Monday, February 7, 2011

WWII Europe and North Africa Theatre V

Selain dari Leningrad, fokus utama Hitler adalah ibu kota
Soviet tu sendiri iaitu Moscow. Field Marsyal Von Bock,
Guderian dan Kesselring dgn kekuatan sejuta askar dan
ribuan tank dan armament lain telah pun sampai di pintu

pagar Kremlin. lebihkurang 20 km dan tembok merah kremlin
dapat dilihat melalui teropong. marsyal Zhukov dan assistannya
Vasilevsky cuba bertahan sedaya upaya dgn kekuatan 1.2 juta
askar tetapi tank dan armament lain cuma separuh berbanding
Jerman.

Red Army Officer

Dimulai dgn blitzkrieg, teruk juga red army kena belasah. Zhukov
pada masa ini cuba menggunakan kelebihan tenteranya yg ramai
untuk menahan kemaraan jerman. Pasukan Von Bock tidak menang
tangan membunuh arus tentera merah ni yg tidak putus2 mara ke

arah mereka. Von Bock masih belum boleh memasuki Moscow
keran tentangan red army ni. Dan pada Dec.1941 red army yg sudah
bersedia dgn alatan musim sejuk berbanding Jerman telah melakukan
counter attack. Diperkuatkan lagi div.Siberia yg terkenal dgn


Red army troops

kemahiran bertempur dlm musim sejuk, mereka telah berjaya
mengundurkan Von Bock sejauh 250km dari Moscow dan dgn
ini telah menyelamatkan Moscow dari ditawan. Eastern Front
bagi Hitler tidak sama lagi seperti sebelumnya kerana mulai

dari saat itulah, tentera Jerman hanya bertahan atau berundur saja
lebih2 musim sejuk yg melanda. Pada masa yg sama Von Paulus
dah masuk Stalingrad, Sevastopol,Crimea teruk dibom oleh railway
gun Dora dan Leopold dan leningrad masih dikepung.


Red Army Snow Dress Uniform

Angka korban di Moscow +-sejuta orang dan 80 peratus Russian.
Stalin dah dapat balik dah semangat dia dan bantuan dari Amerika
juga tak putus melalui jalan darat di Iran dan Vladivostok harbour.
Pada masa ini Rommel masih lagi bertahan di Libya, Jepun pula

bermaharalela di Pacific, British dihalau dari Burma dan bertahan
di India. Atlantik, u-boat masih ancaman utama allied dan Malaya
pada masa itu keseluruhan meriam besar dihala ke selatan
dari Singapura dan kebanyakkan dari 130 ribu tentera Komanwel
berada di pulau singa itu.


Uniform lawa apa lagi...Jerman laa no

Perang Rusia ni kalau tak sebut Stalingrad mmg macam
tak sah. Inilah peperangan paling sengit yg terpaksa
dihadapi oleh kedua2 belah pihak. Bandar ni adlah bandar
industri yg terbesar di USSR.

Lagi satu kalau Jerman dapat mengekalkan penjajahan di
bandar ni, laluan untuk ke Caucasus (simpanan minyak besar)
akan menjadi lebih mudah. So, go and get the city without fail,
pesan Hitler pada komandernya.

Lavochkin LaGG33

Bukan calang2 Jeneral Hitler hantar, Von Manstein dan Von Paulus
serta beberapa lagi dgnsatu tekad...tawan dan control. Bagi pihak
Soviet plak, Stalin dah bagi kata dua pada komander termasuk
Zhukov...hold that city until relief..

Tapi yg betul2 komander kanan yg mempertahankan Stalingrad
ialah Nikita Kruschev. Dia last2 jadi ketua negara Soviet dlm
era perang dingin. Famous mamat ni (Cuban missiles).
So, pada July 1942..Jerman pun serang seperti biasa..blitzkrieg.

Sebelum tu banyak jugak kilang2 didismantlekan dan dibawa ke timur
untuk dioperasikan semula. Binatang2 ternakn semua dah diangkut
sbb Rusia tau dah dia tak boleh nak hold jerman punya serangan. Tapi
lawan tetap lawan. Semuanya tak cukup cuma manpower je meriah.

Bila barisan depan Red army runtuh, Kruschev menghntar human wave
lawn dgn Jerman steel. Tu pasal la jumlah korban Rusia ni begitu tinggi.
ITu je yg ada pada masa tu. Kruschev pikir gak...kalau dia tak buat
camtu, tentu Stalingrad tumbang..Bila Stalingrad tumbang, dia pun sama


Polikarpov Type 24

tumbang laa kat depan firing squad..Stalin, tau je le. Lawan2..jerman tetap masuk dan dapat menguasai 90 peratus bandar tu. Tapi resistance
bawah tanah (lebih dikenali tentera tikus) amat hebat. Jerman masuk
kat bandar kira penuh dgn keseksaan.

Masuk musim sejuk lagilaa....kena pulak dgn kegagalan Luftwaffe
menghantar supplies utk 100 ribu lebih tenera Jerman amat merumitkan
keadaan. Red Army dia dah prepare asas2 utk perang musim sejuk.
Dipendekkan cerita, Red army berjaya menyekat land supplies line

dan seterusnya mengepung the 3rd reich yg mengigil2 kesejukan
kat dlm Stalingrad tu. Dan Red army masuk dgn disokong resistance
yg tersedia ada kat dlm bandar tu. The 6th.army yg dipimpin Von
Paulus...doomed.

Von Paulus trapped dan dia pun menyerah diri (mengenangkan tenteranya yg terseksa) walaupun dihalang Hitler. Marah betul
Fuhrer ni...mesti dia sumpah seranah Von Paulus ni dgn tangan
terketar2,,parkinson. Ini adalah pemimpin tertinggi Jerman



Ilyushin Il 2 Shturmovik
yg pertama kalah di medan perang dan adalah juga kekalahn
pertama Jerman dalam land warfare. Dan di sinilah turning point
peperangan kerana selepas ini Red army pula yg akan mengejar
wehrmacht.

Seramai 750 ribu jerman terbunuh dan cedera dan 90 ribu lebih
jadi tawanan manakala red army hampir 500 ribu terbunuh dan
hilang dan 650 ribu cedera atau sakit. Orang awam pulak lebih
kurang 40 ribu orang.

No comments:

Post a Comment