Friday, September 30, 2011

Leftenan Hiroo Onoda

Leftenan Onoda ni adalah komando elit tentera Jepun masa peranag dunia kedua dulu. Pada december 1944, Onoda telah dihantar ke Filipina untuk conduct misi gerila lawan Amerika. Masa tu askar Amerika di bawah Jeneral Mac Arthur dah mula menggempur Filipina dan askar Jepun pulak semakin berundur ke utara. Jadi sampai2 je Onoda dan platunnya dah mula masuk hutan bikin serang hendap askar Amerika.

Jadi serangan hit and run platun Onoda terus berlaku dan sampai satu tahap pasukan Onoda ni terputus terus hubungan dgn markas tentera Jepun dan dia pun terus berada dalam hutan. Nak tahu sampai bila dia kat dalam hutan tu? Sampai tahun 1974.....yea 1974, 30 tahun pi duduk dalam hutan tu. Depa pun tak tau yg perang dah tamat lama daah!

Daripada 1 platun tinggal 3 org askar di bawah Leftenan Onoda ni....Mereka ialah Prebet Yuichi Akatsu (menyerah pada 1950), Kopral Shoichi Shimada (mati dalam hutan pada 1954) dan  Prebet Kinshichi Kozuka (terbunuh akibat berbalas tembak dgn polis Filipina pada 1972). Jadi pada 1972 Onoda hanya keseorangan berjuang di dalam hutan tu,


Bukannya takde askar Amerika, kemudian kerajaan Filipina bagi tau mereka dgn loud speaker kat tepi hutan, taburkan risalah tamat perang dari udara, tapi kedegilan dan semangat kental Onoda dan teman2nya tetap tak percaya, mereka percaya itu hanyalah propaganda Amerika dan mustahil Jepun kalah perang. bayangkanlah 30 tahun.....


Kemudian depa panggil org2 Jepun sendiri malah saudara mara yg dikenal pasti pujuk pakai loud speaker supaya keluar dan kembali ke Jepun, takdenya Onoda ni reply. Onoda dan org2nya survive dgn sumber hutan sebagi makanan dan sekali sekala mereka akan mencuri lembu ke, kambing penduduk kampung dan beras. Kumpulan Onoda beberapa kali bertempur dgn polis serta penduduk kampung dan total orang awam yg terbunuh selepas perang adalah 10 orang.


Tu yg kawan dia sorang tu Prebet Kozuka terbunuh ketika engaged dgn polis. Selepas Kozuka terbunuh tu yg Omoda ni berlembut sikit. Kemudian ada sorang jepun ni jadi perantaraan antara polis dan Onoda. Onoda kata dia takkan keluar menyerah selagi dia tak dapat arahan dari komander dia masa perang dulu. nasib baik laa ada sorang lagi ketua dia yg masih hidup.


Major Taniguchi yg pada ketika itu adalah seorang penjual buku sanggup untuk pergi ke Filipina nak pi pujuk Onoda ni. Bila dia dengar suara Taniguchi, barulaa dia keluar dan menyerah diri secara terhormat kpd pihak berkuasa Filipina. Pehhh...punya kental semangat Leftenan Onoda ni. Kemudian pihak berkuasa pun check laa barang2 yg dia ada serta pemeriksaan perubatan ke atas Onoda.


Punya hairan doktor! punyalaa sihat walafiat Onoda ni walaupun umur dah mengjangkau 52 tahun pada 1974 tu. Gigi dia langsung takda karang gigi atau rosak berlubang ke.....Onoda kata dia jaga badan dia dgn barangan buatan hutan...gosok gigi dgn batang2 pelepah kelapa, makan minum dgn air serta santan kelapa semua, dan lagi senapang dan peluru yg tinggal pun tak berkarat..mmg rapi penjagaannya.


Kemudian Presiden Filipina ketika itu iaitu Marcos ampunkan dia dan dibenarkan pulang ke Jepun.....mmg masa tu jadi headline paper satu dunia. kat Jepun disambut seprti wira. Kemudian Onoda kahwin dan migrate ke Brazil dan menjadi tokey ternak lembu. Laa ni dia balik kat Jepun balik set upkan camp2 self survival di seluruh jepun untuk anak2 muda Jepun.


Beliau sekarang berumur 89 tahun (2011) dan sekarang menetap di Jepun.

                                                Leftenan Hiroo Onoda ketika muda    

Onoda ketika menyerah diri pada 1974, complete dgn uniform lusuhnya.


        

 

Monday, September 26, 2011

HACHIKO


Nama anjing ni Hachiko. nampak aje camtu tp besar citernye. citer ni dapat dari kawan forum yg kebetulan baru balik dari Jepun dan pusing2 muzium kat sana. Kisah anjing ni bermula pada 1924. Ada sorang profesor dari university Tokyo amik anjing ni jadi pet dia la. Dia la bg nama Hachiko dan dia bela dari kecik le. Dan bila dia besar sikit Hachiko mmg stby kat stesen keretapi Shubuya tunggu tuan dia balik...

Setiap hari sebelum kul 5 hachiko mesti dah sampai kat Stesen Shibuya...dia ada instict..tau je pulak kul 5 tu. Setahun lebih itulaa routine Hachiko kena pulak Profesor tu pun jaga dia dgn baik. Sampai laa pada satu hari may 1925. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tuan dia tak sampai2...tapi dia tunggu jugak. Rupa2nya tuan dia dah mati pada hari tersebut kat university tempat dia mengajar,

Hachiko ni punya laa setia, dia tunggu gak dan pada hari tu sampai malam dia tunggu.Beso tu kul 5 dia pi lagi kat stesen tu tunggu lagi tuan dia...Nak tau berapa lama dii tunggu tuan dia...SEMBILAN TAHUN.....sampai dia mati pun kat betul2 tempat dia tunggu tuan dia kat stesyen keretapi Shibuya pada 1935. Org ramai yg biasa lalulalang kat stesyen tu pun tau Hachiko ni dan depa bagi makan minum pasai kesian tgk Hachiko tunggu buah yg tak gugur.

Kisah Hachiko ni dulu jadi berita besar kat Jepun sampaikan teks buku sekolah depa pun citer kisah kesetiaan yg boleh dijadikan contoh. Dan tugu Hachiko skang ada depa buat betul2 kat tempat Hachiko tunggu tuannya. Rupa2nya filem kisah ni ada main kat Astro lakonan Richard Gere tapi ubah situasi laa tp mmg kisah Hachiko ni...