Jadi serangan hit and run platun Onoda terus berlaku dan sampai satu tahap pasukan Onoda ni terputus terus hubungan dgn markas tentera Jepun dan dia pun terus berada dalam hutan. Nak tahu sampai bila dia kat dalam hutan tu? Sampai tahun 1974.....yea 1974, 30 tahun pi duduk dalam hutan tu. Depa pun tak tau yg perang dah tamat lama daah!
Daripada 1 platun tinggal 3 org askar di bawah Leftenan Onoda ni....Mereka ialah Prebet Yuichi Akatsu (menyerah pada 1950), Kopral Shoichi Shimada (mati dalam hutan pada 1954) dan Prebet Kinshichi Kozuka (terbunuh akibat berbalas tembak dgn polis Filipina pada 1972). Jadi pada 1972 Onoda hanya keseorangan berjuang di dalam hutan tu,
Bukannya takde askar Amerika, kemudian kerajaan Filipina bagi tau mereka dgn loud speaker kat tepi hutan, taburkan risalah tamat perang dari udara, tapi kedegilan dan semangat kental Onoda dan teman2nya tetap tak percaya, mereka percaya itu hanyalah propaganda Amerika dan mustahil Jepun kalah perang. bayangkanlah 30 tahun.....
Kemudian depa panggil org2 Jepun sendiri malah saudara mara yg dikenal pasti pujuk pakai loud speaker supaya keluar dan kembali ke Jepun, takdenya Onoda ni reply. Onoda dan org2nya survive dgn sumber hutan sebagi makanan dan sekali sekala mereka akan mencuri lembu ke, kambing penduduk kampung dan beras. Kumpulan Onoda beberapa kali bertempur dgn polis serta penduduk kampung dan total orang awam yg terbunuh selepas perang adalah 10 orang.
Tu yg kawan dia sorang tu Prebet Kozuka terbunuh ketika engaged dgn polis. Selepas Kozuka terbunuh tu yg Omoda ni berlembut sikit. Kemudian ada sorang jepun ni jadi perantaraan antara polis dan Onoda. Onoda kata dia takkan keluar menyerah selagi dia tak dapat arahan dari komander dia masa perang dulu. nasib baik laa ada sorang lagi ketua dia yg masih hidup.
Major Taniguchi yg pada ketika itu adalah seorang penjual buku sanggup untuk pergi ke Filipina nak pi pujuk Onoda ni. Bila dia dengar suara Taniguchi, barulaa dia keluar dan menyerah diri secara terhormat kpd pihak berkuasa Filipina. Pehhh...punya kental semangat Leftenan Onoda ni. Kemudian pihak berkuasa pun check laa barang2 yg dia ada serta pemeriksaan perubatan ke atas Onoda.
Punya hairan doktor! punyalaa sihat walafiat Onoda ni walaupun umur dah mengjangkau 52 tahun pada 1974 tu. Gigi dia langsung takda karang gigi atau rosak berlubang ke.....Onoda kata dia jaga badan dia dgn barangan buatan hutan...gosok gigi dgn batang2 pelepah kelapa, makan minum dgn air serta santan kelapa semua, dan lagi senapang dan peluru yg tinggal pun tak berkarat..mmg rapi penjagaannya.
Kemudian Presiden Filipina ketika itu iaitu Marcos ampunkan dia dan dibenarkan pulang ke Jepun.....mmg masa tu jadi headline paper satu dunia. kat Jepun disambut seprti wira. Kemudian Onoda kahwin dan migrate ke Brazil dan menjadi tokey ternak lembu. Laa ni dia balik kat Jepun balik set upkan camp2 self survival di seluruh jepun untuk anak2 muda Jepun.
Beliau sekarang berumur 89 tahun (2011) dan sekarang menetap di Jepun.
Leftenan Hiroo Onoda ketika muda
Onoda ketika menyerah diri pada 1974, complete dgn uniform lusuhnya.
No comments:
Post a Comment