Sunday, May 29, 2011

WWII Technologies Carro Armato M13/40



Carro Armato M13/40 -----------------------------
Crew: 4
Berat: 14 ton
Ukuran: Panjang 4.92m,lebar 2.2m, tinggi 2.38
Enjin: 1 SPA TM40 lapan selinder
berenjin diesel 125 kuasa kuda.
Perfomance: max road speed 32km sejam
Jarak 200km
Senjata utama: 47mm 32 calibre gun

Keretakebal ni adalah senjata utama tentera darat
Italy dlm perang dunia kedua. Digunakan dgn meluas
di Afrika Utara. Tidak selesa kepada crew dan kuasa
tembakan yg kecik dan lagi, ketebalan armournya
membolehkan ianya begitu mudah utk dimusnahkan.
Banyak keretakebal ini ditinggalkan begitu saja ketika
bertempur oleh crewnya akibat ketidakyakinan mereka
berdepan dgn keretakebal British.



Thursday, May 26, 2011

BMW R750




Crew: 2
Berat : 307kg
Enjin: 750cc BMW 26 kuasa kuda
Perfomance: max road speed 112km sejam
Jarak: 338km
Era WWII

Digunakan dgn meluas dikeseluruhan front baik
di Afrika, Rusia dan Eropah Barat. Biasanya untuk
mat despatch dan pemerhati yd biasanya dilekatkan
side car disebelahnya. Motor ni tahan lasak dan amat
digemari oleh unit2 transport. Zundapp juga
digunakan oleh tentera Jerman.

Wednesday, May 25, 2011

SMS Emden final voyage

Itu hari last kita citer kisah dia ialah battle of Penang. Kemudian mana pulak agak2 dia pergi. Jangan lupa dia ada selamatkan 36 anak kapal Perancis, Mousquet yg dia karamkan tu. Dari 36 pow tu 3 org akhirnya maut akibat kecederaan parah. Kapten Von Muller dan anak kapalnya kebumikan mereka dgn full honour ikut istadat ketenteraan ke laut.

Kemudian SMS Emden ni tahan satu kapal kargo steamer British, Newburn. Kecut perut mengigil2 anak2 kapal tu. Tapi rupanya bukan nak kena blasah tapi kapten Von Muller nak pindahkan pow Perancis yg seramai 33 orang tu kek kapal kargo tu. Punyalaa gumbira anak2 kapal Newburn dan 33 pow Perancis tuh...siap lambai2 tgn kat Emden (agak2nya laa).

Masa ni SMS Emden dah jadi target kapal2 berikat. 60 kapal keemuanya nak cari Emden ni. Von Muller plak kalo buleh nak cari lagik mangsa, so dia masuk lak kat selat Sunda dan terus pegi ke pulau Cocos. Sebelum tu dia singgah kat Direction Island dan kasi turun askar seramai 50 orang dgn diketuai leftenan Helmuth von Mücke pasai nak kasi runtuhkan wireless station British.

Von Mucke berjaya dlm misinya dgn rintangan kecil dari British. Tapi masalah pulak kat kapal. Ada satu kapal perang sudah datang, sudah tentu laa kapal musuh. Lagi besar pulak dari Emden, Kapten Von Muller takdak choice dah, dia terpaksa angkat sauh dan melarikan diri barang seketika dan meniggalkan Leftenan Von Mucke serta anak buahnya.

Apa2 pun Von Muller kena musnahkan kapal musuh tu dulu sebelum selamatkan Von Mucke. kapal musuh tu sebnarnya adalah kapal British koloni Australia punya, HMAS (His Majesty Australian Ship) Sydney.
Sydney ni lagi laju. So dia kejor yop kejor. Emden dlm pada lari2 tu sempat lak tembak kat Sydney.

Sibiji meriam utama dan penentu jarak Hmas Sydney rosak teruk. Tapi Emden pun teruk gak kena...adala dekat2 100 peluru dah kena badan Emden ni. jadi ndak tak ndak Von Muller kena larikan diri untuk mengelakkan kapalnya dari terus tenggelam. tapi iyelaa nak lari camna, awak dah laa cedera parah, kawan tu lagi besar, laju lak lagi..dapat laa dikejarnya.

