Wednesday, April 27, 2011

Suez Conflict II

Untuk Airborne Operations, code name dia adalah Musketeer. Tentera payung terjun British dan Perancis
dropped as plan. Masing2 menuju ke tampat yg diarahkan tapi bukan senang. Tentera Mesir pun dah tahu,
kalau depan berdepan style konvensyenal, mmg payah nak lawan, jadi diorang buat resistance ala2 gerila.
Bagi ranjau sikit kat Anglo-French ni. paling sengit ialah kat Port Said, target by British.

Tapi lama2 British dapa hold posisi tu, begitu juga Perancis...Raswa dan Port Fuad dlm tgn dan kini mereka
menanti main invading force. Israel tak ketinggalan, bermula pada 29 oct, diorang ni masuk Sinai, dan ini
mmg memberi tekanan pada Gamal Nasser. Secara ketenteraan, mmg ianya pressure tapi dari diplomatik,
banyak negara di dunia termasuk pihak barat dari Nato mula bimbang dgn senario ini.

Kemudian pada subuh 6 Nov, deretan kapal2 perang dan pengangkut tentera, logistik berkumpul 8km dari pantai Mesir. Sebelum mendarat..macam biasa laa, serangan meriam bertubi2 dihalakan ke Port Said, British paratroops masih hold kat pendalaman port Said, range meriam hanya di kawasa berdekatan pantai dan tentera Mesir yg ada di sana menjadi pocket yg semakin mengecil. Setelai selesai muntahan peluru meriam,

troops 40,42 komando berserta keretakebal Centurion mendarat di Port Said. Perancis dgn Legion airborne
unitnya berjaya manawan port Fuad. Sementara itu Royal Navy terpaksa membersihkan bangkai2 kapal di muara terusan Suez yg sebelumya dikaramkan oleh tentera Mesir utk menutup laluan logistik Anglo-French ini. Operasi dikira berjaya tapii.....diplomatik hancurr bagi Angglo-French ni...USA masa tu Encik Eisenhower

(Ike...Jeneral Besar berikat masa WWII dulu) tak setuju dgn penaklukan ini. Pasai apa? laluan bahan2 mentah seprti minyak dan lain2 akan terganggu dan lagi bimbang dgn tindakbalas Soviet dan kuncu2nya.
Canada juga protes sampaikan PM dia high light kat UN untuk hentikan operasi ketenteraan ini dan sudahnya
setelah berlaku prdebatan hangat undi menyokong utk tamatkan operasi ini adalah 97 dan menentang...banyaaakkk..... 0 undi saja. Ternganga Britain dan Perancis.....

Kalau USA support takpe jugak...peduli apa dgn 97 undi macam Israel sekarang ni!!! tapi camna..dahla
konflik dlm empire memasing makin meruncing..dana mesti banyak nak pakai...takda sapa plak nak
sponsor ....Britain dgn masalah Yaman, Malaya, Rhodesia (Zimbabwe) dan Peracis lagi teruk..dgn Indocinanya, Algeria, Congo...mana tahan...estimate seluruh operasi setakat 10Nov 1956 mencecah 100
jua pound dah...baru berapa hari je...

Lagi satu pada masa yg sama Soviet Union telh melanggar negara satelitnya iaitu Hungary pasai dah berlaku
pemberontakan anti komunis, penguasa komunis tempatan dah nak jatuh dah, so Soviet rushed menghulurkan bantuan (bantuan? alasan je tu). Kalo nato cakap...wei Soviet, apsala kau serang negara
orang? Soviet bole cakap camni...eleh..aku buat pasai ikut kaulah....aaa tak ke haruu!

Ndak tak ndak Anglo French accept gencatan senjata. Dari segi moral, Gamal Abdel Nasser telah mencapai
kemenangan besar dan Suez canal mmg dah dlm tangan. Operasi ketenteraan Anglo-French ini mmg memalukan mereka.
Kerugian Anglo-French
--------------------------
22 British dan 10 French terbunuh
97 British dan 33 French cedera
8 British dan 2 French aircraft musnah

Kerugian dipihak Mesir tidak diketahui tetapi diandaikan besar juga
dgn bangunan2 yg runtuh dan angka korban juga diandaikan tinggi.

