadi dalam tempoh tersebut beramcam2 masalah timbul, salah satu kadar jenayah adalah yg tertinggi dalam sejarah. Kadang2 watak2 antagonis ni plak diangkat jadi hero masa tu. Pencuri baik dan bank Jahat......abih dah sakit hati semua bole jadi...sapa tak kenal Bonnie and Clyde...sepasang kekasih kerje dia merompak boleh jadi icon rakyat. Gang2 mobster bercambah terutama kat Chicago dan bandar2 besar lain...gangster ni plak buat business haram cam pusat judi, buat samsu, aaaa jadi Ah Long kaw kaw lagiiii!!!!
Peniaga nak pinjam kat bank payah, so tpaksa laa pinjam kat mobster...bunga berganda2 dari pokok, pasu tak kira lagi tuu.....sudahnya perniagaan beralih tangan kat ganster2 nih...jadi business gangster ni berkembang. Biula dah dapat legal business, mereka boleh beroperasi secara bebas....tapi busines haram mereka berselindung dgn nama business halal mereka yg mereka dapat dari tokey2 yg tak mampu bayar tuu....
John Dillinger, kepala mafia bukan main power lagi masa tu, Al Capone walau pun kena jail kat Alcatraz masa tu tapi pengikut dia bikin business as usual.....masa ni mmg masa susah USA.....suasana USA masa tu serupa macam negara2 dunia ketiga pada hari ini.....yg kaya bertambah2 kaya dan hensem manakala yg miskin bertambah2 miskin dan comot.
Bila masuk perang dunia kedua, kegawatan dah mula berkurangan dan yg paling penting, disebabkan keperluan material peperangan untuk berdepan dgn Jerman dan Jepun, keseluruhan industri, pertanian dan perkhidmatan digerakkan secara besar2an dan tenaga kerja baik lelaki dan permepuan amat diperlukan dan lagi plan kerajaan untuk maghadapi kemelesatan sejak 10 sebelum telah menampakkan kejayaan dan semua resources yg ada teleh didumpkan untuk peperangan di eropah dan di pasifik.......ekonomi mula pulih perlahan2 di akhir dekad 30an......
Untuk skang...fokus kat ekonomi eropah...jgn ingat eropah jatuh kita tak kena tempias....cuma lambat ngan cepat aje...
Ingat masa recession 1986 dan 1998! Singapore kena impact paling teruk...kemudian kita plak kenaa.....sektor perkhidmatan awam tak berapa terjejas sgt tapi sektor swasta?
No comments:
Post a Comment