Saja Nak Share III
Saja nak share III....
Kita tau dulu kaum Quraisy ni mmg jahil, tupasala kita sebut arab jahiliah. sampai tanam anak perempuan hidup2, minum arak, judi, zina...ala macam sekarang laaa...kat KL pun ada apa!! Arab jahiliah buat sesuka hati depa semua.
Tapi bila masuk kat bab kaabah diorang respect, tau nak jaga elok kaabah tu, pantang laa sapa2 ada nak mencemar kaabah, mata pedang laa jawabnya. Apasal?
Ada ingat tahun gajah? Tahun Rasullullah lahir dan pada masa itu ada satu tentera besar nak datang nak kasi runtuk kaabah...ada ingat?
Tentera besar itu adalah tentera Abrahah dari Yaman siap dgn gajah2. Masa dulu kalo tentera tu ada gajah ianya diibaratkan seperti kereta kebal laa sekarang. Sekarang pun keta kebal pun tak kebal sebab ada anti tank suma....dulu mana ada! kena pijak ngan gajah lagi ada laaa....takuutt!!! Kaum Quraisy dah tau dan Masa tu Datuk Rasullullah iaitu Abdul Mutalib yg jaga Mekah.
Mereka tau bahawasanya mereka tak berdaya nak lawan Abrahah. Dan dgn tak disangka2 dgn mata kepala mereka sendiri terlihat tentera Abrahah ni hancur lumat kena serang dgn Burumg Ababil dgn membawa batu2 berapi....Ibarat macam seranagn jet fighter ke atas column tank........So macamna dgn org Quraisy tu?
Dan semenjak peristiwa itu laaa, mereka mengetahui sesuatu bahawa kaabah ni ada sesuatu yg special, ada satu kuasa dibalakang kaabah ni dan hukuman maha dasyat akan menimpa sesiapa yg memperlekehkan kaabah...tahap pemikiran majoriti org Quraisy macam tu laa...takat itu saja tapi maksiat lain buat gak.
Ada juga segelintir org yahudi dah nampak benda yg tersurat dalam kitab mereka dan masanya telah sampai, seorang nabi akan muncul.......
No comments:
Post a Comment