Tadi kita ada dgr pasal serangan Israel kat Sinai pada 29 oct 1956...besar jugak skala tentera darat dan
udara Mesir dan Israel ni dan dlm perang inilah nama Mosye Dayan dan Ariel Sharon ni naik...Ada masa nanti kita cerita...


French AMX 13 Tank


British Centurian Tank

Saturday, April 23, 2011

Suez Conflict

Konflik ni bermula pada 1956, apabila Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser
memiliknegarakan Terusan Suez. Sebelumnya, Britain dan Perancis mmg ada
kepentingan besar dari operasi Terusan ini. Ksahnya lebihkurang camni le...
Presiden Nasser nak buat empangan Aswan, ye laa untuk kepentingan ekonomi

Mesir, tapi USA dan Britain tak nak support projek tu. Jadi Nasser pun beralih
ke blok satu lagi (Pakatan Warsaw). Dan Soviet UNIOn yg masa tu kuasa besar
perang dingin bersetuju untuk membina empangan Aswan. Nasser ni sejak dari
zaman King Farouk lagi dah mmg geram dgn kuasa2 penjajah barat ni dan inilah

masa untuk menentang kuasa2 barat ni terutama Britain dan Perancis. Sementelahan
pula ada back up dari Warsaw pact. OoOoo..kau ingat kau sorang je kuat (begitulah
cemikkan Nasser terhadap Anglo-French ni. So bagaimana pula reaksi orangputih ni?
Emmm..dan2 PM Britain Sir Anthony Eden mengepalai planning untuk invasion

bersama2 pengawal2nya..ohh silap2...pegawai2nya. Bukan setakat itu saja..malah
mereka berkompromi dgn Perancis dan juga emmm..sapa lagi...Israel. Mulanya
Britain dan Perancis ni bertelagah cara2 nak invade Mesir ni. Perancis nak buat
secara serangan laju ala2 Blitzkrieg manakala British pula nak buat step by step.

Jadi disebabkan hormatkan British ni pasai tolong deliberatekan Perancis dari Jerman
masa WWII dulu...jadi invasion ikut planning Britain. Jai plan yg dirangka Britain
ada 3 phase.

Phase 1
Serangan Udara 31 oct - 4 Nov 1956
Pengebom Valiants, Canberras, Venom dan Thunderstreaks akan mula operasi
dari base di Malta dan Cyprus. Turut serta nanti adalah pengebom2 Sea Hawks,
Sea Venoms, Corsairs dan Thunderstraks dari aircraft carriers 50 batu dari
pantai Mesir.

Phase 2
Pendaratan tentera payung terjun 5 Nov 1956
British - 3rd parachute battalion group target Gamil Airfiled
Perancis - 10th parachute battalion dividion target Raswa dan Port Fuad
Phase 3
Amphibious landing 6 Nov 1956

3rd Commando Brigade Royal Marines iaitu 40,42 dan 45 Commando
dan 6th sqdn Royal tank Regiment dan 3rd filed royal engineer manakala
Perancis pula 10th battakion parachute Div.3 marine Commandos dan 1 sqdn AMX tanks

Bukan calang2 invasion ni. Manpower kesemua troops termasuk sailor dianggarkan
melebihi 90 ribu askar. Anglo-French aircraft yg amik bahagian purata lebihkurang
500 buah, dan 300 darinya adalah British manakala kat laut pulak 130 buah kapal
join the armada, 100 darinya provided by British. 7 dari warships tersebut adalah
aircraft carrier...5 British dan 2 Perancis...Hei gila betul diorang..macam laa Mesir
tu superpower......




French Paratroops di Raswa


Askar Perancis kat Port Fuad...aik apasal rupa Afrika pulak?
Sebab Perancis masa tu banyak jajahan dia kat Afrika...

