Saturday, June 25, 2011

Vatican

Tu hari kita tgk empayar terbesar ialah Monggol kan? Vatican ni plak boleh laa dikatakan negara terkecil di dunia. Luasnya cuma 0.44 km persegi berbeza dgn Monggol 33 juta km persegi. Bermula dari tahun 1929 mmg besar itu aje la bosa dia. Mussolini bagi hak mutlak tanah tu pada Pope menaungi organisasi agama Kristian Katolik.

Kocik2 pun penganut nalaa...1.1 bilion...banyak kat Amerika Selatan laa dgn amerika tgh...kek situ sumo eh Katolik, Filipina pun sama, Goa kek India tu pun sama. Kek Eropah cuma Italy, Sepanyol, Portugal dgn Ireland utara dan Republic Ireland. Penganut2 ni anggap Vatican ni macam Mekah laa bagi kita penganut
Islam.

Sebelum tu Vatican ni sebenarnya adalah pusat rohani Holy Roman Empire. separuh eropah dulu adalah dibawah empayar ni. Tapi kebanyakkannya raja2 Jerman yg perintah dibawah kawalan Pope. Kadang2 Historian kata empayar ni The First Reich.(Nazi-The Third reich dan empayar Jerman zaman Otto Von Bismarck-The 2nd reich).

Dataran luas kat vatican tu kalo tak silap depa panggil St.Peter Square. St.Peter ni sebenarnya adalah penyebar agama Kristian masa zaman Roman dibawah pemerintah yg bernama Nero. Last2 Nero ni perangi penganut2 Kristian yg baru bertapak kat Rome. Habih dia bawak masuk org2 Kristian ni dlm Coloseum kasi lawan sama singa, rimau..saja mau kasi mati itu orang. St.Peter pulak kena salib terbalik sampai mati.

Jadi sempena mengingati St.Peter, Vatican menamakan dataran tu St.Peter Square. Pope2 yg dilantik kebanyakkannya bukan pakai nama asal. Diorang boleh pilih nama2 yg elok2. pasai apa dulu ada satu Pope nama dia Mercury. Mercury plak adalah nama tuhan org Yunani...so kasi tukarlah. Pope Benedict skang ni pun bukan nama betul dia.

Pope2 yg dilantik bukannya semuanya ok. Ada satu pope abad ke 15, zaman Renaissance..tak semenggah. Tamak, rasuah dan macam2 lagi...nama lupa lak. Bila pope mati, semua kardinal seluruh dunia kena datang
kat Vatican untuk buang undi pilih Pope baru. Ritual2 yg ada semacam satu tradisi ribuan tahun. kadang2 nampak ada org bawak asap sambil dibuai2.

Itu bukannya apa...dulu2 org ramai datang dari jauh, berpeluh2 dan ramai pulak tu, jadi tentulah bau bauan badan harum semerbak, dulu2 bukannya ada deodorant, jadi asap2 kemenyan ni lah yg akan kasi buang bau seakan2 kambing tuh. lagi satu kat Vatican ni dgr citernya bukan main banyak khazanah dulu2 semasa era perang salib tu.

Khanazah2 yg dirampas dari orang2 Islam dan yahudi di Baitul Maqdis (Jerusalem) semasa pendudukan tentera salib selama 100 tahun tu banyak tersimpan kat situ. Selama 1000 tahun lebih Pope bukan laa dominan dalam empayar Roman kristian. banyak kali gak kena blasah oleh para barbarian seperti Attila the Hun dan Vandal. Pope pun takut dulu dan ada jugak kena bayar ufti kat barbarian nih.

Yg kuat masa tu adalah Rom Timur atau Byzantium (zaman Rasullullah S.A.W banyak penceritaannya) tapi Rom Timur dah bukan Roman Katholik, ianya dah mula nak jadi mazhab Kristian lain dah iaitu asas2 Kristian Orthodox yg sekarang ni didominasi oleh Rusia dan negara2 Balkan.
Ada pernah nampak pengawal2 kat Vatican yg bawak lembing tu dan baju kaler2 tu. Itu lah Swiss Guard.

