Wednesday, February 27, 2013

USA - Part 12



Perang Dunia Kedua

Tak payah buat essay laa bab ni pasai dah panjang lebar kita cerita kat notes2 lepas.
So kita bagi point2 ajer laa.

- Jepun serang Pearl Harbor , Hawaii pada 7 december 1941...terperanjat chimpazee amerika dibuatnya...
-  USA declared war on Japan berkuatkuasa serta merta. Buat masa ni  USA tak involved perang ngan Jerman.
- 4 hari kemudian, Hitler declare war on USA plaak, pasai Jepun tu geng dia....smart partner.

- Tak pasal2 USA terjerumus dalam 2 zon perang yg berbeza..satu kek Eropah dan satu lagi kat Pasifik.
- Britain suka USA join perang sebab ada geng, walau pun Rusia kira geng tapi Churchill menyampah ngan Stalin.
- USA join perang, penyaplai (supplier) terbesar alat2an tentera kpd pihak allied British dan Rusia.

- USA mula2 masuk perang asik kena blasah kaw kaw punya.....kat Afrika utara kena blasah ngan Rommel.
- USA kat Pacific tergolek tergelantang kat Guadalcanal (dekat2 papua new guinea skang ni)....maklum laa rookies.
- Jeneral Mac Arthur cabut dari Filipina pasai Jepun dah masuk Filipina tapi last sebelum belah dia cakap " i SHALL BE       BACK"  macam terminator je bunyii...hehehe

- Tapi respect gak kat US ni....kena blasah pun dia hantar gak askar lawan Jerman dan Jepun, lama2 experienced laa.
- 1942 pihak allied dapat conquer Afrika Utara, Rommel cabut balik Berlin.
- 1943 turning point kat Pacific, USA dah mula menang, dapat satu pulau ke satu pulau.

-  Pada 6 jun 1944...D-Day dilancarkan (Deliberate day) .Jeneral US, Eisenhower jadi keseluruhan commander allied.
- Proses penaklukan Eropah dari Hilter diteruskan.
- US Marine berjaya tawan pulau ciput Iwojima dgn kos nyawa dan equipment yg sangat tinggi..
- Iwojima...US marine terbunuh +- 7 ribu org namakala defender Jepun..hampir keseluruhan askar +- 21 ribu terbunh.

- Kemarran US, British tersekat kat Ardennes Forest, Belgium masa musim sejuk 1944....19 ribu askar US terbunuh.
- Serangan besar2an terakhir oleh Jerman tp bila musim sejuk berakhair Jerman mula berundur,,supplies tak cukup.
- US British mara ke Jerman sebab mau borak2 minum kopi sama Hiltler dan Eva braun.

- Pada  May 1945, jerman totally kalah sebab Rusia dah conquer Berlin dan askar US bertemu askar Rusia si Sg Elbe.
- 8 May VE day (Victory Europe day) dan US bersama Rusia telah menjadi kuasa dunia Utama.
- Jepun belum kalah lagi masa ni....US pening kepala camna nak jinakkan Jepun niii...

- Nak dapatkan pulau keicik Iwojima pun seksa, pastu Okinawa pun lagi seksa walau pun dpt tawan...berpuluh ribu mati.
- AJK kampong USA menganggarkan kalo nak tawan 4 pulau utama Jepun, mau korban sehingga sejuta askar US.
- Masa tu bom atom pun dah ada, jadi depa amik jalan senang laa.

- Bom atom pertama (Little Boy) digugurkan kat Hiroshima..KEBABOMMMMMM!!!! hasilnya 166 ribu maut!
- Bom Atom kedua (Fat Boy) digugurkan kat Nagasaki...KEBABOMMM LAGIII!!!! hasilnya 80 ribu maut!
- Maharaja Hirohito terus masuk radio dan declared Jepun surrender tanpa syarat dan perang dunia kedua pun tamat.

1945 - Sejak tu USA telah menjadi super power bersama2  Soviet Union....kita masa tu kekenyangan takde zat dek makan ubi kayu aje!!! 
Pastu USA camna?  Tungguuuu!!!!