Tuesday, April 19, 2011

Al Andalusia Last Part

Pertempuran Granada.
Pertempuran ini adalah pertempuran terakhir koloni
Islam di semenanjung Iberia iaitu Al Andalusia. Granada
ni pulak adalah wilayah Islam yg terakhir kat Sepanyol.

Tentera Muslim diketuai oleh Muhammad XII iaitu khalifah
wilayah ini dan tentera Goth Kristian pula diketuai oleh
Ferdinand II of Aragon dan Isabella I of Castille. Pertempuran
ni berlaku pada penghujung 1491.

Sebelum ni pun tentera Goth telah beberapa kali cuba utk
membolosi wilayah ini tetapi gagal. Sultan Boabdil (gelaran
Muhammad XII) yelah beberapa kali berjaya mempertahankan
dgn tentera yg sophisticated pada masa tu.

Tapi kalau asyik kena serang aje, lama kelamaan pertahanan
pun boleh menjadi longgar. Itulah yg terjadi pada Granada.
Wilayah ini telah dikepung sepenuhnya di kawasan darat, cuma
laut yg memisahkan koloni Islam yg lain iaitu di Afrika Utara.

Apabila melihatkan situasi cemas ni, Boabdil merasakan adalah
agak mustahil dpt bertahan dan beliau cuba membuat perhubungan
dgn Empayar Marinid dan pusat pemerintahannya ialah sekarang
di Morocco. Asakan dari Goth semakin hebat, Boabdil cuba
sedaya upaya menangkis. Dan akhirnya tak terdaya Boabdil.
Marinid pun tak kelihatan utk menokong tentera Granada.
Jadi..pada 2 Januari 1492..maka jatuhlah wilayah terakhir
muslim di Sepanyol. Sebutir permata telah hilang dari

tangan umat Islam. Dan pada hari yg sama juga Boabdil
telah menyerah dgn penuh terhormat kpd Ferdinand dan
Isabella. Dan bermula lah Inquisition Sepanyol....iaitu
penyeksaan terhadap umat Islam dan Yahudi.

Sesiapa yg tidak bertukar ke agama Kristian ianya akan
dilayan macam sampah dan adakalanya dibakar hidup2.
Ramai yg cuba melarikan diri ke utara afrika. Ottoman
juga memainkan peranan dlm usaha menyelamatkan

Umat Islam dan Yahudi dgn menghantar kapal2 utk
membawa mereka ke Turki. Tentera Boabdil seramai
30 ribu berdepan dgn 100 ribu tentera Goth. Seribu tentera
Islam terkorban manakala goth pula 3000 terbunuh.

Nasib Boabdil lebihkurang sama dgn Emperor Constantin XI,
iaitu Emperor terakhir Empayar Rom Timur (Byzantium).
Beliau menunggu-nunggu resque dari negara2 Kristian
sehinggalah Constantinople (Istanbul) ditakluk oleh
Sultan Muhammad al-Fateh dari Empayar Uthmaniyyah.

So...that's it...setelah lebih kurang 700 tahyn bertapak di Spain,
begitulaa kesudahannya.....


Kejatuhan Kerajaan Islam Granada
Perhatikan kat belakaaang atas bukit tu..tu laa Al Hambra

Sunday, April 17, 2011

Al Andalusia Part 6

Itu hari sampai mana? Al Moravid dah conquer selatan Sepanyol kan?
Pemerintahan Al Moravid ni ada sikit harsh laa kat situ. Jadi tak berapa
popular dgn rakyat jelata lebih2 lagi penduduk kristian. Bekas putera2
state2 Taifa dulu pun mula memberontak. Jadi pemerintah empayar
Al Moravid tak berapa nak grip Andalusia ni sebab perkara2 ni.

Dan state2 Kristian yg kalah tadi pulak dah mula naik semangat dah.
Diaorang dah develope state yg besar..sebelum ni cuma Aragon dan
Castille je yg kuat tapi sekarang Portugal dan Leon pun dah mula
kuat. Al Moravid ni dpt memerintah separuh wilayah Iberia ni dlm
jangka masa 200 tahun. Pada abad ke 12, wilayah Andalus ni diperintah
oleh Dinasti Almohads pulak iaitu satu empayar baru islam yg berpusat

juga di Afrika utara. Ini berlaku disebabkan berlaku peprangan saudara
sesama mereka. Masa empayar Almohads ni berkuasa, berlaku lagi
konflik dalaman dan sudahnya Almohads berkuasa tanpa prestij dan
pemerintahannya di Andalusia berakhir pada abad ke 13. dan pada
masa ini cuma state of Granada saja yg ada kat tangan org Islam.