Kapten kapal HMAS Sydney, John Glossop tgk Emden ni pun dah macam nyawa2 ikan tapi bendera tempur dia masih lagi berkibar so Glossop bagi signal suh surrender tapi takde jawapan...jadi Sydney re opened fire. Maka tersadai musnahlaa the great Emden nih. Glossop lepas perang ada kata, dia rasa macam pembunuh plak kasi attack lagi kapal yg dah yak bermaya tu, tapi apa kan daya, keadaan memaksa.

131 crew terkorban dan 65 lagi cedera. kapten Von Muller dan yg terselamat terus jadi tahanan sampai perang tamat. Camna pulak kisah Leftenan Von Mucke dan 50 orang askarnya tu kat pulau Direction?
Setelah menenggelamkan Emden HMAS Sydmey pi kat pulau tu pasai dia tau ada askar Jerman kat situ tapi bila sampai hari dah malam. kapten Glossop tunggu sehingga pagi bila hari dah cerah untuk serangan.

Apakah nasib Von Mucke serta anak buahnya...nanti ler citer Laughing Laughing


SMS Emden wreckage


HMAS Sydney....mmg tough nampak bentuk kapal ni..kira kapal dreadnough ni...

Thursday, May 19, 2011

Battle of Penang

Pernah dengar tajuk ni? Bila peristiwa ni berlaku? antara siapa dgn siapa?
Biasanya kalo ada battle2 ni lebih2 lagi lokasi kat semenanjung sudah tentulaa antara British dgn Jepun ye tak? Kali ni bukan antara mereka.
Period berlakunya battle ni pun bukan zaman WWII.

Ni laa nak citer nih!!!! Laughing
Okaylaa battle of Penang ni berlaku betul2 pada awal WWI iaitu perang dunia yg pertama (1914-1918) pada 1914. Watak utama dalam battle ni ialah sebuah kapal perang berkuasa arangbatu yg bernama SMS Emden.

Emden ni ialah kapal perang Imperial German Navy. Masa tu Hitler dgn nazi belum ada lagi. masa ni jerman di bawah Pemerintahan monarki beraja Jerman iaitu kaiser Wilhelm II (William II) dan misai dia lagi lawa dari Hitler.

Sebelum Emden ni sampai Penang, Kapal yg diketuai oleh kapten Von Muller dah belasah depoh minyak British kat Madras dan beberapa buah kapal dagang. Tak cukup dgn tu 6 bijik kapal dagang mostly British depa kasi tenggelam. Terperanjat british nih.

Sebelum kita citer hal Penang, kita tgk kronoloji SMS Emden ni. Bila mulanya WWI, Emden ni ada kat Tsingtao, China. Kat situ ada sikit koloni Jerman seperti jugak negara2 eropah yg lain. Kemudian dia belayar kat Pasifik dan masa tu banyak pulau2 pasifik yg jadi milik Jerman seperti Solomon Island, Marianas...jadi ada port baik punya.

Pastu dia sail masuk lak area Dutch east Indies (Indonesia) termasuk Timor dan Lombok...ada laa jumpa kapal perang Belanda tapi Belanda masih neutral...Kaptain kapal Belanda siap jemput Von Muller aboard kapal dia dan bg refreshment kat anak2 kapal Emden dan yg penting dia ada supply arangbatu.

Dari situ dah dapat task dari imperial army..suh pi attack mana2 kapal British, dan dia pun set sail pi ke benua India. Seperti yg kita citer memula tadi, dia dah blasah depoh minyak British kat Madras. Dan selepas attacked Madras, SMS Emden ni adalah kapal yg paling dikehendaki oleh British dan ia menjadi buruan utama.