Thursday, February 21, 2013

1:76 Jeep from Airfix model kt

1:76 Jeep from Airfix model kit

1:76 British small truck Airfix model kit

1:76 US tank transporter Airfix model kit

1:76 British pounder gun Airfix model kit



USA - part 11







The Great Depression

Tahun 20an USA kira mantap laa macam yg kita citer pada chapter yg lepas. Tapi bila masuk 1929 suasana ekonomi mula berubah. Bursa saham Wall Street jatuh mendadak....Bila Wall Street jatuh, yg lain pun ikut sama laaa....pasaran merudum, bila pasaran jatuh, kilang2, ladang2 yg luas dan segala yg berkaitan ekonomi tak mengembang. Bank menghadapai masalah yg serupa. Bila orangramai dah tak yakin dgn bank, mereka beramai2 keluarkan saving masing2 dan ada yg bank jatuh muflis, bila dah muflis saving pun terbang sama. Ekonomi tak boleh nak gerak pasai duit pusingan dari bank dah terlalu berkurangan. Kerajaan terpaksa lancarkan bond itu, bond ini tapi amik masa nak pulihkan ekonomi USA.

USA masa tu adalah ekonomi terbesar, bila US kena, banyak negara yg terlibat sama terutama Canada dan negara2 barat lain yg ada kerjasama ekomomi ngan USA. Bila bank takleh buat pinjaman, banyak kilang2, ladang2 terpaksa tutup dan perkhidmatan sokongan untuk dua sektor terbesar ni pun merudum. Jadi sudah tentu pasaran kerja jatuh. Unemployment asdalah yg tertinggi dalam sejarah USA setakat  ni iaitu lebihkurang 21% dalam pasarang kerja kat US pada dekad 30an. Kegawatan ekonomi ni berlarutan sehingga nak masuk prang dunia kedua iaitu pada 1939.

Jadi dalam tempoh tersebut beramcam2 masalah timbul, salah satu kadar jenayah adalah yg tertinggi dalam sejarah. Kadang2 watak2 antagonis ni plak diangkat jadi hero masa tu. Pencuri baik dan bank Jahat......abih dah sakit hati semua bole jadi...sapa tak kenal Bonnie and Clyde...sepasang kekasih kerje dia merompak boleh jadi icon rakyat. Gang2 mobster bercambah terutama kat Chicago dan bandar2 besar lain...gangster ni plak buat business haram cam pusat judi, buat samsu, aaaa jadi Ah Long kaw kaw lagiiii!!!!

Peniaga nak pinjam kat bank payah, so tpaksa laa pinjam kat mobster...bunga berganda2 dari pokok, pasu tak kira lagi tuu.....sudahnya perniagaan beralih tangan kat ganster2 nih...jadi business gangster ni berkembang. Biula dah dapat legal business, mereka boleh beroperasi secara bebas....tapi busines haram mereka berselindung dgn nama business halal mereka yg mereka dapat dari tokey2 yg tak mampu bayar tuu....

John Dillinger, kepala mafia  bukan main power lagi masa tu, Al Capone walau pun kena jail kat Alcatraz masa tu tapi pengikut dia bikin business as usual.....masa ni mmg masa susah USA.....suasana USA masa tu serupa macam negara2 dunia ketiga pada hari ini.....yg kaya bertambah2 kaya dan hensem manakala yg miskin bertambah2 miskin dan comot.

Bila masuk perang dunia kedua, kegawatan dah mula berkurangan dan yg paling penting, disebabkan keperluan material peperangan untuk berdepan dgn Jerman dan Jepun, keseluruhan industri, pertanian dan perkhidmatan digerakkan secara besar2an dan tenaga kerja baik lelaki dan permepuan amat diperlukan dan lagi plan kerajaan untuk maghadapi kemelesatan sejak 10 sebelum telah menampakkan kejayaan dan semua resources yg ada teleh didumpkan untuk peperangan di eropah dan di pasifik.......ekonomi mula pulih perlahan2 di akhir dekad 30an......  

Untuk skang...fokus kat ekonomi eropah...jgn ingat eropah jatuh kita tak kena tempias....cuma lambat ngan cepat aje...
Ingat masa recession 1986 dan 1998! Singapore kena impact paling teruk...kemudian kita plak kenaa.....sektor perkhidmatan awam tak berapa terjejas sgt tapi sektor swasta?



Sunday, February 17, 2013








My 1:72 scale model collection...Yak-38
Forger, Super Etendard and A-37B Dragonfly





Friday, February 15, 2013

USA - Part 10



Hollywood

Sekarang dah masuk abad ke20, yakni era 1900 ke atas. Yg lepas kita citer pasai industri perkilangan dan teknoloji USA.
Pastu pada 1914-1918 USA join perang dunia pertama, yg cite perang ni kita skip pasai dah citer pada topik lepas. So pada era 20an , yg paling ketara di US masa tu ialah kemunculan kuasa industri hiburan terutama filem. Sebelum ni depa ada laa buat filem kecik, thatre dan ala2 bangasawan di pantai barat USA teruatama di New York.

