Sunday, July 17, 2011

Mustapha Kamal Atatturk

Siapa tak kenal kamal Ataturk...macam2 versi orang yg satu nih. Dalm buku teks  sejarah pada 70an beliau dikatakan bapa pemodenan Turki. kemudian pada kunun2nya kebangkitan Islam di Malaysia pada 80an beliau dikatakan sebagai orang yg sesat dan kemudiannya menyebabkan keruntuhan nilai2 Islam di Turki.
Malah ada buku2 yg tidak diletakkan nama pengarang mengatakan beliau mati tak diterima bumi dan air 7 lautan dunia pun tak cukup pasai haus sebelum dia meninggal dunia.

Juga dikatakan rumah nya sering disiram paip bomba pasai panas sgt...beliau tak tahan. Begitulah tahap kebencian sesetengah dari kita terhadapnya. Kalo mengikut sejarah perang Gallipoli memang dipimpin oleh beliau di bawah seorng Fieldmarsyal Jerman Liman von Sanders . Andaikata Gallipoli jatuh, Turki sendiri akan dijajah oleh British dan Perancis dan kemungkinan wilayahnya akan dipecah2kan. Tapi British dan perancis kalah teruk kat situ.

Saya menolak kalo kat Gallipoli ni dikatakan konspirasi barat. Fakta yg diberikan mereka sungguh mudah sekali....kasi belasah mati ratus ribu termasuk geng2 kita sekali lepas tu kita lantik Ataturk jalankan misi kita.
Yg jelas British dan Perancis bermati2an nak jajah Turki dan hasilnya 220 ribu askar dia mati camtu aje...konspirasi ke tu? Turki masa tu masih lagi empayar Uthmaniyyah dgn bantuan Jerman tak dapat dinafikan bermati2an mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan 200 ribu lebih jugak yg menjadi korban...konspirasi jugak ke?

Kita ni terlalu taksub dgn kekuatan Yahudi sampaikan semua yg berlaku tu adalah planning konspirasinya. Pada hal sebenarnya dia mencuba proksinya iaitu British dan Perancis tetapi gagal.
Kemudian Ataturk ni naik dan dia belasah habis semua lawan2nya di Turki supaya dia boleh fokus ancaman luar dan terakhir sekali ialah Sultan. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah ni barulah Ataturk ni buat dasar dia termasuk yg pelik2 seperti tak bleh pakai tarbus, azan dalam bahasa turki dan macam2 lagi.

Dan dasar sekularisma beraja di hati. Mungkin kat sini jarum2 pihak barat dah masuk. Nak belasah Turki dlm perang tak mampu, so depa buat baik dan kat sini laa mulanya (jangan sesekali mengatakan kejayaan perang Gallipoli adalah konspirasi-Itu adalah kejayaan mutlak empayar Uthmaniyyah).
Seteleh berpuluh tahun di bawah sekularism yg begitu ekstrem sekali jadi seperti yg saudara lihat, mereka nak sembahyang pun segan2 dan siap gelak2 lagi adalah perkara lumrah di Turki terutama area Eropah, kemungkinan di wilayah Anatolia masih ramai lagi yg tekun mengerjakan ibadat. Serupa jugak laa wilayah bekas Soviet Union dulu seperti belakng dia ada TAN TAN tuh. Ambil masa sikit.


Mustapha Kamal Ataturk

No comments:

Post a Comment