Memang betul2 orang Swiss sampai laa skang nih. Bukannya banyak pun, 130 orang aje. Ni mmg askar2 professional tapi bersesuaian dgn ciri2 tradisi. Vatican ada sambut hari meraikan Swiss Guard ni tiap2 tahun.
Citernye camgini, pada abad ke 15 dulu, ada satu serangan untuk menawan vatican oleh raja mana ntah. 12 ribu askar lawan 600 Vatican Swiss Guard...mana nak terlawan..kantoi semua Swiss Guard tuh, tapi mereka berjuang bermatian2 sampai habis ammo. walaupun semua terkorban misi tercapai sebab Pope berjaya menyelamatkan diri semasa Swiss Guard ni bertempur...begitula lebihkurang.

Dan satu lagi dari Vatican ni laa seruan Perang Salib dilancarkan oleh Pope Urban II pada 1145 dan dari 9 crusades cuma yg pertama berjaya...tu yg dapat conquer Baitul Maqdis hampir 100 tahun..nasib baik pastu ada Salahuddin Al-Ayubi atau Saladin dan tentera salib terus dihalau balik ke Eropah.     
Itu je laa nak share...diorang kaji kita, kita kaji balik diorang.


Swiss Guard

Tuesday, June 21, 2011

GALLERY

A10 US Antitank Aircraft (Cold War)


British (Pioneer) Harrier JumpJet (Cold War)


Viggen delta wing Swedish fighter aircraft (Cold War)


Vintage Japanese fighter aircraft Mitsubishi Zero Sen (WWII)







Monday, June 20, 2011

KIsah Von Mucke seterusnya,,,,

Sambungan lepas kisah crew kapal SMS Emden....
Semasa Emden kena kejar dgn HMAS Sydney, Von Mucke dan 53 anggotanya nampak dgn jelas dari pulau Direction tu. Jarak pantai dgn pertempuran antara kedua2 kapal tu cuma 17km je. Memang clear view Von Mucke. Sehinggala Emden terperosok kena pukui dgn HMAS Sydney tuh.

Von Mucke dah tau dah, Emden tak boleh selamatkan mereka di pulau tuh. Jadi Von Mucke dah tau dah, selepas Emden, Sydney mesti datang kat Pulau Direction ni dan serang mereka pula. Jadi Von Mucke tak membuang masa lagi, otaknya ligat berpikir camna nak buat.

Kemudian dia ternampak ada satu kapal dagang kecik, 97ton je, macam nak runtuh pun ada bentuknya...tapi apadahal, dari kena tangkap baik diorang blah naik kapal nak runtuh tu. So dia dan anggotanya seramai 53 org tu pi naik kapal tu keluar dari Direction Island. Waktu dah malam dah, inilaa masa terbaik untuk melarikan diri. HMAS Sydney pun tak sampai2 lagik..ini sudah bagus.

Nama kapal nak runtuh tu Ayesha. So depa set sail ke arah Dutch East Indies (Indonesia). Dan akhirnya diorang suma berjaya sampai di Padang, Sumatera. Sementelahn Belanda masih neutral dlm perang ni, diorang takde masalah besar. dari situ mereka semua naik satu kapal dagang Jerman, Choising yg kebetulan ada kat situ dan belayar terus ke Semenanjung Arab.

Semenanjung Arab tu dulu dalam empayar Uthmaniyah Turki. Uthmaniyah ni allied dgn Jerman. Jadinya Choising ni kemudian berlabuhlah kat pelabuhan Hodeida,Yaman. Dari Yaman ni Von MUcke buat nego laa dgn Penguasa Turki untuk hantar depa ni suma balik Jerman. Berbulan jugak laa diorang duk kat Hodeida.. Turki pun payah nak support diorang ni.

Pasai kat tanah arab ni pun sekarang tgh revolt. Ada ingat Lawarence of Arabia...banyak puak2 Badwi angakat senjata lawan Turki ni. Jadi Von Mucke tak nak tunggu lagi, Dia set sendiri plan untuk balik Jerman tanpa bantuan Turki. Dia sewa beberapa kapal layar kecik susur Laut Merah ke utara. Dalm belayar tu, salah satu kapal layar tenggelam pulaaak. tapi crew selamat.