Kemudian Alva Edison ada cipta macam kamera mudah alih tp berat nak mampuih dan adala 2,3 penusaha film cari tempat yg panas sepanjang tahun. Tempat tu ialah di Los Angeles, California. Nama tempat tu ialah Hollywood. kalo ada member yg kata dia pi bercuti musim winter kat Los Angeles, mmg sah laa member tu tipu (pasai ada kes..hehehe nak nipu, tp geography failed hahahha). Berbalik pada topik yaa. so depa pun bikin laa filem.

Kemudian berduyun2  poduser filem turun kat Hollywood dan bikin studio besar2 punya dan pada era 20an adalah era filem bisu. Macam2 citer ada tp yg org sekarang pun tahu ialah Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, pelakon komedi terhebat filem bisu. Masa ni market filem hollywood adalah seluruh benua Aerika dan Eropah saja, belum meluas lagi....kita kat tanah melayu dulu era ni adalah era wayang kulit dan pentas bangsawan.

Masa filem bisu ni dah muncul film star. Pastu masuk era 30an, suara diperkenalkan, masa ni ada kelam kabut sikit kat cinema2 Amerika. Tgh2 tgk wayang suara lambat keluar dan kadang2 suara perempuan jadi besar dan lambat...kalo tgk filem sedih dgn masalah ni, filem sedih tu boleh jadi filem lawak. Tapi lama kelamaan pada mid 30an masalah suara dapat diatasi dan Hollywood adalah pengeluar filem terbesar di dunia.

Dan pada 1939, filem epic Gone with the Wind menjadi filem termasyur di seluruh dunia, dan lagi filem animinasi pertama di dunia oleh Walt Disney dgn filem Snow White betul2 menaikkan Hollywood, malah Hitler pun suka filem kartun ni. Lepas WWII, kuasa Hollywood berkembang lagi dan studio2 besar seprti Metro Goldwin Meyer, Universal Picture, Columbia Pictures betul2 menguasai dunia perfileman dgn filem2 budget mega blockbuster.

Filem The Ten Commandments, The Sand of Iwojima, Singing in The Rain, Ben Hur, The Thief of Baghdad...dan filem2 besar lain betul2 buat duit punya malah ketika ini kuasa lobi Hollywood boleh menggoncang White House. Kemuadian pada 60an televisyen pulak ada (50an dah ada kat USA daah), jadi industri filem merosot tapi naik balik bila video keluar pasai depa selain jual filem kat cinema, video pun bole buat duit jugak dan sekarang CD plak.....

Dan sekarang walaupun filem Hollywood adalah yg terhebat dari segi teknoloji dan kualitinya (tak termasuk jalan cerita ya) tpi Hollywood berada di tangga ke 3 pengeluar filem terbedar dunia di belakang Nigeria (Nollywood) dan India (Bollywood, Mollywood, Woodwards grape water suma tuuu).

Thursday, February 14, 2013

USA - Part 9



Revolusi sains dan industri

Masa perang saudara Amerika dulu macam2 penciptaan khas untuk peperanagn dibuat khasnya oleh pihak utara. Selepas perang tamat segala teknoloji dan pnciptaan2 tersebut dihalakan untuk menaikkan ekonomi USA. Contohnya seperti landasan keretapi. Beribu2 km jaringan landasan keretapi ni berselirat di utara dan proses pengembangannya meluas terus ke selatan...salah satu faktor kemenangan Union ke atas Confederates adalah supplies yg efisyen disebabkan lalauan keretapi yg banyak ke atas bandar2 yg dikuasai Union.

Telegraph dan Morse code. Berpuluh ribu tiang2 menghubungkan kabel untuk teegraph dibina oleh pihak utara sewmasa perang dulu dibina kemidian disambung terus ke wilayah2 selatan dan perhubungan semakin mudah,,,walaupun cara main tekan2 panjang pendek atas satu litar tp message akan sampai......sebelum ni pakai Phony Express (utusan naik kuda) dan yg best sekali pasang unggun api, pakai asap tutup buka dgn kain pastu pukul gendang dan baca mentera...kahkahkah!!!!