Kerajaan2 Kristian semakin kuat dan mula mengasak Granada. Last2
akibat tekanan yg berterusan dari kerajaan Kristian Aragon, Castille,
Leon dan Portugal, kerajaan Islam Granada bersetuju untuk membayar
ufti dgn syarat tiada lagi raid2 dilancarkan ke atas Granada. Walaupun
terpaksa membayar ufti, Granada ni masih lagi utuh ekonominya.....

Friday, April 15, 2011

Al Andalusia Part 5

Ok, sekarang kita berbalik ke wilayah Sepanyol. SEbenarnya kekhalifan
Umaiyah Cordoba dah mula jatuh antara 1009M hingga 1013M. Ini pasal perang
saudara antara wilayh2 Muslim kat sana nun. Perebutan wilayah2 dan puak2
masing2. Dan betul2 clear jatuh merudum pada 1031M, Iu yg membolehkan
kerjaan2 Kristian diutara boleh menakluk sikit2 wilayah Islam tu.

Kerajaan Kristian Aragon dan Castille kuat pun bukan pasal dia betul2 kuat.
Kekuatan mereka turut disumbang oleh gabenor2 muslim yg tamak. Kes ni
serupa laa mcm kisah Visigoth dulu. Gabenor2 Islam yg tamak ni boleh allied
dgn mana2 puak Kristian untuk menjatuhkan wilayah2 Islam yg lain dan dlm masa
yg sama puak2 Kristian ni dpt bermacam2 teknoloji perang yg canggih2.
Teknoloji ni kemudian tentulah akan dihalakan balik untuk menjatuhkan

keseluruhan empayar Muslin ni Iberia ni. Benda2 mcm nilah yg patut pemimpin
kita, tak kita le dari puak mana pun....kena beringat. Bila kerajaan Cordoba ni jatuh,
Kristian pun dgn lenggang2 kangkung dptla menawan kota canggih Corfoba.
Dan wilayah2 Isalm disana dah mula jadi state yg kecik2 laa pulak.. Dekat sini
kita dh nampak, berulangnya sejarah (sejarah Visigoth kristian pada wal cerita).
Dan sekarang terpalit pada umat Islam Andalus pulak.

Wilayah2 berpecah ni dinamakn sebagai Taifa. Dan dlm masa tu pulak kerajaan Kristian
di utara semakin besar dan dia pulak bergabung antara satu sama lain untuk crush
wilayah2 muslim Taifa ni. Akibat pressure dari Kritian, penguasa2 Taifa ni minta aid
dari satu kuasa besar Islam di Afrika Utara. Dan pada 1086M Empayar Islam Besar
di Afrika Utara iaitu Almoravid Empire sudah cross selat Gibraltar dan seterusnya
melibas, manghalau dan menghancurkan kemaraan kristian dn yg terbest sekali,

Ialah dapat menawan Valencia....Kristia lawan balik...tapi tak terlwan dia dan
separuh Iberia masih lagi dlm tgn umat Islam dan keseluruhannya kemudian
bukan lagi dipunyai putera2 kejaan Taifa tapi diserap masuk kedalam empayar
Almoravid...satu kuasa yg power jugak (serpihan empaayr Abbasiah, Baghdad)
Ini mmg diakui oleh sejarawan kristian sendiri dan siapa yg minat filem2 lama,
El Cid adalah filemnya dan dihujung cerita, kekuatan Almoravid yg gegak gempita
ditunjukkan dan El Cid lakonan Charleston Heston tewas ditangan kuasa besar ni.

