Friday, April 8, 2011

Al Andalusia Part 3

Jadi Emir Andalus ni developed macam2, dari segi pertahanan sampai lah
ke sosial dan ekonomi kat region ni. Puak2 Kristian kat utara tu pun tak
berani nak acah2 Andalus ni pasal pengalaman lalu (buat masa ini).
Banyak jugak benda2 baru dibawak masuk oleh org Arab yg mana org2
tempatan tak pernah tahu pun. Fesyen pakaian org arab baik lelaki dan
perempuan menjadi ikutan seluruh kaum di Andalusia. pada 900an M
kalo tak silaplaa, kerajaan Umaiyah yg berpusat di Damsyik telah dijatuhkan

oleh Bani Abbasiyah (Abbasid) dan pusat pemerintahan berlalih ke Baghdad.
jadi salah seorang keluarga Umaiyah iaitu Abd Rahman Ad-Dakhili telah
berjaya melarikan diri ke Andalus dan seterusnya mendirikan saki baki
empayar Bani Umaiyah dia Andalus. Jadi pada masa ini, kuasa besar Muslim
ada 2, satu di Baghdad dan satu lagi di Cordoba, Andalus. Kedua2 kuasa ni
bolehlah dikira bermusuhan tapi setahu aku, tidak ada major battle antara
kedua2nya. Bidang intelektual dan keilmuan pada masa mmg amat gah sekali
bagi kedua2 empayar Islam ini.

Mereka saling bersaing mendirikan Universiti terhandal dan juga para

ilmuan handalan bagi empayar Islam agung ini. Abd Rahman telh menganggap
Andalus adalah tanah tumpah darahnya, sekaligus memajukan segalanya2
ditanah Andalus ini. Pada masa ini bandar2 di sini dah mempunyai lampu jalan
dan sistem yg amat teratur dan kota Cordova dengarnya mempunyai sehingga
500 ribu penduduk berbagai kaum temasuk Muslim, Kristian dan Yahudi. Ini
amat berbeza sekali dibandingkan dgn wilayah Kristian di utara dan seluruh
Eropah kecuali Byzantium. Kota kerjaan Rom Timur iaitu Constantinople pun
dah kalah dgn Cordoba, Toledo, Seville.

Benua Eropah bolehlah dikatakan sebagi benua gelap pada masa itu. Berduyun2
org eropah yg mampu datng belajar di universiti2 di Andalus ini terutama universiti
Cordoba. Kerjaan Umaiyah Andalusia amat bertoleransi agama. kafir Zimmi dijaga
dgn sepatutnya. orang Yahudi pula setelah disingkirkan dari Eropah menganggap
Andalusia trmpat yg selamat bagi mereka dan taraf sosio budaya mereka, ekonomi
telah mengkat, bahkan ada yg sampai memegang jawatan2 penting negara.
Tapi keharmonian ini tidak berkekalan, antara 711 m hingga 1085M..ini adalah
masa keemasan Andalus. Pada 1000an M, pejuang2 Kristian telah bangkit di utara
dan telah dpt menawan wlayah2 utara Andalus dan mendirikan state2 seperti

Aragon dan Castille dan makin lama semakin kuat lak. Dan pada 1085M mereka
telah dpt menawan wilayah penting Andalaus iaitu Toledo, dan pada 1236 wilayah
emas yg menmpatkan universiti2 terbaik dunia pada masa itu, Cordoba telah jatuh
ditangan Kristian. Dan pada masa ini hanya wilayah Granada yg terletak di sebelah
selatan semenanjung Iberia dipunyai puak Islam. Dan pada lingkungan dekad ini
jugalah Baghdad di Iraq jatuh ditangan Hulagu Khan, seorang pahlawan Monggol
yg datang dari asia tgh. Ada dgr phrase ini tak? Sungai euphrates dan tigris telah
menjadi warna hitam akibat buku2 intelektual umat Islam dicampakkan ke dlm
sungai2 tersebut........


 

apparaa perenggan jadi camni plak...puas ksi alter, srupa gak....sorry aaa!

No comments:

Post a Comment