Tapi Von Muller ni brilliant, sepantas kilat dia datang dan sepantas kilat laa dia menghilang. Sekarang Emden fokus Penang pulak pasai dia tau kat situ ada port penting British selain Singapura dan Port Swettenham (Port Klang). British pun tak tau Emden ni sedang menghala ke Penang.

Serupa mcm madras....tiba2 je Emden ni dah sampai Pulau Pinang. Dan apa yg ada kat port tu masa tu ialah sebuah kapal perang Rusia Zhemchug (international lak...mcm2 bangsa lak ada kat penang ni). Von Muller kasi torpedo 2 kali kat Zhemchug dan bersepai kapal tu...tenggelam laa suda. kapten kapal Rusia masa tu takde kat situ.

Dgr citer beliau kena jail dek Rusia sebab kapal tu adalah tanggungjawab dia. SMS Emden cepat2 beredar dari Penang Harbour. Tapi ada sebuah kapal destrroyer Perancis (kemungkinan masa tu ada dekat2 perairan Penang) iaitu Mousquet sudah follow SMS Emden ni dan sudah kasi attack kapal imperial Jerman nih.

Von Muller sedar ada kapal follow dia dan setelah dia pasti cuma sebijik je, dia pun kasi buat u-turn dan attack lak Mousqet.. last2 kapal Perancis tu pulak yg karam dikerjakan oleh SMS Emden nih. Sisteship Mousqet, Pistolet and Fronde cuba raid Emden tapi dah terlambat, Emden sempat lari dan Emden sempat selamatkan 36 anak kapal Mousqet...

So begitulaa kesudahan Battle of Penang nih...
Kisah SMS Emden seterusnya? nanti laa kita citer under tajuk lain...


Laughing Laughing



SMS Emden



Bendera German Imperial Navy

Wednesday, May 18, 2011

Queen Victoria

Zaman keemasan empayar British adalah ketika pemerintahan Queen ni.
Lahir pada 1819 shingga kematiannya pada 1901. Pada 1900 empayar British adalah sebesar2 empayar. sampaikan ada pepatah mengatakan matahari tak pernah terbenam apabila melalui jajahannya dari New Zealand hingga ke Kanada.

Kalau kita umat Muslim, azan tak pernah set down...betul tak? Dan zaman Victoria Navy British mmg tiada tolok bandingnya. Kalau Roman dgn dgn kepakaran pembuatan jalan2 batu untuk ke tanah jajahan, British lak adalah kerana kuasa lautnya. Vctorian Age adalah lambang kemegahan empayar British.

Victoria ni kahwin muda. dia jadi Queen dulu, umur baru 18 tahun..sebab2 dia jadi queen wa tak brapa paham laa..dah baca banyak kali pun confused gak. Jadi biasa laa..muda2 ni mana ada pengalaman jadi org laa kena tolong..kadang2 tolong2 pun ambik kesempatan..Jadi PM British masa tru LOrd Melbourne cadangkan supaya Victoria ni kahwin.

Jadi kahwin laa dia. nak tau kawin ngan sapa...Bukan British tapi dgn orang Jerman iaitu Prince Albert. Prince Albert ni org kata mmg genius...So takda lagi org2 nak amik kesempatan keatas Queen. Mereka suami isteri sama2 mentadbir empayar. Masa perang Crimea, Prince Albert banyak tolong Queen ni.
Queen ni ada 9 anak. Suaminya Prince Albert cuma hidup 42 tahun aje akibat demam kepialu. Kehilangan Albert mmg amat mendukacitakan Queen..lama jugak dia tak nak bersosial. Bahkan setiap hari dia akan keluarkan baju2 Albert pada waktu pagi sampai laa umur dia 60an akibat rindu pada suaminya.