Depa belayar sampai laa ke Jeddah. Dari situ Von Mucke and band of brothersnya naik keretapi melalui Hejaz railway. Ada tgk filem Lawrence of Arabia, keretapi Uthmaniyah kena serang dek Badwi. Serupa jugaklaa yg dialami oleh Von Mucke dan orang2nya. Keretapi yg dinaiki mereka kena serang kaw kaw punya oleh para Badwi kat tgh2 padang pasir.

3 hari 3 malam mereka bertempur dan 3 anggota Von Mucke terbunuh. Nasib baik Emir Mekah masuk campur dan arahkan puak2 badwi ni lepaskan mereka. Haiii...seksa betul von Mucke ni nak balik kampung. Last2 mereka sampai jugak ke Constantinople (Istanbul) iaitu ibukota empayar Uthmaniyah. Dan dari situ mereka terus balik ke Jerman dgn selamat kerana jalan yg dilalui adalah kawasan allied mereka iaitu Uthmaniyah, Austro-Hungaria dan kawasan empayar Jerman.

Cuba bayangkan berapa ribu kilometer Von Mucke dan orang2nya bergerak balik ke Jerman. Penuh dgn ranjau2 kat laut, darat, padang pasir, bertempur lagi dan cuma 3 askarnya yg tewas.Bila sampai je kat Jerman, mereka diberi sambutan yg cukup hebat oleh rakyat Jerman dan mereka diangkat seperti hero, walau macam mana pun Von Mucke cukup sedih tentang apa yg menimpa crew kapal SMS Emden termasuk kaptennya Von Muller.

Kapten Von Muller kemudian dipenjarakan di England sehingga perang tamat pada 1918. kelasi2 Emden yg selamat ditahan di Singapura sampai laa tamat perang (entah2 ada yg dah pandai cakap Boyan). Von Mucke juga ada tulis 2 buku mengenai perjalanan epiknya beribu batu kembali ke Jerman iaitu Emden dan Ayesha.

Kaiser Wilhelm II telah menganugerahkan Iron Cross 1st class kepada kapten Von Muller dan semua pegawai2 SMS emden termasuk Leftenan Von Mucke. Kedua2 mereka ni tak berapa berkenan dgn beberapa dasar Nazi walaupun Von Mucke ada join parti Nazi ni lepas tamat WWI. Malah Hitler pernah suruh siVon Mucke ni masuk kem tahanan aje pasai banyak sgt songehnya tapi disebabkan jasanya, para jeneral tak endahkan saranan tu lagi pun Von Mucke dah tua masa tu....

Tamat laa suda kisah Sms Emden dan crewnya...



Encik Von Mucke kita.....


Kapten Kapal SMS Emden Encik Muller kita

Tuesday, June 14, 2011

World War II Technologies






Light Tank M24 General Chaffee
---------------------------------------------

Period: Perang Dunia Kedua
Enjin : 2 Cadillac V8 fgn penyejukkan
air dgn kekuatan 220 kuasa kuda
Berat : 19 Tan sahaja
Ukuran : Tinggi 8 kaki 1 inci, panjang 16 kaki 3 inci,
lebar pula 9 kaki 4 inci
Persenjataan : Meriam 75mm M6 dan dua buah
browining machinegun 0.50 inci.
Kekuatan jentera: Kelajuan maksima jln bertar 56 km/j,
kelajuan maksima cross country 40 km/j sahaja.
Jarak maksima tangki penuh : 161km sahaja.

M24 Chaffee
-------------
-
Pengeluaran standard keretakebal ringan USA pada 1944.
Ini adalah keretakebal ringan terakhir keluaran USA sebelum
tamat perang dunia kedua. Direka untuk pergerakan cepat
dan mudah untuk sebarang penggantian komponen ketika
dalam kawasan pertempuran. Dalam kelas keretakebal ringan,
M24 adalah rekaan yg baik bagi armour dan kuasa tembakannya.
M24 Chaffee ini digunakan dgn meluas di kedua2 theatre iaitu
Eropah dan juag pasifik.