Message dan laluan keretapi semakin melonjakkan ekonomi USA. laluan landasan keretapi dan talian telegraph adalah yg terbesar sekali di dunia pada 1890an.  Kemudian penciptaan telefon lak oleh Alexander Graham Bell (bukan gigi geraham ya) Dia ni mmg inventor US. Sikit2 telefon menggantikan telegraph...tak payah nak ketuk2 litardgn Morse Code...skang boleh dgr suara pulak...bertambah laju laa lagi ekonomi Uncle Sam dol ni...Eropah yg sebelum ni mendominasi dunia seakan2 ketinggalan dah...mereka semua memandang ke Amerika.

Dan ramai2 pulak org2 eropah ni berduyun2 berhijah ke USA termasuk bermacam2 pakar, saintis, propesyenal, peniaga2 yg berjaya dan yg tak berjaya dan juga bandit2 serta mafia2 dari Italy. Dan org yahudi dari eropah barat dan timur (mereka ni banyak pi New York). Tak lama lepas tu Thomas Alva Edison plak bikin gempak siut!!! kalo org2 dulu mesti ingat kuasa ajaib punya atau ada bela jin.....Dia ni suda kasi cipta lampu atau bulb pakai eletrik dan pencipraannya ini adalah gemilang bagi manusia manuisa yg hidup di dunia ini....malam dah boleh buat macam2 aktiviti pasai dah teranng!!

Kemudian  meluas ke bandar2 besar dan USA pada masa ini adalah negara terhebat dari segi Industri dan pencapaian sains. Itu belum cukup gak lagi.....Pada 1890an juga German dah mula buat kereta sebenar... Gottlieb Daimler sudah bikin satu kereta pakai petrol...depa buat pakai tangan dan merebak ke negara maju eropah seperti France, UK, Italy tu suma... Tapi pada awal 1900an kalu tak sillap pada 1904 kut...itu Henry Ford suda bikin gempak lagi satu kali...Dia boleh buat kereta secara besar2 an....

Bukak kilang besar dan hasilkan kereta pertama Model T secara rapid sekali dan adala machine2 asas untuk buat komponen model T ni......Haaaa....meleleh air liur pengeluar kereta eropah nengokkan.....ni nak perbetulkan sikit fakta...buku teks sejarah sekolah rendah masa 70an dulu mengatakan bahawa Henry Ford adalah pencipta kereta, fakta itu ada sikit tersasar....Henry Ford adalah pengasas perngeluaran kereta besar2an.

Total model T dihasilkan adalah sebanyak 15 juta buah sehingga tahun 1927. Total ini hanya berjaya dipecahkan oleh kereta Jerman yg diilhamkan oleh Adolf Hitler iaitu Volkswagen Beetle iaitu sebayak 21 juta buah...phew!!!



Sunday, February 10, 2013

USA - Part 8



Black Movement

CHAPTER 7 kisah Ku Klax Klan....depa kasi pressure Blacks ni last2 man laa nak tahan diorang. Jadi banyaklaa organisasi2 dan persatuan org kulit hitam ni tumbuh tapi tak berapa kuat laa. Dan pada tahun 1920an ada satu org kulit hitam yg bernama Wallace Fard ni tubuhkan satu organisasi yg makin lama makin besar dan pada tahun 1960an irganisasi yg ditubuhkan Wallace telah menkadi maju dan ramai org2 kulit hitam seluruh USA joined.

Nama pertubuhan ni ialah "Nation of Islam". nak tau lebih lanjut pi kat Album kisah sejarah dan klik kat bendera bulan sabit terbalik ngan bintang latar warna merah dan ada huruf J n F tu...Bendera dia ni sekali pandang macam bendera Turki. Ada nama Islam kan? Tapi sebeanrnya pertubuhan ni hanyalah untuk kelangsungan bangsa kulit hitam Amerika atau Black supremacy aje. Kalo tgkkan amalan depa mmg bercanggah dgn amalam Islam.

Mr.Fard adalah founder kumpulan ni dan masa Elijah Muhammad, kumpulan ni begitu kuat dan adakala berani melawan pihak berkuasa dan salah sorang org kuatnya ialah Malcom X. Dia selalu mencabar kumpulan2 kulit putih dan adakalanya sampai ada pertempuran2 antara mereka. Dan lagi pada tahun 60an jugalah Martin Luther King Jr.muncul dgn kuasa tekanan diplomasinya ke atas kuasa omputih...malah dunia pun mengenalinya.

