Thursday, May 19, 2011

Battle of Penang

Pernah dengar tajuk ni? Bila peristiwa ni berlaku? antara siapa dgn siapa?
Biasanya kalo ada battle2 ni lebih2 lagi lokasi kat semenanjung sudah tentulaa antara British dgn Jepun ye tak? Kali ni bukan antara mereka.
Period berlakunya battle ni pun bukan zaman WWII.

Ni laa nak citer nih!!!! Laughing
Okaylaa battle of Penang ni berlaku betul2 pada awal WWI iaitu perang dunia yg pertama (1914-1918) pada 1914. Watak utama dalam battle ni ialah sebuah kapal perang berkuasa arangbatu yg bernama SMS Emden.

Emden ni ialah kapal perang Imperial German Navy. Masa tu Hitler dgn nazi belum ada lagi. masa ni jerman di bawah Pemerintahan monarki beraja Jerman iaitu kaiser Wilhelm II (William II) dan misai dia lagi lawa dari Hitler.

Sebelum Emden ni sampai Penang, Kapal yg diketuai oleh kapten Von Muller dah belasah depoh minyak British kat Madras dan beberapa buah kapal dagang. Tak cukup dgn tu 6 bijik kapal dagang mostly British depa kasi tenggelam. Terperanjat british nih.

Sebelum kita citer hal Penang, kita tgk kronoloji SMS Emden ni. Bila mulanya WWI, Emden ni ada kat Tsingtao, China. Kat situ ada sikit koloni Jerman seperti jugak negara2 eropah yg lain. Kemudian dia belayar kat Pasifik dan masa tu banyak pulau2 pasifik yg jadi milik Jerman seperti Solomon Island, Marianas...jadi ada port baik punya.

Pastu dia sail masuk lak area Dutch east Indies (Indonesia) termasuk Timor dan Lombok...ada laa jumpa kapal perang Belanda tapi Belanda masih neutral...Kaptain kapal Belanda siap jemput Von Muller aboard kapal dia dan bg refreshment kat anak2 kapal Emden dan yg penting dia ada supply arangbatu.

Dari situ dah dapat task dari imperial army..suh pi attack mana2 kapal British, dan dia pun set sail pi ke benua India. Seperti yg kita citer memula tadi, dia dah blasah depoh minyak British kat Madras. Dan selepas attacked Madras, SMS Emden ni adalah kapal yg paling dikehendaki oleh British dan ia menjadi buruan utama.

Tapi Von Muller ni brilliant, sepantas kilat dia datang dan sepantas kilat laa dia menghilang. Sekarang Emden fokus Penang pulak pasai dia tau kat situ ada port penting British selain Singapura dan Port Swettenham (Port Klang). British pun tak tau Emden ni sedang menghala ke Penang.

Serupa mcm madras....tiba2 je Emden ni dah sampai Pulau Pinang. Dan apa yg ada kat port tu masa tu ialah sebuah kapal perang Rusia Zhemchug (international lak...mcm2 bangsa lak ada kat penang ni). Von Muller kasi torpedo 2 kali kat Zhemchug dan bersepai kapal tu...tenggelam laa suda. kapten kapal Rusia masa tu takde kat situ.

Dgr citer beliau kena jail dek Rusia sebab kapal tu adalah tanggungjawab dia. SMS Emden cepat2 beredar dari Penang Harbour. Tapi ada sebuah kapal destrroyer Perancis (kemungkinan masa tu ada dekat2 perairan Penang) iaitu Mousquet sudah follow SMS Emden ni dan sudah kasi attack kapal imperial Jerman nih.

Von Muller sedar ada kapal follow dia dan setelah dia pasti cuma sebijik je, dia pun kasi buat u-turn dan attack lak Mousqet.. last2 kapal Perancis tu pulak yg karam dikerjakan oleh SMS Emden nih. Sisteship Mousqet, Pistolet and Fronde cuba raid Emden tapi dah terlambat, Emden sempat lari dan Emden sempat selamatkan 36 anak kapal Mousqet...

So begitulaa kesudahan Battle of Penang nih...
Kisah SMS Emden seterusnya? nanti laa kita citer under tajuk lain...


Laughing Laughing



SMS Emden



Bendera German Imperial Navy

No comments:

Post a Comment