Tuesday, April 12, 2011

Al Andalusia Part 4

OKay...empayar Abbasiyah yg berpusat di Baghdad telah musnah.
org Monggol dah conquer sebahagian besar empayar Abbsiyah dan selebihnya
telah menjadi state2 muslim yg kecil2 dan berpecah2 dan memasing mempunyai
kerajaan sendiri dan takde lagi kerajaan berpusat seperti dulu dan kalau ada pun
kecik2 je seperti kerajaan Fatimiah. Mesir pada waktu ini tertakluk dl dalam jajahan
kerajaan Fatimiah.

Org monggol setelah mengganas di Baghdad, dan setelah beberapa ketika, Hulagu
Khan siperwira zalim mula fokus ke selatan..ke mana? mana lagi.... Mesir laaa.
Dia hantar berpuluh ribu askar Monggol kunun2 nak blasah Mesir..Yaa laaa...
kerajaan terhebat Abbasiyah kat baghdad dia boleh pulun, ni kan pulak kerajaan
serpihan seperti Mesir...kacang je tuu...kata Hulagu. Sekali dia pun serang.....
nak tau apajadi? Tu laa berlagak sangat....kerjaan Fatimiah ni rupa2nya dah sedia

menanti dgn segala kelengkapan dan berazam untuk membalas dendam tentang
kezaliman yg dilakukan Hulagu terhadap saudara muslimin mereka di Baghdad.
Monggul hancur berkecai dikitai habis oleh Mesir sampaikan utusan monggul pun
mereka tak bg can...kepala kasi penggal terus....Muntah belilah tergolek tergelantang
askar barbarian Monggol ni dikerjakan oleh Mesir...dan ini adalah turning point
kemaraan Monggul di asia barat. Di Mesirlah kemaraan mereka terhenti dan

sedikit demi sedikit wulayah Muslim telah dpt ditawan balik. Sepupu Hulagu Khan
iaitu Beker Khan yg telah memeluk Islam pun ada bantu untuk menjatuhkan setan ni.
Beker terhiris betul dgn kelakuan Hulagu khan terhadap org Islam...mereka berdua
telah berperang berlanjutan di asia tgh sampaikan Kublai Khan panggil mereka berdua
menghadap.

Itu kisah dibekas empayar Abbasiyah, bagaimana pul;a kisah si Andalus? Cuma Granada
je yg tinggal dibelah selatan Iberia...Kuat lagi tak?

Friday, April 8, 2011

Al Andalusia Part 3

Jadi Emir Andalus ni developed macam2, dari segi pertahanan sampai lah
ke sosial dan ekonomi kat region ni. Puak2 Kristian kat utara tu pun tak
berani nak acah2 Andalus ni pasal pengalaman lalu (buat masa ini).
Banyak jugak benda2 baru dibawak masuk oleh org Arab yg mana org2
tempatan tak pernah tahu pun. Fesyen pakaian org arab baik lelaki dan
perempuan menjadi ikutan seluruh kaum di Andalusia. pada 900an M
kalo tak silaplaa, kerajaan Umaiyah yg berpusat di Damsyik telah dijatuhkan

oleh Bani Abbasiyah (Abbasid) dan pusat pemerintahan berlalih ke Baghdad.
jadi salah seorang keluarga Umaiyah iaitu Abd Rahman Ad-Dakhili telah
berjaya melarikan diri ke Andalus dan seterusnya mendirikan saki baki
empayar Bani Umaiyah dia Andalus. Jadi pada masa ini, kuasa besar Muslim
ada 2, satu di Baghdad dan satu lagi di Cordoba, Andalus. Kedua2 kuasa ni
bolehlah dikira bermusuhan tapi setahu aku, tidak ada major battle antara
kedua2nya. Bidang intelektual dan keilmuan pada masa mmg amat gah sekali
bagi kedua2 empayar Islam ini.