Tekanan2 dari kumpulan2 inilah yg membawa kepada kebebasa yg lebih meluas bagi org2 kulit hitam Amerika. Pada masa perang dunia pertama tak ada sorang pun anggota tentera kulit hitam yg diberikan peluang berjuang di barisan depan, tukang masak, tukang kebun tentera ada laa. Perang dunia kedua mereka (kukit hitam) mmg ada berjuang dibarisan depan tapi sedikit dan cerita2 kenberanian mereka dipinggirkan cuma sekarang mereka akur tentang kehebatan tentera kulit hitam ini.

Masa perang Vietnam laa, tentera2 kulit hitam diberi peluang sebesar2nya untuk bertempur tp pegawai berpangkat besar masih kurang. Bermula perang Iraq baru laa nampak equal antara omputih dan kulit berwarna berdasartkan kemampuan mereka.

Pada 1890an, teknoloji telah berkembang pesat di USA...siapa dia Thomas and friends? bukan ketapi tu....yg ini...Thomas Alva edison dan kengkawanya seperti Alexander Graham bell, Henry Ford, Samuel Morse...nnt kita sambung...

Saturday, February 9, 2013

British Infantry Zulu War







Italeri skala 1:72 dgn cat acrylic

USA - Part 7


Ku Klux Klan

 

Selepas tamat perang besau iaitu perang saudara Amerika, Undang2 memansuhkan hamba abdi dijalankan. Jadi takde lagi boleh simpan hamba. Kalu nak org kulit hitam ni kerja kat ladang2 mereka kat wilayah selatan tu, majikan2 bekas warga Confederate ni kena hire  atau gajikan mereka, kalo tidak...boleh, mmg boleeeeh, boleh belah. Jadi majikan2 kat selatan tu tentu sekali berasa rugi (sebenarnya masih untung tp untung menyusut).

Jadi mereka mmg rasa sungguh tak puas hati...pastu tgk plak kehidupan org2 kulit hitam ni semakin maju  dan dah nak sama ngan mereka plak...jadi mereka berasa macam terancam laa sikit..kemudian ada antara mereka menubuhkan satu kumpulan racists dgn motto white supremacy nya...apa2 hal org kulit putih laa kepala...org kulit hitam kena tunduk kat mereka macam sebelum perang dulu....kumpulan ni makin lama makin besar, bila dah besar kuasa2 tempatan pun takut nak tegur...

Dan bermula pada 1865, kumpulan racist yg dinamakan Klu Klax Klan telah memulakan aksi ganas tersohor mereka. Merka akan membelasah org kulit hitam ni bila nampak dan pada waktu2 tertentu mereka akan membakar rumah org2 kulit hitam y mereka aim dan mereka akan gantung sesiapa org kulit hitam yg mereka tak suka sampai mati kat dahan pokok dan kemudian mereka akan membakar salib...menandakan mereka berkuasa...Klu Klax klan Powerrr!!!!.

SElalaunya perkara2 ni berlaku kat bandar2 terpencil atau pekan2 teropencil di selatan Amerika. Mererka kerap memnaggil og kulit hitam ni Nigger! Kadang2 pihak berkuasa tempatan tak leh nak buat apa pun. Maka ramai laa yg jadi mangsa. Benda ni bukan setakat tahun2 1800an, malah memasuki abad ke 20 teruntama kemucaknya pada 1920an.
Kebayakkan wilayah2 terpencil kat selatan amerika ni dah macam pakai dasar Apertheid kat Afrika Selatan dulu....

Org kulit hitam tak leh naik bas yg sama, tak leh masuk kedai yg sama...ada klas tinggi dan rendah...malah pada tahun 60an pun Cassius Clay (Muhammad Ali) pun didiskrimainasi dizaman kanak2nya...tak boleh naik bas yg ada anak org kulit putih....dan hey day Klu Klax Klan ni adalah pada 1925 dgn keanggotaan sehingga 6 juta org kulit putih.

Ada juga kes2 bunuh org kulit hitam dibawa ke mahamah tapi pastu kes sapu bawah tikar aje...white man kata...lu sapaaa, we are the master!!!!! Jadi org2 kulit hitam ni sungguh tertekan. Asyik kena pressure aje tak habih2...oleh kerana itu maka tertubuh laa pulak kumpulan2 kulit hitam ni yg memperjuangkan kebebasan mereka...maka muncullah nama2 besar org kulit hitam Amerika ni plak seperti....Wallace Fard, Martin Luther King, Elijah Muhammad, Malcom X dan baaanyakk lagiii.....