Queen Victoria digelar Grand Mother of Europe. apsal? sebab 9 org anaknya telah berkahwin dgn pelbagai kerabat diraja Eropah bahkan hingga ke Rusia. 2 dari 9 anaknya dihinggapi penyakit Hemepholia. dan salah satu cicitnya yg juga ada penyakit ini ialah anak Tsar Nicholas II dari Rusia iaitu Alexis...ada ingat cerita dia..seluruh ahli keluarga Tsar ni dibunuh oleh komunis termasuk Alexis sekali.

satu lagi ialah Emperor Jerman masa WWI iaitu Kaiser Wilhelm II. Wilhelm II ni adalah cucu kepada Queen Victoria ni dan dia ada ketika mengusung keranda Queen pada 1901. Aneh tak..pada perang dunia pertama Kaiser Wilhelm II berperang jugak dgn sepupu sepapatnya iaitu Tsar Nicholas II......

Gambar pada 1897

Sunday, May 15, 2011

We No Speak Americano


Tajuk asal dia ialah "Tu vuò fà l'americano" dlm Italian. Diorang ubah2 sikit terus jadi tajuk "We No Speak Americano". Lagu tahun 1956, kemudian ada satu band Australia, Yolanda be cool pada tahun 2009 sudah bikin remix kat lagu nih maka ni laa hasilnya....video tu original punya tu band diketuiai Renato Carosone....


Wednesday, May 11, 2011

The Talalla Brothers

Cerita ni mungkin tak ramai yg tahu. Yg kita tahu orang Malaya dulu memnag ada berperang di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura dan kisah landasan keretapi Burma tu berserta peperangn Borneo masa perang dunia kedua dulu. Biasanya yg kita dgr askar2 kita terdiri dari infantry dan navu saja.

Bagaimana pula dgn air force, mungkin ada, sebagai ground crew termasuk paratroopers seperti Force 136. Tapi pernah tak kita terpikir bahawa rakyat Malaya dulu ada yg jadi fighter pilot during war years dulu. Bukan kat sini tapi kat Eropah dari battle of Britain sampai laa invasion kat Normandy, Perancis sehingga laa tamat perang.

Percaya tak? ni yg nak citer nih...cer cerite cer cerite..... Laughing
Oklaakit amula dari A laa. Hewage Benjamin Talalla adalah rakyar Ceylon (Sri Lanka), pada awal 1900an dia dah merantau kat tanah melayu dan kemudian jadi warga malaya. Dia ni keturunan Sinhalese (yg lawan Tamil Eelam tuh). Datang sini sengkek je tapi berkat rajin dia dah jadi kayaraya.

Dia ni minat kapalterbang, dia ada masuk club penerbangan. kemudian dia ada anak2 lelaki yg bernama Henry dan Cyril Talalla. Depa ni semua skolah kat Victoria Institution kat KL tuh. Depa pun belajar bawak kapalterbang dan kira master laa. Hewage ni patriotik sikit orgnya, so bila masuk je perang pada 1939, dia pi suruh 2 org anaknya join RAF.

Last2 dua2 anaknya dapat masuk RAF dari zon Malaya laa. Yg lain semuanya keturunan eropah. Dua2 pi kat Canada belajar bawak fighter aircraft seperti Hurricane dan Spitfire. Start je battle of Britain Henry dan Cyril terus bawak hurricane lawan Jerman. Beratus sorties jugak depa terbang. Depa bertempur hinggalah invasion day iaitu D-Day di Normandy.

Masa ni depa berdua dah pakai fighter aircraft canggih lagi iaitu Hawker Typhoon yg bawak roket kat dua2 kopaknyo tu. Aaa kat sini sedih sikit, salah sorang dari mereka telah terbunh akibat ditembak Jerman 88 anti aircraft dekat Caen. Pihak marquis iaitu gerila bawah tanah Perancis telah mengkebumikan Henry. Cyril masih berjuang tapi tak lama kemudian dia jadi RAF pilot instructer.

Cyrill ada balik Malaya dan keluarga depa pun selamat walaupun Jepun conquer Tanah Melayu ni dulu. Hewage taulaa anaknya Henry terbunuh dan dia sendiri pi kat Perancis dan desak pihak authority French dan British cari kubur anaknya dan masa tu laa tau Pihak marquis yg tanam dan berdasarkan serial nbr aircraft dan tag nama kat rangkanya.

