Serangan Israel ke atas Sinai
Dayan di Sinai 1956
Ini bukan Yom Kippur war 1973 tu. Serangan ni related dgn Suez konflict yg kita cerita dulu pada 1956 tu.
Israel ini bersekongkol dgn Britidh dan Perancis. Anglo-French attack kat pantai manakala Israel pulak
masuk kat Sinai. Kiranya Mesrir ni berdepan dgn dua front. Israel ni mulakan invasion pada 29 oct 1956.
Sebelum tu Gamal Nasser ni tak berapa bimbang sgt Israel ni..dia lebih bimbangkan Anglo-French.
Sementelahn sebelum tu, Jordan dan Syria begitu berapi2 nak attack Israel dan lagi pulak masa tu, kekuatan
Israel belum begitu teruji lagi..cuma baru satu perang aje iaitu pada 1948 ketika terbentuknya Israel.
So Gamal more on focus kat dua kuasa besar tu. Dan kemudian, David ben Gurian bagi lampu hijau pada
tentera Israel utk serangan. kalau nak ikutkan bukanya ada apa sgt kat Sinai tu..
Semennjung tu didominasi oleh gurun aje dan gunung ganang batu dan adalah sikit wadi2 (oasis). Gamal Nasser masa tu terkedu jugak dgn saiz tentera Israel kat Sinai tu. Tunggu jugak action dari Jordan dan
Syria tapi takde. Negara2 tu sebenarnya belum bersedia utk berperang....ancaman utk melancarkan perang
ke atas Israel hanyalah retorik semata2 (tapi perang 6 hari pd 1967 dan Yom Kippur war kedua2 negara ini
amat aktif bersama Mesir membantai Israel). Sinai ni adalah penampan yg baik bagi Israel dan jika Israel dpt Sinai, segala perancangan Mesir utk melakukan serangan akan disekat kat semenanjung tu..takdelah nanti masuk area wilayahnya yg penuh dgn segala kepentingannya berserta pemduduknya. Mula2 sekali
askar payung terjun Irael sudah landng kat Mitla Pass iaitu central Sinai. Kemudian Israel main invasion
masuk Sinai dan ada 2 ketumbukan. Satu ke selatan dan satu direct terus ke Suez. Tentera Mesir boleh tahan jugak tentangannya. Tapi bila Anglo-French mulakan serangan, Gamal terpaksa menarik beberapa
ketumbukan yg sedia terdapat kat Sinai berundur ke barat utk menghadapi Anglo-French pulak.
Jadi setelah pengunduran sebahangian askar mesir, kekuatan Israel lebih dominan lagi. menjelang 5 nov,
boleh dikatakan seleuruh Sinai dah ada dlm tgn Israel. Tapi 2 hari kemudian gencatan senjata diumumkan oleh UN seperti yg kita cerita lepas dan diback up oleh USA. babulu je Jeneral Mosye Dayan yg bermata satu tu (ketua planner Sinai invasion)...dah penat2 takluk..senang2 je suruh balik kat Israel..agak2 macm tulah kata hati dia... Dan 6000 org askar UN (peacekeepers) dtg utk meninjau operasi pengunduran Israel.
Walau apa pun jeneral Mosye Dayan telah menjadi begitu terkenal di Israel dan diangkat sebagi hero..
Yalaa...sebuah negara kecik boleh conquer Sinai (diorang lupa ke? Anglo-French pun ada tolong). Dan
peperangan ini telah menguatkan konfiden Israeli armed forces utk berhadapan sgn org Arab yg mengelilinginya. Ingat sranagn payung terjun Israel kat Mitla Pass itu?
Commander yg mengetuai 202nd Israeli parachute brigade tu ialah Colonel Ariel Sharon..semua org tau
siapa dia kan? Dia beserta 395 askar landed 3km tersasar dari drop zone...tapi managed to hold kaw.tu.
Dia sepatutya kena tunggu main infantry samapi baru advance...tp yg sampai dulu ialah armour ringan seperti keretakebal ringan AMX 13 tu...tu pun cuma 13 buah je dgn askar infatry sikit.
Dia malas nak tunggu..dia order supya teruskan seranagn dga apa yg ada dan berjaya pulak tu...last sekali
kat kawasan El Thamad..masa ni dia cuma ada 2 tank je yg tinggal, tp dpt tawan jugak Thamad tu.
Kat Tel Aviv, Sharon dah jadi kontroversi.....sebab main ikut kepala sendiri aje ( tak ikut arahan) tp
Jeneral osye Dayan defended dia...last2 jadi hero jugak dia kat sana. Tak tau le sumber yg aku dpt ni betul ke tidak....tp mcm2 resource yg dpt...mmg itulah die...
So, sudahnya Sinai dikembalikan kpd Mesir semula...dan selepas tu negara2 Arab lebih fokus bagaimana
utk menghadapai Israel dan dari beberapa peperanagn Arab-Israel cuma Yom Kippur War 1973 tu nampak Arab ada kemajuan sikit dan juga kebolehan pejuang Hezbollah dlm peperang di Lubnan beberapa tahun lepas...
Kekuatan Mesir di Sinai
---------------------------
keretakebal 150 buah
meriam 140 buah
aircraft 60 buah
tentera 40 ribu
kekuatan Israel di Sinai
---------------------------
keretakebal 180 buah
meriam 150 buah
aircraft 130 buah
tentera 45 ribu
Gamal Abdel Nasser ni akrab dgn Presiden USSR iaitu Nikita Kruschev
No comments:
Post a Comment