Tuesday, March 27, 2012

USA - Part 5

Hamba Abdi
USA ni kalo tak citer pasal hamba abdi (slavery) mmh tak sah. Macam minum kopi O takdak gula. Misal kata la Slavery tak dak kat USA dulu sudah tentu takda irama jazz, blues dan kaum kulit hiram di Amerika sekarang ni. Ini adalah kisah sedih dalam sejarah USA., mengenai penindasan melampau2 dan kezaliman melampau10x kaum kulit putih yg tadak langsung hati perut. Kalau kita tgk sekali imbas, nampak macam buruh paksa aje tapi sebenarnya lebih dari itu.

Jadi bison atau elk lagi bagus dari jadi hamba abdi kat USA ni. Mereka ni dilayan bukan sebagai manusia, silap sikit, lambat ke...pasti tali ikan pari tu akan hinggap kat badan hamba2 ni. Anak bini hamba2 kalau yg dah kahwin tu akan dibuat sesuka hati oleh majikan kulit putih mereka. Dipisahkan mereka atau dijual pada majikan lain utk dapat untung, yg mana ada rupa2 Beyonce tu majikan pi simpan kat rumah buat jadi tukang masak dan sebagainya. Ada juga majikan yg baik tapi sikit sgt.

Mini series tahun 70an dan 80an seperti Roots (Kunta Kinte), Centennial dan North and South ada paparkan kesengsaraan kaum hamba ni. Masa British lagi perdagangan hamba abdi pada 1600an dah berkembang. Kena pulak ladang2 tembakau, kapas semakin membesar jadi manpower amat2 diperlukan. Sebelum tu mmg ada buruh afrika yg dibawa masuk dan setelah tamat tempoh, buruh Afrika ni dilepaskan dan bebas. Tapi lama kelamaan majikan2 ni rasa tak berbaloi, kena pulak pulak buruh2 yg dilepaskan tu telah mempunyai skil yg tinggi.

Jadi depa pun pakat2 bikin hamba abdi paksa punya dan agen2 dihantar kat Afrika untuk memburu org2 Afrika untuk dijadikan hamba. Yg dibawa masuk ke USA tu bukannya asal2 ugama Kristian. Ada yg animisma, Islam pun ada tapi bila sampai kat majikan kulit putih ni, mereka dikristiankan secara otomatik. Itu pasal laa bila org kulit hitam Amrika ni sekarang bila mereka cari susur galur mereka kat Afrika, mreka dapati ancestornya adalah oprg Islam belaka.

Ini berlaku pada pengarang buku novel Roots, iaitu Alex Haley. Dia buat buku tu berdasarkan research dia mengenai nenek moyangnya dan mmg moyangnyalah yg bernama Kunta Kinte tu dan dia adalah Muslim. kebanyakkan hamba2 ni kemudiannya banyak di daerah2 selatan kerana di sinilah emas putih (kapas) beratus ribu hektar ladangnya. kemudian nampak la lampu minyak tanah kat hujung terowong gelap tu.....Pada 1860 Abraham Lincoln bercadang untuk memansuhkan hamba abdi ni........

Gambar related dgn Notes: USA chapter 8
Malcolm X dan Cassius Clay yg kemudian bertukar nama - Muhammad Ali..the greatest boxer tu. Ali ni masuk Islam pasai tertarik dgn Nation of Islam ni sebab organisasi ni kuat melawan ketidakadilan sistem berat sebelah. Tapi kemudian Ali sedar dan dia mengikut jejak Malcom X ni keluar dari NOI dan melafazkan kalimah syahadat dan menjadi Islam Sunni. kedua2nya arwah Malcolm dan Ali telah menunaikan Haji di Mekah......

Thursday, March 22, 2012

USA - Part 4

Post War Period

Lepas perang kemerdekaan tu....US dah ada kerajaan sendiri dgn 13 negeri tu la dan George Wasington ni jadi Presiden Pertama. Dia pegang 2 penggal aje selama 8 tahun, Lepas dia, John Adams dan Thomas Jefferson plak jadi Presiden yg ke 3. Masa siThomas and friends ni laa US ni benar2 expand. Pada 1803 dia ada buat deal dgn pihak Perancis. Perancis tawar tanah dia kat tgh2 US (skang ni) ni untuk dijual kat Kerajaan baru ni. Thomas and friends setuju beli dgn harga sekitar 60 juta francs pada masa tu, USD 219 juta saje pada nilai hari ni...mmg berbaloi2.

Pasai apa Perancis jual? Pasai masa tu Perancis di bawah Napoleon Bonaparte tgh berperang besau dgn kuasa2 eropah lain. Perang besau tu namo eh ialah Napoleonic War. Jadi wang masyuk mesti banyak. Maka bertambah2 luas laa wilayah US ni. Lagi satu proses menghambat Native American (Red Indian) terperosok ke barat lagi supaya tanah2 mereka dapat diambil org org kulit putih ni. Peperanagn antara kerajaan US ni dgn puak2 Red Indian banyak jugak masa ni.