Thursday, June 9, 2011

Facts About Mongol III





Arrow
Monggol cabang Il-Khanate yg kafir lagi ganas tu lama kelamaan telah menjadikan Islam sebagai agama resmi empayar. Itu lah dia kuasa Allah yg maha besar.....
Arrow
Walaupun dah Islam tapi Monggul Ilkhanate ni masih lagi berseteru dgn Monggol Muslim cabang Golden Hordes dan jugak Mamluk Mesir...bukan pasai apa, pasai politik aje.
Arrow
Selepas 200 tahun Il-Khanate berpecah dan jadi le kerajaan2 kecil dan kemudian proses asimilasi telah menyebabkan org2 Monggul ni terserap ke dlm bangsa Arab, Parsi dan bangsa2 wilayah asia tgh yg kemudiannya dikenali sebagai : Uzbekistan,Kyrgystan,Kazakhtan,Turkistan,Tajikistan, Tanjung Rambutan, Bosnia,Crimea,Chechya,Uyghur dan dinasti Moghul di India.
Arrow
Monggol ni bolehla dikira tolerate terhadap agama. Empayarnya terbahagi kpd berbagai agama, ada Islam, ada Kristian, ada Budhha dan macam2 lagi. Sebelah Golden Hordes dan Il-Khanate kemudiannya jadi empayar Islam, sebelah China tu pulak Monggul yg dah jadi Dinasti Yuan tu banyak yg Buddha dan penyembah tokpekong.
Arrow
Penyebaran Islam di India dari wilayah Sind ke selatan adalah dgn terbentuknya kerajaan Moghul (Mughal) India. Empayar Moghul ni adalah suku sakat empayar Monggul yg diasaskan oleh Genghiz Khan.
Arrow
Ada kenal Shah Jahan si pembuat Taj Mahal? Beliau adalah salah seorang dari Raja Moghul India, Aurengzeb tu suma Moghul punya orang.
Arrow
Empayar Moghul India adalah empayar yg terkaya sekali semasa zamannya.
Arrow
Entah2 Salman Khan, Shah Rukh Khan, Oliver Kahn, Strauss Kahn dan si Borhan tu pun cucu cicit Genghiz Khan tak? hehehehhehe...piirahh!!! Laughing