Mayat Henry kemudian dialihkan ke dataran yg menempatkan kubur besar soldadu2 yg gugur semasa pendaratan Normandy. dan sampai sekarang once a year upacara mengingati dan menaikkan bendera dilakukan dan salah satu bendera tu ialah bendera Malaysia berdasarkan tanah tumpah darahnya..Malaya.


Cyrill dgn Queen Mother kat RAF base kat England

Henry kat RAF airstrip sebelum dia hilang kat Caen

Dua org Mayor kat bandar2 dlm Caen mengabadikan nama Henry Talalla kat sebatang jalan

Gambar kiri- Henry masa training kat Canada.
Gambar kanan - Cyril kat belah tengah tu.

Saturday, May 7, 2011

Claude Choules, Last WWI Combat Veteran Dies


Nama seperti yg tercatat di atas adalah the last combat veteran survivor of WWI atau perang dunia pertama yg berlaku pada tahun 1914 hingga laa 1918. Bayangkan dah dekat 100 tahun perang tu berlaku tapi masih ada lagi veteran perang tu. Nak tau berapa umur Mr.Choules ni, umurnya adalah 110 tahun ketika dia meninggal dunia dalam tidur pada 5 May 2011.

Mr.Choules ni masa dia masuk British navy unur dia under age, baru 15 tahun, menjelang tamat the great war ni umurnya mencecah 19 tahun. Tak tahu laa Mr.Choules ni ada amik bahagian dlm Battle of Gallipolli di Turki tu sebab British Navy pun terlibat sama. Kalau tidak tentu banyak maklumat eyewitness dari Mr.Choules ni. Terperanjat jugak dgr masih ada vet WWI ni lagi.. veteran WWII (1939-1944) atau perang dunia kedua pun susah nak cari sekarang nih.

Mr.Choules ni lahir pada 1901 di UK dan joined British navy. Lepas perang tamat dia migrate ke Australia dan kat sana dia pun joined HMAS (His Majesty of Australian Navy - masa tu King). Takde pulak dgr cerita dia ada join WWII. Masih ada lagi sorang veteran WWI ni iaitu Britain's Florence Green. Tapi dia bukan pi perang punya tapi non-combatant role. Dia berkhidmat dgn RFC Royal Flying Corps. Umur pun sama 110 tahun ketika ini.

Tuesday, May 3, 2011

Suez Conflict III

Serangan Israel ke atas Sinai


Dayan di Sinai 1956

Ini bukan Yom Kippur war 1973 tu. Serangan ni related dgn Suez konflict yg kita cerita dulu pada 1956 tu.
Israel ini bersekongkol dgn Britidh dan Perancis. Anglo-French attack kat pantai manakala Israel pulak
masuk kat Sinai. Kiranya Mesrir ni berdepan dgn dua front. Israel ni mulakan invasion pada 29 oct 1956.
Sebelum tu Gamal Nasser ni tak berapa bimbang sgt Israel ni..dia lebih bimbangkan Anglo-French.


Sementelahn sebelum tu, Jordan dan Syria begitu berapi2 nak attack Israel dan lagi pulak masa tu, kekuatan
Israel belum begitu teruji lagi..cuma baru satu perang aje iaitu pada 1948 ketika terbentuknya Israel.
So Gamal more on focus kat dua kuasa besar tu. Dan kemudian, David ben Gurian bagi lampu hijau pada
tentera Israel utk serangan. kalau nak ikutkan bukanya ada apa sgt kat Sinai tu..


