Wednesday, February 2, 2011

Military Leader Aurengzeb atau Mohyiedeen Muhammed

Pemerintah Empayar Mogul India. Aurengzeb adalah
penakluk Assam,Jodhpur,Bijapur dan golconda (kat India nun).
Lahir pada 3 Nov 1618 di Donat, Gujerat. Beliau adalah anak
ketiga Shah Jahan (Pembina Taj Mahal) dan Mumtaz Jaafar..
ops sori sori..sebenarnya Mumtaz Mahal.

Beliau dibesarkan dgn penuh kemewahan dan mendapat
pendidikan yg secukupnya dan pengikut Sunnah yg taat.
Semasa bapanya sakit selepas kematian Mumtaz Mahal,
abangnya Dara merampas kuasa.

Dara yg tidak begitu mahir hal ehwal militari telah ditumpaskan
oleh Aurengzeb dan bapanya dipenjarakan di sebuah istana
di Agra (sehingga kematian 1666) dan jadilah Aurengzeb
pemerintah Mogul. Semasa pemerintahannya, beliau pernah

Aurengzeb semasa muda

berperang dgn kaum Uzbek dan Parsi selama bertahun2.
So, dgn skil yg ada beliau melakukan campaign expanding
the empire ke selatan dan timur lagi. Pada 1670an tenteranya
menerobos ke wilayah Deccan dan juga sehingga Chittagong

yg sekarag ni terletak di Bangladesh. Pada 1689 Aurengzeb grand
army berjaya mengalahkan Raja Hindu, Sambujhi anak lelaki Sivaji.
walaupun berjaya tapi penduduk Deccan tetap melawan dgn cara
gerila dan wilayah itu sentiasa bergolak. Aurengzeb terpaksa

fokuskan kekuatan army dia kat kaw,ini. Empayar Mogul dibawah
Aurengzeb adalah yg terluas sekali, bolehlah dikatakan seperti
combination India, pakistan dan Bangladesh dan sedikit Afghanistan
kini. Pada hujung pemerintahannya, British dan France dah mula


Aurengzeb yg telah tua sedang membaca al_Quran

masuk sikit2 kat Goa dan pesisir pantai lainnya kunun2 nak bisnes.
Sekali Aurengzeb sudah dpt hidu tujuan mereka dan nah amik ko..
sejumlah pegawai2 british dan tenteranya telah dikurung dan
peristiwa itu diberi nama 'Bilik Gelap'. Ramai gak yg mati. Salah

seorang yg selamat tak salah aku ialah Robert Clive.
So, lepas2 ni tentulah campurtangan tentera British. pada masa ni
Aurengzeb dah mula uzur dah. Nak harap anak2nya seperti
Bahadur Shah dan Muazim..payah dah. Masing2 berebut takhta.

Dah tu pulak masing2 ada pakatan dgn tentera asing, sorang
disupport oleh British dan sorang lagi disupport oleh French.
Habih camna! Setelah uzur sekian lama, maka Aurengzeb pun
meninggal dunia pada 3 mac,1707.

Site Camp kat Deccan

Tak lama selepas tu Empayar yg gah itu pun jatuh dan the new
ruler ialah Syarikat Hindia Timur British (mereka telah berjaya
menghalau perancis). Walaupun maharaja2 masih ada pada masa
tu tapi semuanya hanya sebagi boneka.

Note:
Mengikut cerita2 yg pernah dengarlah...pasai apa Aurengzeb
kurung bapak dia sendiri, bunyi macam zalim je. Shah Jahan
NI akibat terlalu merindui isterinya yg dah pergi..tu yg dia
sanggup buat Taj Mahal tu...dan kosnya memang mahal.

jadi perbendaharaan empayar dah short. Lepas tu tak cukup
dgn yg ini, Shah nak buat biat satu lagi Taj tapi taj hitam,
mengadap2 antara satu sama lain... dan tentulah berganda
lagi kos dan last2 nanti cukai kat rakyat kasi naik.

itulah sebabnya Aurengzeb tempatkan dia dlm istana tu
supaya dia tak ganggu perjalanan pentadbiran kerana Shah
pun dah macam terganggu pemikirannya akibat terlalu amat
merindui isteri yg dicintainya iaitu emak Aurengzeb sendiri.

No comments:

Post a Comment