Monday, November 7, 2011

Saja Nak Share III

Saja nak share III....
Kita tau dulu kaum Quraisy ni mmg jahil, tupasala kita sebut arab jahiliah. sampai tanam anak perempuan hidup2, minum arak, judi, zina...ala macam sekarang laaa...kat KL pun ada apa!! Arab jahiliah buat sesuka hati depa semua.

Tapi bila masuk kat bab kaabah diorang respect, tau nak jaga elok kaabah tu, pantang laa sapa2 ada nak mencemar kaabah, mata pedang laa jawabnya. Apasal?
Ada ingat tahun gajah? Tahun Rasullullah lahir dan pada masa itu ada satu tentera besar nak datang nak kasi runtuk kaabah...ada ingat?

Tentera besar itu adalah tentera Abrahah dari Yaman siap dgn gajah2. Masa dulu kalo tentera tu ada gajah ianya diibaratkan seperti kereta kebal laa sekarang. Sekarang pun keta kebal pun tak kebal sebab ada anti tank suma....dulu mana ada! kena pijak ngan gajah lagi ada laaa....takuutt!!! Kaum Quraisy dah tau dan Masa tu Datuk Rasullullah iaitu Abdul Mutalib yg jaga Mekah.

Mereka tau bahawasanya mereka tak berdaya nak lawan Abrahah. Dan dgn tak disangka2 dgn mata kepala mereka sendiri terlihat tentera Abrahah ni hancur lumat kena serang dgn Burumg Ababil dgn membawa batu2 berapi....Ibarat macam seranagn jet fighter ke atas column tank........So macamna dgn org Quraisy tu?

Dan semenjak peristiwa itu laaa, mereka mengetahui sesuatu bahawa kaabah ni ada sesuatu yg special, ada satu kuasa dibalakang kaabah ni dan hukuman maha dasyat akan menimpa sesiapa yg memperlekehkan kaabah...tahap pemikiran majoriti org Quraisy macam tu laa...takat itu saja tapi maksiat lain buat gak.
Ada juga segelintir org yahudi dah nampak benda yg tersurat dalam kitab mereka dan masanya telah sampai, seorang nabi akan muncul.......

Saj Nak Share II

Saja nak share II...
Kaabah...siapakah yg membina kaabah. Kalo dulu kita selalu dgr org2 tua cakap malaikat bina dan siapa masuk dalam kaabah bila pandang atas boleh terus nampak syurga. Iyelaa dulu tak tau kan. Sebenarnya Kaabah adalah buatan manusia. Manusia yg membinanya ialah Nabi Allah Ibrahim dgn dibantu oleh anaknya, Nabi Ismail.

Adalah dipercayai bentuknya tak sama macam bentuk Kaabah sekarang. Bentuk Kaabah sekarang adalah semenjak banjir yg berlaku pada zaman Nabi Muhammad masih muda lagi. Ada ingat kisah konflik Hajarul Aswad yg kemudiannya diselesaikan dgn cara yg bijaksana oleh Rasullulah. Masa zaman tulah pembinaan balik kaabah dgn bentuknya sekarang.

Semasa era pemerintahan Umayyah iaitu Khalifah Yazid, telah berlaku peperanagn saudara sesama mukmin dan berlanjutan sampai ke Mekah dan bangunan Kaabah hampir musnah. Dan pembinaan balik dilakukan mengikut bentuk sebelum peperangn saudara itu.

Ada ingat sebelum ni umat Islam kiblatnya ialah dia Baitul Maqdis. Pada masa Hijrah (624M) ke Madinah Nabi telah mendapat wahyu dan berubahlah arah kiblat umat Islam dari baitul Maqdis ke Kaabah di Mekah.

Saja Nak Share

Pembunuhan pertama di dunia - Qabil telah membunuh adiknya,Habil disebabkan tidak berpuashati dgn pasangannya yg kurang lawa yg dijodohkan oleh bapanya. Sebaliknya Habil mendapat pasangan yg lawa.
Setelah membunuh Habil, Qabil tak tau nak buat macamana...kemudian dia terlihat dua ekor burung bergaduh, pastu seekor burung mati dan yg hidup tu korek tanah dan tanam burung yg mati tu dan dari situlah Qabil mendapat idea cara mengebumikan jenazah adiknya.
Siapa itu Qabil dan Habil, mereka itu adalah anak Nabi kita iaitu Nabi Adam Alaihi salam. Dan Allah memberi petunjuk kepada mereka dgn membawakan burung2 tersebut.
·