Semennjung tu didominasi oleh gurun aje dan gunung ganang batu dan adalah sikit wadi2 (oasis). Gamal Nasser masa tu terkedu jugak dgn saiz tentera Israel kat Sinai tu. Tunggu jugak action dari Jordan dan
Syria tapi takde. Negara2 tu sebenarnya belum bersedia utk berperang....ancaman utk melancarkan perang
ke atas Israel hanyalah retorik semata2 (tapi perang 6 hari pd 1967 dan Yom Kippur war kedua2 negara ini


amat aktif bersama Mesir membantai Israel). Sinai ni adalah penampan yg baik bagi Israel dan jika Israel dpt Sinai, segala perancangan Mesir utk melakukan serangan akan disekat kat semenanjung tu..takdelah nanti masuk area wilayahnya yg penuh dgn segala kepentingannya berserta pemduduknya. Mula2 sekali
askar payung terjun Irael sudah landng kat Mitla Pass iaitu central Sinai. Kemudian Israel main invasion


masuk Sinai dan ada 2 ketumbukan. Satu ke selatan dan satu direct terus ke Suez. Tentera Mesir boleh tahan jugak tentangannya. Tapi bila Anglo-French mulakan serangan, Gamal terpaksa menarik beberapa
ketumbukan yg sedia terdapat kat Sinai berundur ke barat utk menghadapi Anglo-French pulak.
Jadi setelah pengunduran sebahangian askar mesir, kekuatan Israel lebih dominan lagi. menjelang 5 nov,


boleh dikatakan seleuruh Sinai dah ada dlm tgn Israel. Tapi 2 hari kemudian gencatan senjata diumumkan oleh UN seperti yg kita cerita lepas dan diback up oleh USA. babulu je Jeneral Mosye Dayan yg bermata satu tu (ketua planner Sinai invasion)...dah penat2 takluk..senang2 je suruh balik kat Israel..agak2 macm tulah kata hati dia... Dan 6000 org askar UN (peacekeepers) dtg utk meninjau operasi pengunduran Israel.


Walau apa pun jeneral Mosye Dayan telah menjadi begitu terkenal di Israel dan diangkat sebagi hero..
Yalaa...sebuah negara kecik boleh conquer Sinai (diorang lupa ke? Anglo-French pun ada tolong). Dan
peperangan ini telah menguatkan konfiden Israeli armed forces utk berhadapan sgn org Arab yg mengelilinginya. Ingat sranagn payung terjun Israel kat Mitla Pass itu?


Commander yg mengetuai 202nd Israeli parachute brigade tu ialah Colonel Ariel Sharon..semua org tau
siapa dia kan? Dia beserta 395 askar landed 3km tersasar dari drop zone...tapi managed to hold kaw.tu.
Dia sepatutya kena tunggu main infantry samapi baru advance...tp yg sampai dulu ialah armour ringan seperti keretakebal ringan AMX 13 tu...tu pun cuma 13 buah je dgn askar infatry sikit.


Dia malas nak tunggu..dia order supya teruskan seranagn dga apa yg ada dan berjaya pulak tu...last sekali
kat kawasan El Thamad..masa ni dia cuma ada 2 tank je yg tinggal, tp dpt tawan jugak Thamad tu.
Kat Tel Aviv, Sharon dah jadi kontroversi.....sebab main ikut kepala sendiri aje ( tak ikut arahan) tp
Jeneral osye Dayan defended dia...last2 jadi hero jugak dia kat sana. Tak tau le sumber yg aku dpt ni betul ke tidak....tp mcm2 resource yg dpt...mmg itulah die...


So, sudahnya Sinai dikembalikan kpd Mesir semula...dan selepas tu negara2 Arab lebih fokus bagaimana
utk menghadapai Israel dan dari beberapa peperanagn Arab-Israel cuma Yom Kippur War 1973 tu nampak Arab ada kemajuan sikit dan juga kebolehan pejuang Hezbollah dlm peperang di Lubnan beberapa tahun lepas...


Kekuatan Mesir di Sinai
---------------------------
keretakebal 150 buah
meriam 140 buah
aircraft 60 buah
tentera 40 ribu

kekuatan Israel di Sinai
---------------------------
keretakebal 180 buah
meriam 150 buah
aircraft 130 buah
tentera 45 ribu



Gamal Abdel Nasser ni akrab dgn Presiden USSR iaitu Nikita Kruschev