Tak cukup belasah Red Indian, USA ni pulak saja cari pasal dgn Mexico plak. Mula2 wilayah Texas yg besae tu mmg rg Mexico punya. Kemudian Mexico bagi laa peluang org2 kulit putih US ni bangunkan wilayah tu... tapi tu laa dia ompitih ni...bagi jari nak lengan, bagi lengan nak seluruh tgn. Begitulaa yg terjadi pada Mexico ni. Omputih ni dah buat Texas ni mcm atuk nenek dia punya company je. Jadi diktator Mexico masa Jeneral Santa Anna pun hantar bala tentera untuk amik balik Texas. Omputih yg duk situ melawan...emmm apalagi perang laa.

Teruk omputih ni dikerjakan dek Santa Anna dan omputih ni pun berundur
ke kubu terakhir iaitu ALAMO. Last2 koloni omputih ni pun surrender laa dan Santa Anna ni conquer balik Texas (ada filem kisah ni tajuk dia ALAMO jugak). Jeneral Santa Anna pun perasan la yg dia kuat dan dia sendiri menggelarkan diri dia Napoleon of the west. Tgh gelak2 ala ala Aziz satar mcm dlm filim alibaba BL tu, tup2 militia2 kulit putih dgn bantuan tentera US sudah mara.

Dan peperang antara US dan Mexico pun berlaku. Last2 Santa Anna ni kalah teruk sampaikan capital Mexico iaitu Mexico City pun dah kena tawan dek USA. Jadi peace agreement pun dibuat laa dan syarat2nya ialah dekat separuh wilayah Mexico kena bagi kat USA termasuk California dan Texas dan banyak lagi dan Mexico tinggal seperti yg ada skang...bengang je Mexico. Habih nak buat camna, dah kalah. Punyalaa besar territory. Tu pasal laa nama2 seperti Los Angeles, Santa Barbara, New Mexico, Las Vegas, Buena Vista tu semua berbau Sepanyol...pasai asalnya mmg Mexico yg berbahasa Sepanyol yg punya....

Dan lagi masa Thomas Jefferson ni, ramai explorer dah ke barat untuk expedisi menjelajah. Yg terkenal ialah Louis and Clark (komik superman mmg amik nama depa ni laa bikin watak..tak payah susah2 writer tu nak pikiaq) dgn bantuan waniTA Red Indian iaitu Sacawajea (cer tgk night in the museum). Bila dapat peta US gomen pun kasi claim laa wilayah tu mereka yg punya...terhenyak laa lagi kaum Red Indian ni....tu yg besau nampak US ni skang...ada lagi wilayah dia dapat lepas ni...nanti laa citer.... 


Wednesday, March 21, 2012

USA - Part 3

American Revolutionary War 

Mula2 British nak kenakan cukai dagangan seperti teh. Jadi para pemberontak buat satu party.Party ni dikenali sebagai Jamuan teh Boston (Boston Tea Party)...mmg jamuan besar2 an ni hehehe...nak tau camna jamuannya. Kotak2 kayu yg penuh dgn daun teh dari 3 kapal company British iaitu Syarikat Hindia Timur British semuanya kasi humban ke dalam laut kat Boston Harbor. Sebabnya tak setuju dgn dasar percukaian yg dikenakan oelh British, lebihkurang camtu le.... 

Bertitik tolak tarik semua, maka Boston Tea Party adalah pemangkin kpd pemberontakan yg lebih besar. Kemudian 13 koloni tu pun bergabung dan mereka sebulat suara memilih untuk tidak terikat dgn British lagi...depa kata " Pigi laa lu British". Jadi takkan British nak diam je, 13 koloni tu adalah wang masyuk bagi mereka, mesti grip mereka. British pun hantar la askar lebih ramai lagi kat situ utk kuatkan cengkaman. 

13 koloni pun tak duduk diam...bikin protes besar2an dan pada 1775 perang pun bermula kat Boston jugak. Jadi perang ni terus merebak. Tapi 13 koloni yg kemudian dikenali sebagai American ini tidak keseorangan. Ada aid dari Perancis, Belanda dan Sepanyol. Ketiga2 negara ni mmg tegang kat eropah nun, jadi depa nak bagi lemahkan British laa. Salah seorang pejuang Perancis terkenal yg berkhidmat bersama American ialah Lafayette..last2 terbunuh gak dia kat sinun. 

George Washington adalah Jeneral besar American ni. Mula2 mmg seksa George ni, manakan tidak, lawannya iaitu British mempunyai Navy terunggul, army yg tersusun dan berdisiplin berbanding American yg kebanyakkannya macam militia aje. Tapi adviser dari perancis yg banyak beri tunjuk ajar tektik dan teknik....sila tgk filem Patriot lakonan Mel Giibson...mmg era itu. 

Perang ni berlanjutan selama 8 tahun dan kesudahannya British kalah kat Yorktown. Lord Cornwallis surrender kat George Washington pada 1783. Tapi USA merdeka pada 4 july 1776...perang baru setahun berjalan? tarikh itu adalah tarikh parlimen 13 koloni istihar merdeka secara haram dari British. Dan mereka tetap ambil tarikh dan tahun 1776 tu sebagai hari kemerdekaan USA.