Tamat laa suda....
Wink

Sunday, June 5, 2011

Facts about Mongol II



Arrow
Pada 50 tahun pertama Monggol (Dinasti Yuan) memerintah China, penduduk China telah berkurangan 50% dari 120 juta, tinggal 60 juat aje...ganaz betul.
Arrow
Hulagu Khan melanggar Baghdad pada 1258 Masehi dan berkecai empayar Islam terkuat pada masa itu iaitu Abbasiah.
Arrow
Seramai 200 ribu penduduk muslimin Baghdad dan kawasan sekitar dibunuh oleh tentera Hulagu Khan ni. Kemusnahan paling teruk pernah dihadapi oleh umat Islam dan rasa2nya record kemusnahan ni belum dipecahkan setakat ni.
Arrow
Gedung2 ilmu dan hasil mahsul pencapaian umat Islam empayar Abbasiah dimusnahkan dan buku2 ilmu telah dicampakkan ke sg Furat dan sg.Furat menjadi hitam akibat dakwat yg mencair...menunjukkan betapa banyaknya buku2 yg musnah.
Arrow
Isteri Hulagu Khan dipercayai Kristian dan ini mempengaruhi tindak tanduk Hulagu, lebih2 lagi peperangan salib baru berlalu dgn kekalahan Kristian tika itu.
Arrow
Selepas kematian Hulagu, ramai pembesar2 dan general2nya temasuk anak Hulagu sendiri iaitu Teguder memeluk Islam dan seterusnya orang2 Monggol IL-Khanate ni menyerap dlm masayarakat arab dan umat arab bangkit semula....
Arrow
Tentera Monggol Il-Khanate dibawah Hulagu bagaikan tak boleh disekat2 kemaraannya sehinggalaa ia sampai di wilayah Palestin iaitu Ain-Jalut.
Di sinilaa penamat kemaraan Hulagu. Tenteranya kalah teruk kaw kaw punya, dibelasah oleh tentera Islam Mamluk dari Mesir di bawah pimpinan Panglima Baibars yg dihantar oleh Sultan Qutuz. Tak cukup dgn itu tentera Mamluk ni kejar Monggol sampai Damsyik ,Syria dan Monggol stop kat situ..tak berani nak melangkah sempadan.
Arrow
Bahagian Monggol Golden Hordes meneyrang Rusia selatan dan seterusnya Eropah timur. Knight2 veteran tentera salib seperti Templar, Hospitalier dan Teutonic kena tibai teruk. Tentera2 Abbasiah yg terkenal power tu pun kena pukul, inikan pula knight2 eropah ni...senang aje macam potong sayur je dikerjakan Monggol Golden Hordes ni.
Arrow
Sebut aje laa nama2 top eropah dulu2 seperti Cossack, Magyar, Russia, Armenian dll, semuanya tewas ditangan org bermata sepet ni. Walaupun Monggol Golden Hordes ni melanggar bumi Kristian, tapi puak ni laa dulu yg memeluk Islam dari puak Il-khanate yg menyerang wilayah2 Islam...pelik jugak.
Arrow
Salah satu komander Golden Hordes yg mula2 memeluk Islam ialah Berke Khan. Dalam pada masa yg sama Hulagu menjarah umat Islam di Baghdad. Berke tak puashati dan kemudian dia bersekongkol dgn Mamluk dan dia mmg ada hantar tentera untuk membantu Mamluk menewaskan Hulagu Khan.
Arrow
Monggol Golden Hordes kemudian terbabit dlm perang saudara dgn Monggol Il-Khanate yg masih kafir, berterusan sehingga Il-Khanate secara beransur2 menjadi wilayah Islam.

Saturday, June 4, 2011

Facts about Mongol





Arrow
Temujin adalah pengasas empayar Monggol ni dan nama famous dia ialah Genghiz Khan.
Arrow
Keluasan empayarnya adalah yg terbesar setakat ni mengalahkan empayar Soviet Union. Dari China hinggal laa sampai ke Syria dan eropah timur.
Arrow
Empayar Soviet 22 juta km persegi manakala Monggol 33 juta km persegi.
Arrow
Keseluruhan penduduk di dla empayarnya sekitar tahun 1200 ialah 100 juta orang.
Arrow
Selepas kematian Genghiz Khan, Monggol terbahagi kepada 4 bahagian.
1 - Kublai Khan membentuk dinasti Yuan di China
2 - Chagatai Khan pulak pegang area Mongolia dan ais tengah
3 - Golden Hordes yg meliputi dari pergunungan Ural sampai laa eropah timur.
4 - Ilkhanate - Pegang asia barat dari Iran sampai Syria...ada ingat Baghdad...Ilkhanate ni laa yg membuni hanguskan Baghdad.
Arrow
Hulagu Khan adalah dari puak Ilkhanate.
Arrow
Pernah serang Jepun dan Jawa tapi hampeh sebab Navy dia tak kuat. Dgr cerita Majapahit belasah kaw kaw Monggol ni.
Arrow
Khalifah terakhir Abbasiah Al- Muktassim yg control Bagdad dibunuh dgn kejam oleh Hulagu Khan dgn membalutnya dgn carpet lepas tu dipijak2 oleh ratusan tenteranya.
Arrow
Wilayah Islam pertama yg dilanggar oleh Monggol ni ialah empayar Khawarezmi yg meliputi Samarkhand dan Bukhara. Gabenor Otrar dlm wilayah Khawarezmi ditangkap dan dibunuh dgn cara dicurahkan emas lebur ke dalam mulutnya.

Dan baaaanyak lagi....nanti cerita Laughing