Mereka saling bersaing mendirikan Universiti terhandal dan juga para

ilmuan handalan bagi empayar Islam agung ini. Abd Rahman telh menganggap
Andalus adalah tanah tumpah darahnya, sekaligus memajukan segalanya2
ditanah Andalus ini. Pada masa ini bandar2 di sini dah mempunyai lampu jalan
dan sistem yg amat teratur dan kota Cordova dengarnya mempunyai sehingga
500 ribu penduduk berbagai kaum temasuk Muslim, Kristian dan Yahudi. Ini
amat berbeza sekali dibandingkan dgn wilayah Kristian di utara dan seluruh
Eropah kecuali Byzantium. Kota kerjaan Rom Timur iaitu Constantinople pun
dah kalah dgn Cordoba, Toledo, Seville.

Benua Eropah bolehlah dikatakan sebagi benua gelap pada masa itu. Berduyun2
org eropah yg mampu datng belajar di universiti2 di Andalus ini terutama universiti
Cordoba. Kerjaan Umaiyah Andalusia amat bertoleransi agama. kafir Zimmi dijaga
dgn sepatutnya. orang Yahudi pula setelah disingkirkan dari Eropah menganggap
Andalusia trmpat yg selamat bagi mereka dan taraf sosio budaya mereka, ekonomi
telah mengkat, bahkan ada yg sampai memegang jawatan2 penting negara.
Tapi keharmonian ini tidak berkekalan, antara 711 m hingga 1085M..ini adalah
masa keemasan Andalus. Pada 1000an M, pejuang2 Kristian telah bangkit di utara
dan telah dpt menawan wlayah2 utara Andalus dan mendirikan state2 seperti

Aragon dan Castille dan makin lama semakin kuat lak. Dan pada 1085M mereka
telah dpt menawan wilayah penting Andalaus iaitu Toledo, dan pada 1236 wilayah
emas yg menmpatkan universiti2 terbaik dunia pada masa itu, Cordoba telah jatuh
ditangan Kristian. Dan pada masa ini hanya wilayah Granada yg terletak di sebelah
selatan semenanjung Iberia dipunyai puak Islam. Dan pada lingkungan dekad ini
jugalah Baghdad di Iraq jatuh ditangan Hulagu Khan, seorang pahlawan Monggol
yg datang dari asia tgh. Ada dgr phrase ini tak? Sungai euphrates dan tigris telah
menjadi warna hitam akibat buku2 intelektual umat Islam dicampakkan ke dlm
sungai2 tersebut........


 

apparaa perenggan jadi camni plak...puas ksi alter, srupa gak....sorry aaa!

Sunday, April 3, 2011

Al Andalusia Part 2

Pada masa Tariq dan Musa advance kat Sepanyol ni, Khalifah
Umayyah ialah Al-Walid 1. Semua perancangan adalah dari
Damsyik iaitu pusat pemerintahan empayar Umayyah. Lepas satu-
satu wilayah berjaya ditawan di semenanjung Iberia ini. Kemaraan
tentera Umayyah ni langsung tak dapat ditampan oleh state2
Kristian. Dan lastly, tentera Umayyah telah sampai dipergunungan
Pyrenees.(sempadan Sepanyol dan Perancis kini). Nak tau berapa

lama campaign Tariq nak conquer semenanjung Iberia ni? Cuma
dlm masa 7 tahun sahaja. Disebabkan pasal banjaran, tentera Islam
ni ambil masa nak seberang. Selang beberapa tahun, mereka berjaya
seberang Pyrenees dan takluk beberapa bahagian di selatan Perancis.
Dan kemudian sampai la di satu kawasan yg bernama Poitiers. Poitiers
ni adalah salah satu wilayah Frankish (salah satu puak Jerman purba).
Bos dia ialah Charles Martel. Orang terkuat eropah masa tu. Pengikut


Kristian berpusat di Rome (Vatican). Pada 732M turning point telah berlaku.
Charles Martel telah berjaya mengalahkan tentera Umayyah di Poitiers
dan berjaya menghalau mereka balik ke seberang pergunungan Pyrenees.
Jadi Umayyah maintain je di semenanjung Iberia beratus2 tahun. Khalifah
Al-Walid 1 meletakkan satu gabenor atau Emir Andalusia untuk menjaga
Sepanyol atau pada masa tu telah dujenamakan sebagai Andalusia.